Wednesday, July 11, 2012

Resepi Strawberry Cheese Cake



Ok...seperti yang dijanjikan meh aku bagi resepinya kat sini..

Untuk Base:

Biskut Oreo yang telah dihancurkan
Butter

Cara:
Aku tak letak sukatan kat situ sebab depends pada korang nak tebal mana base tu. Kalau aku, aku suka yang sedang-sedang saja...So kalau aku, aku cadangakan guna setengah atau satu per empat pek oreo yang aku post sebelum ni. Butter nya agak-agak lah...ramas dua-duanya sampai oreo tu bergumpal tapi jangan moist sangat.

Bila dah siap masuk kan dalam loyang yang dilenser (sapu loyang dengan marjerin pastu tabur dengan tepung gandum).Pastu masuk dalam freezer (sejuk beku tu)

Aku pakai loyang spring supaya senang nanti nak keluarkan.


Oreo + butter


Kualiti gambar agak rendah. Ni base yang dah siap nak masuk freezer.

Untuk cheese:
500g cream cheese
400g susu pekat
1/2 cawan air panas
3 sudu besar serbuk gelatin
beberapa sudu filling/jem strawberry
1 biji air limau nipis/ lemon jus

cara:
keluarkan cream cheese dari peti sejuk 30 jam sebelum mula buat cheese cake ni.
putar cream cheese sampai kembang
masuk kan susu
putar lagi
dalam bekas lain, larutkan gelatin dengan air panas tadi.
masukkan dalam adunan tadi
putar lagi
masukkan filling strawberry tadi dan jus lemon atau air limau purut

Kalau dah siap,keluarkan base dari dalam freezer,then tuang adunan ni atas base tadi. Ratakan dan buat topping pulak.

Topping:
1susu kecil gelatin (jgn byk sgt,nnt keras pulak)
setengah cawan air
filling strawberry

cara:
putar semua sampai sebati..tuang atas cream cheese tadi. Ratakan.Baru masuk peti ais balik.



cream cheese

Ni sebelum tuang atas base

 Dah siap - deco terpulang pada anda.

 Aku cucuk lilin je untuk kek ni...

Tu bestday boy...pakai baju dok umah jer...
happy besday sayang...!



0 comments: