Friday, July 6, 2012

Kembali Membaking



Halluuuuu oollss...

Ok, setelah sekian lama akak berehat dan merehatkan diri daripada aktiviti bakar membakar, sekarang akak kembali beraksi..hehehe...

Memandangkan birthday Izham nak dekat and tarikhnya masuk dalam bulan puasa yang barakah, maka sambutan itu dipercepatkan lah jawabnya...Idak lah sambut besar mana pun, aku dan hubby jerss...bunyik macam nak sambut kat hotel kan?haha...

Kali ni aku nak buat Strawberry Cheese Cake. Kalau Dania behave esok, insya allah aku buat lah esok.

Jadi tadi lepas balik kerja aku singgah kat kedai bakery yang popular seantero dunia bakar membakar iaitu "Bake Wih Yen" dekat Bandar Puteri. jarak antara kedai tu dengan opis baru aku hanya lah sepelaung. Nak kira jengkal atau hasta atau depa mau digelek kete tengah jalan kang..kuangkuangkuang...



Boleh jadi duta dah aku ni...landmark dia, kalau anda nampak Public Bank kat Bandar Puteri tu, maka agak mustahil anda tak nampak pintu masuk kedai bakery ni :)

Kek nya belum buat lagi tapi meh aku share bahan-bahan dulu...Manalah tau ada yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia bakar membakar ni kan.. (tapi cheese cake yang aku nak buat ni tak payah bakar, masuk dalam fridge je :) )

 Kenal ni? Yes, ni biskut Oreo yang telah dihancurkan untuk buat base cake tu,
Harga? 454g - RM8.90

 Ni gelatin halal namanya.
Harga? 100g - RM3.50

 Susu pekat.Depends korang nak pakai susu ape ye :)
Setin RM2.90

 Ni loyang spring. Atau springform 10"
Tujuan: Nanti senang nak kuarkan cake tu.
Harga? RM13.50
Ni investment aku lah kiranya. Sebab springform ni boleh pakai untuk kek-kek yang lain.
So next time takyah beli lagik.

 Ni 10" round board
harga 55 sen jerrrrr..

 Ni tatura cream cheese.
Sebenarnya harga dia dalam 7 ringgit lebih untuk 250g.
Tapi kat rumah aku, supermarket tu bagi diskaun RM5.90, berat yang sama.
So yang ni tak beli kat Bake With Yen tu.
Resipi pakai 500g cream cheese so aku beli 2.

 Mesti semua orang kenal...kalau tak kenal tanam kepala dalam lubang, kepala je tau...badan kat luar..hahhaa!
harga RM3.45


Ni Strawberry jem atau orang panggil filling. 
1kg RM 8.50

Itu jer...Resepi penuh nanti aku share kat sini bersama hasilnya okies....


Tata Titi Tutu...

0 comments: