Tuesday, July 17, 2012

Kelas Bunga Dip



Aku nak tanya korang...Apa yang korang nampak dalam gambar di atas? Bunga Ros? Ya, aku nampak bunga ros jugak, tapi selain bunga ros, aku nampak hard work,passion, creativity dll.

Kenapa aku cakap macam tu? Sebab bunga tu aku yang buat hokkay...! Hahaha!

Nampak simple. Tapi tahukah anda yang aku telah spent almost 4  jam untuk sekuntum bunga itu?

Ok, actually aku ni sebenarnya dah jatuh cinta dengan bunga-bunga pahar dalam istiadat Melayu.Bunga pahar bukan saja untuk perkahwinan,tetapi juga menjadi penyeri dalam majlis-majlis lain seperti aqiqah dan cukur jambul, khatam quran, berkhatan dll untuk diberi kepada tetamu (skema tak?)

Maka Sabtu lepas aku telah join kelas buat bunga dip ni. Dengan niat nak belajar lebih details tentang bunga-bunga yag cantik-cantik ni...

Buat masa ni sempat belajar 2 modul iaitu belajar buat bunga dip ros dan hydrangea (bunga kecik-kecik bawah bunga ros tu). Insya allah lepas raya nak belajar buat bunga kristal dan bunga stoking pulak.

Kelas ni kat Sri Kembangan,dekat je dengan rumah aku. Ni bukan kelas formal.Kelas ni sangat santai dan buat kat rumah je. Kepada cikgu Rai, terima kasih untuk ilmu anda.

 Close Up sikit..

Cantik tak?

p/s: bila dah cukup ilmu di dada, cadang nak bizz ni. Sila support saya,ok!

Tapi sebelum tu saya dah buka pula Mamalicious

1 comments:

D' Unique Wedding Crafts & Beauty said...

Hi, salam perkenalan. Kami ingin menjemput anda untuk melihat koleksi2 bunga dip kami di blog dan fb kami dan sekiranya berminat anda boleh mempelajari teknik2 terbaru dan design2 baru yg lebih advance utk bunga dip. Harga Pakej utk 5 kelas hanya RM900 dan semua bahan belajar kami sediakan dan menjadi milik anda. Sekiranya anda boleh mendapatkan 10 org untuk belajar kelas ini, kami akan berikan 1 tempat percuma utk anda jadi anda tidak perlu membayar apa2 yuran kelas. Untuk Maklumat lanjut sila hubungi 012 6588 316 (Hafiza Subri)

D Unique Wedding Crafts & Beauty
8-1 Jalan Budiman 24
Taman Mulia, Bandar Tun Razak
56000 Kuala Lumpur, Malaysia

BLOG : duniquewedding.blogspot.com

FACEBOOK PAGE : http://www.facebook.com/pages/D-Unique-Wedding-Crafts-Beauty/385773044782876