Tuesday, July 5, 2011

Buat Baik Berpada-Pada

Orang tua kata, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Pada aku, kalo nak buat baik, memang kene berpada-pada,kelak kebaikan kita akan dijadikan orang lain sebagai kesempatan yang harus diambil. Kalo nak buat jahat,zaman sekarang aku rase tak sesuai dah "jgn sekali"tu.Lebih tepat "sekali sekala boleh". Boleh macam tu?

Sebelum tu,meh aku story sikit pasal Birthday Month ni. 1 Julai dah lepas. Birthday Along.Walaupun jauh di perantauan, wish tetap wish.Facebook kan ada. Phone canggih2 apa guna? Zaman dulu lain lah kan...

4 Julai - dah lepas jugak.Birthday kali pertama hidup anak buah aku yang sangat lah somel nya. Baby Atisya Aliya is healtily growing. Cayang u...Muah...Muahhh...! Aku belikan dia gaun utk tiup lilin,macam dalam facebook aku tu.

Next, 13hb -- Faris, 16th -- Adik and 22nd-- Izham...Huhuhu....Penuh...Penuh kalender aku.Semuanya orang2 yang aku sayang. No probs....Selagi ada kita celebrate lah ye...Kalo tak de tu yang dok diam-diam dalam rumah jgn keluar..Hahaha...

Back to my cerita berpada-pada tadi...Nak buat macam mana kan kalo kita dah buat sehabis baik yang boleh untuk ambik hati seseorang atau sekumpulan makhluk tuhan yang nak kita dampingi sepanjang hayat kita.Hanya kerana satu insiden yang disengajakan kesalahnya,lalu aku menegur akan perbuatan itu. Mungkin salah aku jugak sebab menegur MUNGKIN agak tidak sesuai pada masa dan ketikanya. Atau bahasa yang aku gunakan kurang sesuai dengan jiwanya,makanya hilang sudah semua kebaikan yang telah aku bagi selama ini. Bukan lah kata nak dihargai, cukup sekadar "Terima Kasih".

Eeeerrmm..nak buat cam ne kan...Kita pun bukan perfect. Takkan dapat puaskan hati semua orang.

Buat jahat sekali sekala tu..hehe..pepandai korang lah.Jgn sampai kantoi sudah :)

0 comments: