Sunday, July 17, 2011

More space for me & sweetheart

Recent entry,aku ada cakap pasal adik ipar aku yang duduk sekali dengan aku baru kahwin.Haruslah selepas berkahwin,ikut ke mana suami ajak tinggal.Makanya,adalah ruang tambahan untuk aku dan hubby serta Izham.Kalau tak,agak sesak jugak nafas ni sebab hanya ada satu bilik yang aku boleh gunakan walaupun rumah tu ada 4 bilik. (Baik kan,kami?)

Maka bilik yang kosong itu,memang menjadi idaman aku dari mula masuk rumah tu untuk dijadikan bilik Izham. Nak buat camne kalau tak dapat digunakan dulu.Jadi sekarang bilik itu aku namakan "Bilik Izham" atau "Bilik TV Izham". Fuuhhh...lega sikit....kalau tak tilam single kabinet tv dan tv tu semua dalam main bedroom aku.

Sebenarnya bilik ni belum siap lagi sebab aku bercadang nak cat kaler yang ala-ala sedikit menaikkan seri bilik ni.Tapi memandangkan encik husben busy,tertangguh jugak lah hasrat aku tu.Setidak-tidaknya aku dah alihkan apa yang patut ke bilik tu.


wardrobe & katil anak bujang aku



ni lah kabinet & tv yang aku maksudkan


Mula-mula aku iron baju kat bilik Izham ni. Tapi rasa agak leceh sebab everytime nak iron baju kene pasang plug kat tv tu. Al-maklumlah..kalau dibiarkan,agak bahaya.So everytime lepas gosok baju memang aku akan bukak plug seterika tu.

So, nak dijadikan cerita...Seorang lagi adik ipar aku tu dah dapat hidayah agaknya untuk keluar menyewa. Betul kata orang,tuhan bersama orang-orang yang sabar. So,sabar aku selama ni dah berhasil. Maka,dapat lah lagi bilik aku yang satu lagi. Alhamdulillah, bohong lah kalau aku cakap aku tak rasa apa-apa. Memang sangat lega sebab at least upper level just for my family. :) Bak kata kawan aku "dah boleh lari-lari bogel!" hahhaha..!


ruang extra untuk aku menggosok


 boleh dijadikan ruang solat untuk tetamu jugak :)

My freedom is back...!!! :)

0 comments: