Monday, December 5, 2011
Happy Birthday Aiman
Posted by Soul Palette at 10:02 PM 2 comments
Saturday, December 3, 2011
Hingga Hujung Nyawa
Amboii....Tajuk dah sesuatu gittew...! Apa yang hujung nyawanya tu?
Ingat tak dulu time sekolah mesti karangan yang korang paling suka bertajuk "Kalau aku..."?
Eeerrmm...kalau lah benda ni boleh bercakap, mesti dia bangga ada tuan macam aku. Sebab aku sayang dia memang sampai hujung nyawa dia.Lama dah aku guna.Selalu. Sangat selalu. Banyak berjasa pada aku.
Satu aku beli. Satu lagi pemberian kakak kesayangan aku. Satu aku dapatkan di Sunway Piramid. Satu lagi aku beli kat IOI,kalau tak silap. Dua-dua aku sayang.Dua-dua jahanam pada masa yang sama. Tapi aku pakai jugak,sampailah ke tahap mereka dah nazak.Terpaksalah aku let go.
Aku sayang sebab dorang berkongsi ciri-ciri yang sama -- murah tapi selesa, selain warna yang sama.
Kepada mereke, terima kasih atas jasamu :) Apakah mereke itu? Jom tgk tahap nazak dorang tu....
Posted by Soul Palette at 11:43 PM 0 comments
Tuesday, November 29, 2011
Semakin Membesar
minggu ni genap 24 minggu adik izham membesar dalam rahim aku.maknanya dh genap 6 bulan aku bawak rezeki baru ni.
eerrmm...perut dah mula streching, pinggang dah mula sakit-sakit.nak landing atas carpet depan tv pun dah tak feel. masak masih digagahkan jugak lagi.sikit lagi aku bersara lah kejap dr dunia masak memasak kat kantin aku tu.
apa lagi ye?izham dh boleh terima kehadiran adik baru dia nanti.sekarang pun kalau aku leka tgk tv,dia akan selak baju aku and letak telinga dia kat perut aku.dia cakap "baby,baby." kalau dulu tanya baby mana?dia akan tunjuk gambar dia masa baby yang ada kat kabinet tv tu.marah betul kalau kata baby ada dalam perut mama. izham...izham...!
sebenarnya aku belum scan.kalau 6 bulan dh boleh sgt scan.aku terima saje kalau baby ni lelaki atau perempuan,janji sempurna dan cukup sifatnya. semalam dia sangat aktif.teringat aku satu email aku dpt dulu,dia tunjukkan pergerakan baby sebelum dan semasa didengarkan bacaan yassin.kebetulan dlm hp aku ni mmg ada surah yassin.maka aku pasang dan letak atas perut.amazing,memang baby tu kurang bergerak macam mula tadi.subhanallah.
hopefully bayi ni selamat keluar,sempurna sifat dan jadi anak yg berguna dan soleh. :)
amin.
Posted by Soul Palette at 4:25 PM 0 comments
Thursday, November 24, 2011
Chinta Baru
Fuhhh...Leganya dapat laptop untuk update blog tercinta ni. Genap sebulan aku tak sempat nak membebel-bebel macam biasa dalam diary bebelan aku ni.
Sebenarnya dalam sebulan yang aku tak update,aku dapat chinta baru. Dah lama aku mengidam,baru kini aku mendapat. Entah apa angin baik en hubby, kali ni aku mintak terus dapat.Kalau tak dia terfikir-fikir jugak. Thank you hubby, me love u!
Eerrmm....Apakah dia chinta baru ku? Nama je aku punya, tapi yang main nya lagi over daripada aku. Jom scroll tengok budak kecik ni buat apa....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Posted by Soul Palette at 10:19 PM 0 comments
Labels: family, izham, membebel-bebel
Sunday, October 23, 2011
Bercakap Tentang Aku
Ya,
Dalam dunia ni siapa yang perfect?
Dalam dunia ni siapa yang mampu memuaskan hati semua orang?
Aku tahu aku bukan yang terbaik untuk engkau. (serius,ini bukan hal aku dan suami,ini hal orang lain)
Aku tahu aku bukanlah seperti yang engkau mahu.
Baru saja aku bertemu kau,kat sana.
Eerrmm..dari riak wajah dan memek muka aku tahu akan tahap kemeluatan engkau itu.
Tapi ape salah aku?
Salah ke aku nak menegakkan hak sendiri?
kalau itu yang jadi menyebab wajah macam tu, baik lupa kan.
Kau harus tengok pulak wajah aku sepanjang tiga tahun lepas.
Kau ingat aku suka?
Kau ingat aku rela?
Errmm..yer..semuanya terpaksa.
Paksa rela.
Sebelum bercakap tentang aku, tentang keburukan aku
Baik kaji dulu tentang apa yang engkau mahu dulu
Ya, sekarang, ini yang aku mahu.
Puas hati?
Lantak lah nak bercakap apa pun tentang aku
aku dah tak peduli
aku dah tak kisah
Sebab orng sebangsa kau
Buat baik dikata
buat jahat lagi dikata.
Jadi biar aku dengan hidup aku sekarang.
kau duduk dia-diam di situ.
Aku bahagia sekarang.
Posted by Soul Palette at 8:56 PM 29 comments
Labels: membebel-bebel
Tuesday, October 4, 2011
Kenapa Kadang-Kadang Anda Terfikir Nak Tukar Kerja
Fuhh...topik yang sangat releven dengan hidup aku (maybe anda jugak) buat masa ni.
Mengikut Wikipedia, kerja atau job bermaksud a regular activity performed in exchage of payment.
Ha...sangat straight to the point.
Walaupun kadang-kadang kerja yang kita buat sekarang ni mampu memberikan kita apa yang dihajati, tapi ada masa dan ketikanya kita terfikir untuk tukar kerja.Betul tak...? Apatah lagi kalau reasons kita untuk tukar angin ada dalam list ni:
1. dah tak ngam dengan Boss
2. jobscope dah carca merba sebab sume kerja atas bahu kita.
3. berskandal dalam opis tapi last-last clash tgh jalan.
4. member kamcing kene transfer tempat lain @ kita yang ditransferkan.
5. dan banyak lagi lah.
But pada aku, most of the reasons yang aku selalu dengar:
6. Better offer.
Aku nak terus jump ke reason no.6 sebab dalam organisasi aku, reason no.6 tu paling famous. Jadi, kenapa kita pilih reason no.6 sebagai alasan untuk kita move on?
a. buat apa nak menghambakan diri kat company yang kau dah service bertahun-tahun but never appriciate what u did?!
b. orang lain bergumbira dengan bonus yang dorang dapat sedangkan kau yang sangat berharap akan bonus itu,langsung, diulangi LANGSUNG satu sen pun tak dapat.
c. better offer dalam erti kata environment dan peluang-peluang lain yang company kau tak boleh bagi etc: melancong ker, naik pangkat cepat ker, apa-apa lah.
d. Kau memang memerlukan extra income sebab komitmen semakin hari semakin bertambah.Contoh; nak kahwin ke, nak tambah anak ke, beli rumah ke, beli kereta ke atau kos sara hidup yang semakin tinggi.
e. kenapa harus tunggu kalau company lain boleh bagi apa yang kita sepatutnya dapat,malah lebih lagi.
Tapi kadang-kadang bagi kita yang masih berada di mana kita berada sekarang ni..mungkin alasan-alasan di bawah kita gunakan untuk kita kekal dan orang-orang yang dah move on tu kata kita masih di takuk lama.
i. keadaan fizikal.etc: mengandung!
ii. kau rasa mungkin rezeki lebih baik pada tahun-tahun akan datang kalau kau stay.etc: "maybe next year aku dapat bonus!"
iii. belum bersedia nak develop otak kau dengan environment dan opismate baru.
iv. takut tak boleh handle kerja baru.
vi. tak tau lagi perangai boss macam mana.
dan banyak lagi.
Perkara (b) pernah terjadi kat aku.Dan aku menggunakan alasan (ii) untuk terus menghambakan diri kat company ni dengan membabi buta. Tetapi memandangkan aku sedang alami perkara (i) sekarang ni, maka aku jugak gunakan alasan (iii) hingga (vi).
Walaupun aku jugak menunggu perkara no.6, kalau-kalau ada rezeki anak baru aku ni, sure aku aku move on dengan alasan (a) dan (e).
Akhir kata, tepuk dada, tanya kemampuan.
Posted by Soul Palette at 9:31 PM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Thursday, September 22, 2011
Cita-cita yang tak pernah jadi nyata.
Ingat tak dulu masa kecik-kecik,guru kelas akan tanya cita-cita kita bila dah besar nanti? Kene isi tiga tempat kosong dalam kad tu.
jawapan aku masa tu:
1. cikgu
2. nurse
3. doktor
Sebenarnya jawapan tu berbeza setiap tahun bergantung pada tahap kegedikkan kita nak jadik apa atau pengaruh tv. Pernah dulu kawan saya jawapannya seperti ini:
1. kerja kilang.
2. jururawat (aku up sikit sebab aku tulis "nurse")
3. cikgu.
Aku terima kawan aku tu seadanya sebab dia nak kerja kilang :) Be positif ok...kerja kilang memang kerja kilang..manalah tau dalam kilang tu dia nak jadik General Manager ke, Operation Director ke kan..? Haa..nganga kau jah..kalau Mercedes 5 series langgar lopak air masa kau jalan kaki...! tengok2 kawan yang kau gelakkan yang nak kerja kilang tu....Malu Mak Jemah!
Dulu kerjaya cikgu ni memang tip top.Kalau kau cikgu,taraf kau dah macam menteri pembangunan wanita dah.Atau pun dalam bahasa lain, kalau mak ayah kau cikgu, kau dah taraf anak menteri dah tu. Hebat..hebat..
Masa aku sekolah asrama kat Johor dulu, setiap meja kat dalam kelas kene ada cita-citadi tulis kat sudut tepi meja. Motip : Nak soh kau belajar betul sampai tercapai cita-cita kau.
Tepi meja aku ada tulisan "Fashion Designer"...Haaa...tak taraf Victoria Beckham aku time tu...? Kakak2 senior sume pandang paisei kat aku konon aku poyo nak jadik "Fashion Designer". lantak aku lah, meja aku, aku punya suka lah nak letak apa...Hehehe...itulah antara penyebab aku jadik "kegemaran" untuk soh pi kantin lepas prep untuk belikan dorang punya goreng pisang cicah kuah kicap tu. Dem!
Tak cukup dengan tu, kat almari dorm jugak aku letak "Fashin Designer" bagi besar-besar sikit. Hrrmmm.... Puas hati aku :)
Pernah jugak aku bercita-cita nak jadik stewardess. Memandangkan aku tak cukup ketinggian, maka impian tinggal mimpi even sampai sekarang pun aku suka tengok stewardess kat luar. Comel,cantik, elegen.Nak wat cam ner tak de rezeki aku nak jelajah dunia free.
Next, aku pernah gak nak jadik doktor. Tapi cakap pakai mulut, tulis atas kertas boleh lah..Nak kejar betul-betul, tak terkejar untuk orang macam aku. Tak fokus! Fokus cepat lari! Bad Diana! Very bad. Abah pun tak galakkan sangat anak-anak dia jadik doktor. Entah, dia kata akan struggle,tak de life. hehhe..maybe dia dah tau tahap kemampuan anak dia.
Paling best,aku pernah nak jadik pilot.Huhuhu...berangan nak bawak kapal terbang konon. Alasan impian tak tercapai..Kos yang beratus ribu! Kesian lak mak ayah aku..Baik aku lupakan impian tu!
Selain tu, aku minat gak nak kerja line hotel.Dulu pernah lah time cuti sekolah buat part time kerja hotel. Memang best, makan tanggung, uniform hotel tak yah basuh, balik kerja hantar kat laundry hotel, esok ambik balik dah siap basuh. Kelas Jah!
Last-last aku tersangkut kerja kat line "Customer Service" Banyak benda yang aku boleh apply dalam real life. Contohnya, aku sekarang dah pandai komplen (hahaha) kalau aku tak puas hati. So, don't mess with orang yang ada "Customer Service" background. Selain tu, aku dapat lah menilai tahap khidmat pelanggan kalau aku berurusan secara face to face. Contoh gi bank ker, makanan segera ker...hehhe....
Errm...konklusinya, cita-cita dan impian tu sebenarnya pendorong untuk kita teruskan hidup saja. Apa yang kita akan end up satu hari nanti hanya tuhan yang tahu.Kita merancang, tuhan yang tentukan. Jika kita ada impian yang baik, maka akan jadi baik lah kita walaupun bidang tu menyimpang jauh dari apa yang kita nak.
Tuhan kan Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambanya,tak gitu?
Posted by Soul Palette at 10:37 PM 2 comments
Labels: membebel-bebel
Tayar Pancit Lagi
Posted by Soul Palette at 9:29 PM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Wednesday, September 14, 2011
Syawal 2011
Salam.
OK, hari ni dah 15 hari kita berhari raya. Raya tahun ni sangat ala kadar berbanding tahun lepas. Almaklumlah,nak harap aku berkemas sorang-sorang dengan keadaan fizikal yang tak berapa mengizinkan memang ala kadar lah jadinya.
Tahun ni beraya di kampung encik hubby. 6 hari ok! 6 hari aku kejong kat sana.Hahaha.Nak wat cam ne dah turn sana pulak tahun ni. Seb baiklah aku tak kawen dengan orang Sabah Sarawak ke....huhuhu...
Beraya hanya sehari di Melaka,selebihnya raya di KL.
Posted by Soul Palette at 9:44 PM 0 comments
Monday, August 22, 2011
Puasa & pregnancy syndromes
Alhamdulillah..dah 22 hari kita berpuasa.Tapi kali ni dugaan nya amat lah besar memandangkan aku kali ni memang tak tahan lapar.Bila lapar rasa pening yang berpinar-pinar.Maka harus cepat makan atau aku akan errkkk...erkkkk.....angin dan membawa ke munt*h...Bila keluar segala isi perut,maka akan collapse lah si perempuan mengandung ini.
Buat masa ni tu lah sindrom yang sangat ketara sekarang.En Fuad dah faham, kalau aku takde hati nak masuk dapur tu,dia akan masak sendiri apa dia nak makan.Satu lagi aku kali ni tak boleh sangat nak ke tingkat atas rumah aku tu.Maklumlah udara kat atas tu kurang bergerak sikit unless kalau hari cuti memang aku akan bukak tingkap bilik 90darjah..baru udara bergerak so that takde lah terkuap sangat kat atas tu.
Adoi..memang tak boleh nak berblog dengan aman.Ni ha si Izham nak "otomen neus" lah, "otomen seben"lah...huh!
Posted by Soul Palette at 8:39 PM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Friday, August 19, 2011
Selamat Lima
Posted by Soul Palette at 9:45 AM 0 comments
Labels: family
Friday, August 12, 2011
Swift Biru
Selamat Berpuasa.Dah 12 hari rupanya berpuasa.pada aku memang agak terasalah 12 hari tu sbb puasa dalam keadaa uweekk uweekk..! yg tak bestnya, tak dapat menikmati hidangam berbuka dari bazaar yang nampak sedap,tapi bila masuk mulut aku,sumenya tasteless.
ok,berkenaan tajuk entry aku kali ni,kisahnya terjadi semalam.rupanya masih ada yang prihatin di malaysia ni.saling mengambil berat.semalam masa aku balik kerja,aku pun bawa kereta dalam keadaan aku-malas-nak-berebut-dengan-kau.sampai kat satu selekoh,ada satu kete hon-hon aku.aku cakap dalam hati,"kalau nak masuk lane aku,masuk je lah.tak payah hon".pastu aku tgk kete tu jalan seiring kete aku.ni apsal pulak ni?aku ada gesel kete orng ke? dalam swift biru tu aku tgk ada 2 orng pompuan,yg driver free hair.sebelaha dia pakai tudung putih.yg bertudung tu dok tunjuk2 kat pintu kete aku.baru aku perasa rupanya aku tak tutup pintu betul.aku angkat tangan tanda terima kasih dgn harapan aku leh betulkan pintu tu time kete tak byak (gile nak pintu time tu gak,tgh kete berpusu-pusu nak jalan).
so aku jalan.swift yang sama follow aku lagi kat tepi.kali ni si driver tu pulak tunjuk isyarat nak bgtau benda yang sama.macam mana pulak aku nak cakap "aku tau"? aku angkat tangan sekali lagi,tanda terima kasih dan tanda ok-aku-dah-nampak. pastu aku masuk selekoh dan dia jalan terus.
dalam hati aku "ya allah,ada jugak manusia yang prihatin sekarang."walaupun kecik je hal ni tapi aku terharu lah sebb biasanya orng2 kat sini sume buat hal masing2.
kepada pemandu dan rakan swift biru tu,aku nak ucapkan terima kasih atas keprihatinan anda :)
selamat berpuasa.(adoii...perut lapa,kepala pening.)
Posted by Soul Palette at 12:01 PM 0 comments
Sunday, July 24, 2011
Happy 4th Bday Izham
Haaa....keelllaass tak bday kek Izham tahun ni...?Saje aku cari imej yang ala-ala harta karun supaya murah rezeki dia hendaknya di hari-hari akan datang. Imej rantai-rantai tu...? Harus lah untuk mama dia yang membesarkan dia selama 4 tahun ni...Kejam tak...?
Jangan tertipu ye kawan-kawan ku sekalian.Hehehe..itu hanya lah imej yang aku carik kat Google$ map saje..So far memang tak sempat lagi nak buat besday Izham.So cadangnya mungkin lepas raya sekali lah...Insya Allah...
Eerm...sedar tak sedar dah 4 tahun dah orang bujang aku ni...Sejak masuk Taska awal tahun ni banyak dah progress dia yang aku perasan. Dah boleh baca dan kenal huruf A sampai Z, 1 sampai 10, alif sampai ya. Dah pandai cakap "My name is Muhammad Izham Haqimi Bin Muhamad Fuad" bila tanya "What is your name?" Dah pandai baca doa makan. Dah kenal body part daripada forehead sampai leg.
Semoga Izham menjadi anak yang berjaya dan cemerlang dunia dan akhirat.
Aku rasa bday Izham kali ni memang sangat lain dan teruja..Sebabnya....?
Inilah sebabnya...Tapi aku belum confirm kan dengan doktor lagi...Harap-harap memang ini rezeki yang tuhan nak bagi kat aku,fuad & Izham.
Sangat teruja!
Posted by Soul Palette at 12:41 PM 2 comments
Monday, July 18, 2011
bz birthday month (pix uploaded)
testing blogging pakai blackberry :)
Ok,aku pernah cakap July is the very bz birthday month utk family aku. Tinggal Izham punya besday je Jumaat ni.Eeerrmm...dah 4 tahun rupanya anak bujang aku tu..Bila la nak dapat adik,belum ada rezeki lagi lah..
Blm plan pun bday Izham.Kalo sempat,buat before puasa ni.Kalo tak, sekali dgn open house je lah jawab nyo.Maklumlah,rumah baru ni belum show house lagi.Kalo ada rezeki lebih raya ni blh lah buat open house :)
Meh tgk kalender bln Julai aku kat opis.
** adoi...sgt lembap pulak nak tunggu gambar ni loading. Insya allah kalo sempat nnt kat rumah i upload,ok.
Tata titi tutu :)
ok..now aku upload lah jugak July bday babies aku sebab dah janji kan.. :)
Posted by Soul Palette at 4:58 PM 3 comments
Labels: izham, membebel-bebel
Sunday, July 17, 2011
More space for me & sweetheart
Recent entry,aku ada cakap pasal adik ipar aku yang duduk sekali dengan aku baru kahwin.Haruslah selepas berkahwin,ikut ke mana suami ajak tinggal.Makanya,adalah ruang tambahan untuk aku dan hubby serta Izham.Kalau tak,agak sesak jugak nafas ni sebab hanya ada satu bilik yang aku boleh gunakan walaupun rumah tu ada 4 bilik. (Baik kan,kami?)
Maka bilik yang kosong itu,memang menjadi idaman aku dari mula masuk rumah tu untuk dijadikan bilik Izham. Nak buat camne kalau tak dapat digunakan dulu.Jadi sekarang bilik itu aku namakan "Bilik Izham" atau "Bilik TV Izham". Fuuhhh...lega sikit....kalau tak tilam single kabinet tv dan tv tu semua dalam main bedroom aku.
Sebenarnya bilik ni belum siap lagi sebab aku bercadang nak cat kaler yang ala-ala sedikit menaikkan seri bilik ni.Tapi memandangkan encik husben busy,tertangguh jugak lah hasrat aku tu.Setidak-tidaknya aku dah alihkan apa yang patut ke bilik tu.
Posted by Soul Palette at 4:55 PM 0 comments
Tuesday, July 5, 2011
Buat Baik Berpada-Pada
Orang tua kata, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Pada aku, kalo nak buat baik, memang kene berpada-pada,kelak kebaikan kita akan dijadikan orang lain sebagai kesempatan yang harus diambil. Kalo nak buat jahat,zaman sekarang aku rase tak sesuai dah "jgn sekali"tu.Lebih tepat "sekali sekala boleh". Boleh macam tu?
Sebelum tu,meh aku story sikit pasal Birthday Month ni. 1 Julai dah lepas. Birthday Along.Walaupun jauh di perantauan, wish tetap wish.Facebook kan ada. Phone canggih2 apa guna? Zaman dulu lain lah kan...
4 Julai - dah lepas jugak.Birthday kali pertama hidup anak buah aku yang sangat lah somel nya. Baby Atisya Aliya is healtily growing. Cayang u...Muah...Muahhh...! Aku belikan dia gaun utk tiup lilin,macam dalam facebook aku tu.
Next, 13hb -- Faris, 16th -- Adik and 22nd-- Izham...Huhuhu....Penuh...Penuh kalender aku.Semuanya orang2 yang aku sayang. No probs....Selagi ada kita celebrate lah ye...Kalo tak de tu yang dok diam-diam dalam rumah jgn keluar..Hahaha...
Back to my cerita berpada-pada tadi...Nak buat macam mana kan kalo kita dah buat sehabis baik yang boleh untuk ambik hati seseorang atau sekumpulan makhluk tuhan yang nak kita dampingi sepanjang hayat kita.Hanya kerana satu insiden yang disengajakan kesalahnya,lalu aku menegur akan perbuatan itu. Mungkin salah aku jugak sebab menegur MUNGKIN agak tidak sesuai pada masa dan ketikanya. Atau bahasa yang aku gunakan kurang sesuai dengan jiwanya,makanya hilang sudah semua kebaikan yang telah aku bagi selama ini. Bukan lah kata nak dihargai, cukup sekadar "Terima Kasih".
Eeeerrmm..nak buat cam ne kan...Kita pun bukan perfect. Takkan dapat puaskan hati semua orang.
Buat jahat sekali sekala tu..hehe..pepandai korang lah.Jgn sampai kantoi sudah :)
Posted by Soul Palette at 11:15 PM 0 comments
Labels: kata hati, membebel-bebel
Thursday, June 30, 2011
Jualan Gudang
Yeeaayy...!!! Its back.Jualan gudang yang ditunggu. Just nearby my house. So apa lagi, first day aku dah ushar line ada tak barang2 yang diperlukan. Errmm...sedikit frust sbb aku actually nak tukarkan botol susu Izham. Kalo masa jualan gudang ni, botol susu Avent tu sangat lah berbaloi untuk dibeli. Kalo kat super market biasa harga nya dua bijik dalam RM95.Kat warehouse sales ni boleh dapat RM60 je untuk 2 bijik. Tapi kali ni takde. Adoi..! Yang bestnya, sangat lah banyak baju2 baby seperti yang dijual secara online sekarang ni. Segala brands yang korang nak sume ada. Dari Guess,POLO, Osh Kosh, baby GAP,semua ada. Seb baik Izham dah besar.Sebb baju untuk saiz dia limited sikit. Yang byk nya bawah 3 thn.
Kalo nak more info boleh klik http://trailsshoppers.blogspot.com/2011/06/mydear-warehouse-sale-30-june-10-july.html">di sini
Selamat bershopping :)
Posted by Soul Palette at 11:01 PM 0 comments
Wednesday, June 29, 2011
Walimatul Urus
Lepas hampir 5 tahun,baru ni ada balik majlis kenduri kahwin kat rumah mertua aku. Merai kan perkahwinan adik kepada suami aku. Eeerrmm....selesai sudah tanggungjawab suami aku untuk jaga dia kat sini.Hopefullyy lepas ni,suami dia pulak ambik alih ye.Selamat berbahagia lah kepada Suhaila Abdullah & Mohd Razali. Semoga bahagia hingga akhir hayat.
Hehehe..teringat pulak saat2 aku nak menikah dengan suami aku dulu.Berdebar-debar nak tunggu majlis akd nikah tu.Eerrmm..nak pulak aku ikut ke surau tempat majlis tu berlangsung.
Posted by Soul Palette at 10:25 PM 0 comments
Friday, June 3, 2011
Salam.
Adoi lately tak berkesempatan nak update..Adalah bercita-cita nak update via BB aku,tapi dah syok2 taip, terlogout pulak.Tension mak nok! Sudahnya serik nak update blog guna BB. Nanti-nantilah kalo ada mood baru update pakai BB.
Alkisahnya, di opis sekarang memang hire OKU sebab kitorang nak achieve ISO standard.In order nak achieve ISO tu, salah satu syaratnya adalah berupaya menggaji dan menyediakan prasarana untuk kaum yang kelainan upaya ni. Maka dalam opis tu banyak lah kemudahan yang dipermudahkan lagi untuk yang kurang upaya ni. Antaranya yang ketara adalah toilet.Toilet dah diubahsuai supaya mesra OKU. So adalah cubical ni diperbesarkan untuk senang wheelchair masuk sekali.
Selain tu, tag in dah tak payah nak key in no.staff lagi. Tag in je,pintu akan outomatik bukak sendiri.Dulu pintu kene tolak manual dan kene masukkan no.staff lepas tag in.Senang nanti yang mana kurang anggota atau ber wheelchair,boleh terus masuk.
Satu lagi, diadakan lorong untuk senang wheelchair ditolak. Kalo dulu, camne nak cakap ye...dulu kalo ada lantai yang kita kene step up sikit, lantai tu dari hujung sana sampai hujung satu lagi,takde ruang untuk tolak wheelchair,dlm kata lain kene ada orng lain tolak kan sikit wheelchair tu.
Ok,tu antara hal2 prasarana atau kemudahan untuk diorang. Cerita disebalik rakan sekerja ni banyak ikhtibar dan pengajaran yang aku boleh ambik. Bila aku tgk orng2 OKU ni,terus jadi insaf pada diri sendiri.Sekarang kurang dah merungut pasal fizikal aku yang tak perfect ni. Dah kurang merungut pasal aku berisi lah,muka chubby lah,etc. Sekarang ni kene terima dengan hati terbuka sebab ramai lagi yang lebih malang daripada aku.
Ada antara mereka yang tangan setakat bahu je.Ada yang kaki pendek sebelah.Ada yang kaki kecik sebelah. Ramai jugak yang berwheelchair. Aku salute dorang ni. Walaupun dorang kurang upaya,tapi dorang tetap survive dalam hidup ni. Kalau jumpa kat kedai makan bawah opis tu,aku rasa nak tolakkan je wheelchair tu.Tapi dorang dah biasa dengan keadaan dorang so dorang selesa buat sendiri.
Tu semua dugaan tuhan.Tak semua orang bernasib baik. Jadi bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kalau rasa tak cukup,harus berusaha;bukan berungut.Tuhan Maha Adil.Dia tahu part mana nak bagi kita lebih,part mana nak bagi kita kurang. Tu semua dah tertulis sejak kita dalam rahim ibu lagi.
Eerrmm...sampai sini dulu ya. Nanti kita sambung lagi.
Posted by Soul Palette at 9:25 PM 0 comments
Labels: renung2kan dan selamat beramal
Tuesday, May 10, 2011
Reunion yang Awesome
Ok,last Sunday we had our reunion.Memang sangat lama tak jumpa kawan-kawan sekolah rendah.Ada dalam 17-18 tahun.Tak sangka ramai yang sudi hadir untuk menjayakan reunion ni.Total semua ada 12 orang. 6 lelaki,6 perempuan.Senarai yang datang as below (for my own reference in future)
Posted by Soul Palette at 10:07 PM 13 comments
Labels: event
Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih
Tu pesan hubby pada aku. Yes,he really healed my pains. Aku akan ambik tu sebagai semangat untuk terus bekerja dengan LEBIH GIGIH,LEBIH TEKUN,LEBIH BERSEMANGAT.(poyo!) Di saat takde orang dah aku nak bercerita,nasib baik dia ada.And nasib lah dia positif.Kalau dia pun meng-ia kan,matilah aku.
Tambah pulak pesan ex-boss aku suruh aku ni jadi someone yang boleh tolerate,democratic,boleh bawak berbincang.Errmm...aku ni tak lah rebel sangat,cuma benda yang berlaku one after another ni aku pening.So salah tempat dan salah timing,memang kena lah kan.
So sekarang aku bagi ruang untuk keadaan memperbaiki situasi yang dah lepas. Go with the flow.Aku yakin ruang yang ada ni dapat lah aku mencari kelemahan dan perbaiki mana yang aku rasa perlu.Nak buat macam mana.Ini yang terbaik.Aku yakin,dengan cara ini saja keadaan dapat diperbetulkan.Insya Allah.
Hopefully lepas ni aku saling forgive and forgot.But remember, all this changes bukan sebab sesiapa,tapi sebab hubby and my ex-boss.
Pray for the best in life!
Posted by Soul Palette at 9:48 PM 0 comments
Labels: kata hati, membebel-bebel
Tuesday, May 3, 2011
Bonus Oh Bonus
Hell yaa...Bonus lah sangat.Duduk dalam kompeni besar macam ni pun menghanjeng nak harap bonus. Setahun sekali nak bagi bonus kat staff macam aku ni pun ssh.Memanglah aku tak contribute apa2 dalam komponi, bukan aku yang deal dengan MU nak sponser dorang, sekadar jadi burung kakak tua dalam opis tu,sapa nak pandang. Sekadar hari-hari call customer mintak service rating, sape nak bagi bonus ribu riban.Kerja macam aku ni budak sekolah pun boleh buat.Betul jugak kan...buat nak bagi bonus gile babas.Buang karen je. Tu lah lah suka dorang ni nak bagi kerja sampah ni kat aku.Mane aku tak cakap sampah,kerja yang orang dah reject, orang dah tak nak..sume serah kat aku yang oklah-bagi-ape-je-i-boleh buat!
Sudahnya,ni lah yang aku dapat.Sedang orang lain tidur atas duit (ye ke),berangan beli tu beli ni, booking ticket flight, pergi bercuti -- aku nganga telan angin.langsir raya ku musnah.Apo nak dikate. Dah ni je rezeki tuhan bagi.Tak pe lah aku positif,mungkin tuhan taknak bagi sekarang, mungkin tuhan nak bagi berkali ganda lepas ni. Mungkin kalau bukan dari segi duit,mungkin tuhan nak bagi rezeki lain.(Ayat penyedap hati.)
Entah, dua tiga menjak ni nasib kurang baik.lepas satu,satu datang.Lepas satu,satu tuhan nak uji. Mula-mula abah,pastu kereta,astro,digi lepas ni entah ape lagi,terima je lah.
Expect the less,hope for the best.
Posted by Soul Palette at 9:15 PM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Monday, April 25, 2011
Reunion
Ok, entry ni sepatutnya jadi entry sebelum ni. Tapi memandangkan tahap kebenganggan yang kegabanan,aku terpaksa buat post tu dulu. Ok, alhamdulillah...hati semakin tenang.Dah dapat berfikiran waras sebelum mengeluarkan kata-kata :)
Sebelum tu, thanx tu my opis mate yang celebrate my belated birthday tadi kat opis. Memang every month yang ada birthday,kitorang akan celebrates. Thnx alls.
OK, cerita pasal reunion ni...memang eksaited nak jumpa kawan-kawan lama. Al maklumlah dah 17 tahun lepas habis UPSR, semua bawak haluan masing-masing.Walaupun ada yang berjumpa di sekolah menengah, tapi rasa tetap tak sama dengan sekolah rendah. Zaman akulah-juara, zaman akulah-ketua-pengawas,zaman akulah-jambu-paling-hot-kat-sekolah...Amboi..perasan! Semuanya aku!
Kawan-kawan sekolah rendah, memang yang terbaik.Serius shit,aku paling suka zaman sekolah rendah compared to zaman sekolah menengah mahupun uni.dari cikgu-cikgu hinggalah makcik kantin atau pakcik tukang kebun, semua best!
Paling best of course masa sukan sekolah.Terbaik! Walaupun aku ni tak boleh di harap nak berlari 100m ker, 100x4ker...Tapi rumah merah dan cikgu Azlina tetap di hati ku :)
Hopefully, 8hb Mei ni...jadilah reunion kitorang.Harap-harap meriah lah!
Tak sabarnya!!! :)
Posted by Soul Palette at 9:14 PM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Thursday, April 21, 2011
I Am 30 Now
Salam...
Amboi...lama betul aku tak update kat sini.Kalau lah blog ni manusia, mesti dia dah merajuk..
Ok, i am officially 30 years old now. Wahai umur, tolonglah bergerak perlahan sikit. Banyak benda yang aku nak buat, banyak benda yang aku belom dapat,belum rasa. Wahai masa,siapa yang mengejarmu? Kenapa lari terlalu laju...tolong perlahan sikit. Bagi aku masa dan waktu.Untuk aku capai apa yang perlu.
Birthday tahun ni, paling special.Sangat-sangat special.Adoi, tak pernah aku di surprise kan masa birthday. Tiba-tiba malam tu en hubby pulak kasi surprise kat aku.
Memang tak espect sebab aku tau lah laki aku macam mana.Bukan jenis kaki-kaki buat surprise ni. Buat dek adalah.So aku pun ingat dia just nak belanja makan,tengok wayang and karok. layan jugak.
Mulanya nak tengok wayang kat Sunway Piramid.Eeerrmm....jangan haraplah malam minggu kalo tak booking.Sebab online booking dia problem, maka aku dan hubby tak jadik lah tgk wayang.Just pi makan je.Pas tu karaoke lah se-round.
Balik karok ngam2 kol 12.Patutlah dia bagi aku jalan dulu, soh bukak pintu.Eerrmm..ingatkan sume dah tido. Rupa-rupanya ada group Eric Leong nak kasi surprise.Mak terharu nookkkk...!!! Dia kasi kumpul mak punya beloved family dari Melaka. Aduuhh....nak nangis mak ni..!
Thanx jugak untuk adik2 iparku yang "subahat" nak kenekan aku. :)
Patutlah aku nak ikut Izham balik Melaka dia diam je.Aku ingat dia tak bagi.Biasa lampu hijau saje. Yang kat Melaka pun,bila aku tipon nak cakap dengan Izham,sorang pun tak tanya apsal aku tak balik sekali. Aii..selalu pantang Sabtu Ahad kalo Izham balik ikut atok, suruh aku balik sekali.
Errmm...to my Mr Hubby, walaupun dia tak pernah baca walau sebaris dari blog ni..Aku tetap nak cakap thanx for the lovely surprise.I love you more and more sayang.I wanna grow old with you. ( Korang jgn muntah darah lak ye).
Kalo nak view gambar silalah ke facebook aku ye.
Posted by Soul Palette at 10:39 PM 0 comments
Labels: family
Saturday, February 19, 2011
No Title
Sementah lah opis dah blocked semua application untuk blogspot ni, maka memang agak limited bagi aku untu update selalu.Kalau nak update di rumah, aduh...usahkan update blog, facebook pun kadang-kadang susah dapat buka dengan amannya.
Ermm..last enrty pasal hubby's birthday. So, sempat jugak lah aku buat surprised birthday party untuk dia. Tercengang-cengang member tu, mau tak nya, pukul 12 tepat datang pulak kawan2 dia bawak kek.Dah macam Cinderalla pulak.. Gambar? Itu lah masalah nya, dah aku transfer dari kamera, laptop pulak buat hal.So, adalah yang rajin tukang reformat. Makanya byk lah gambar2 yang tak ter-track. Seb baik aku tak delete gambar2 dalam kamera tu.
Next, apa lagi yer? Tak de yang menarik untuk dikongsi.
See ya!
Posted by Soul Palette at 9:28 PM 0 comments
Labels: family
Thursday, January 20, 2011
Monday, January 17, 2011
Golden Globe Fashion
Majlis Anugerah & Fashion tak boleh dipisahkan.Memandangkan Golden Glode baru ni..jom kita jadi Rizalman dengan mulut laser dia kejap.OK, senang kate jom kita bagi rating 1-10. 10 tu terbaik lah..
Posted by Soul Palette at 10:52 PM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Sunday, January 16, 2011
Sunday,please stays a bit longer.
Hari ni Ahad. Aku kat Melaka. Cadangnya Encik hubby nak balik sekali ke sini.Sudahnya singgah sekejap je itupun hantar quotation and samples chemical kat a few hotels around Melaka ni. Hopefully tahun ni murah lagi rezeki kitorang.Kalau dapat,alhamdulillah...boleh tambah anak and beranak kat hospital swasta macam Izham dulu :)
Lately ni, asyik pening kepala and rasa loya2 nak muntah bila mengadap PC lama-lama. Chop! Bukan itu.Dah check and bendera Jepun baru turun,ok. Entah..Encik hubby suruh check Dr. tapi aku tak pergi lagi.Malaslah..kang entah ubat ape2 yang dibaginya.But seriously,benda ni aku dah rasa dalam 2-3 minggu lepas.
Adoii..esok dah Isnin.Lately rase malas nak kerja. "Resign" tu selalu sangat dah aku sebut kat Mr Hubby.
Patutnya tahun baru ni lagi semangat nak kerja. Ni tak..mana tak nya,rasa macam jadi mangsa keadaan dalam kes ni. Yang lain dok pulun buat kerja,aku ni masih terkial-kial nak mula. Dengan sistem macam sial. Dengan agent semu kat PV.Nak coaching pun susah. Aku diam je.Hari ni hari aku.Esok lusa hari kau.Moral down.Pull Stop.
Sunday,please stays a bit longer...
Posted by Soul Palette at 4:11 PM 0 comments
Labels: kata hati
Sunday, January 9, 2011
Projek Di Dapur...(Agar agar karamel)
Wahh..tajuk entry macam "sesuatu" gitu...Hari ni,bosan-bosan kat rumah,almaklum lah hari Ahad, itu incik hubby sibuk kat opis pulak...Tukang kacau sedang tidur,maka dapatlah buat projek ni dengan tenang.
Karamel ni tak guna telur macam karamel biasa.Sesuai untuk orang2 yang nak diet macam aku ni.. Buatnya sangat lah senang..Jom...Mak Jah tunjuk kan.... (Apsal Mak Jah pulak ni..??)
Masak gula pasir dengan api sederhana hingga cair,kacau perlahan-lahan hingga kuning dan berbuih.
Tuang air dan kacau sebati.Masak kejap hingga pekat,angkat dan tuang dalam bekas.Macam ni...
Satukan susu cair dan tepung kastard,kacau dah tapis.
Satukan gula halus,air dan serbuk jelly,kacau dan jerang atas api.Kacau hingga larut dan mendidih.
Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu dan tepung kastard.Kacau rata.
Masak hingga sedikit pekat (bertali), matikan api dan tuang dalam bekas karamel tadi.Macam ni..
Lepas setengah jam, masukkan dalam peti ais...sedap dimakan sejuk2..!
Maka hasilnya..
Dari pandangan atas.Kalau nak cantik sikit, masuk lah dalam bekas feveret korang..Mak Jah ni,askar ramai dalam rumah...tak de maknaya nak buat bekas kecik2 tu...buang masa den...
Ni pandangan yang menggiurkan sikit...Memang sweet dan nampak glassy...Konpem sodap :)
Dan ini..Mak Jah sebona nye baru blaja setting camera DSLR-lah-sangat ni...Makanya, poyo lah sikit nak ambik gamba lebih-lebih...
Okies..Selamatlah mencuba ye :)
Posted by Soul Palette at 6:53 PM 0 comments
Labels: recipe