Assalamualaikum...
Salam 5 Ramadhan. Dah lima hari puasa, baru semalam menjejak kan kaki ke Bazaar Ramadhan.Tetiba teringat Ramadhan yang lepas, di Bazaar yang sama, tetiba ada sorang pakcik ni hulur Izham RM5. Aku terpinga-pinga dengan tindakan pakcik tu. Sebelah dia ada sorang wanita mungkin isteri dia.So makcik tu pun cakap,"ambillah, sedekah ni." Aku terpinga-pinga lagi. Tetiba orang meniaga tu pulak yang menyampuk soh ambik. Izham ambik jer.Aku sempat cakap terima kasih kat pakcik dan makcik yang budiman tu. Mungkin rezeki Izham hari tu.
So semalam bawak Izham dan Dania sekali. Well behave sungguh si anak dara sorang ni. Mungkin tak biasa dengan suasana yang ramai orang maka dia agak sedikit tercengang-cengang.Pastu mata lalok nak tidur.
Eerrmm...di bulan puasa ni elok lah kita berjimat cermat. Tak baik membazir beli macam-macam, last-last ke tong sampah semua makanan yang leftover tu. Jangan..jangan..jangan..!Bak kata kakak senior aku dulu.."Al-mubaziri nal al friend of syaiton..." Ada paham..? Maksudnya membazir itu amalan syaiton.
Memang time lapar, masya allah sume nak beli. Kalau kapasiti perut aku, 2 keping kuih dah cukup jika makan nasi separuh pinggan.Air tu kalau dahaga tahap susu-dania-pun-nampak-sedap memang akan bergelen-gelen lah jawabnya.So, target kitorang suami isteri Ramadhan kali ni adalah untuk meminimakan pemergian ke bazaar-bazaar ini. Kalau teringin sangat nak makan apa-apa baru lah beli kot. Selebihnya hanya masak di rumah.
Oh, cakap pasal masak..semalam aku try resipi baru lagi dari Mat Gebu (resipi dah lama, aku yang baru try.) Yummilicious sungguh hasil Sotong 3 rasa aku. Kalau nak resipi sila ke Dapur Tanpa Sempadan.Rezeki pulak sepupu FA (Fahrin Ahmad Fuad Abdulah) aku datang nak tumpang berbuka sebab tengah kerja.
Back to the topic pasal pembaziran itu, ingat-ingatlah saudara mara seislam kita yang kebuluran di sana. Dorang nak dapat sebuku roti pun kene berebut rebut.Maka kita di sini harus bersyukur dengan nikmat tuhan.Mungkin kita susah,tapi ingatlah ada yang lebih susah daripada kita.
Wassalam.
RESIPI KEK PAUN OREN
-
Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Alhamdulillah, masih diberi
sedikit kerajinan untuk che mat kemas kini blog tiffinbiru ini, walaupun
ini entri p...
11 months ago
0 comments:
Post a Comment