Friday, June 3, 2011

Salam.

Adoi lately tak berkesempatan nak update..Adalah bercita-cita nak update via BB aku,tapi dah syok2 taip, terlogout pulak.Tension mak nok! Sudahnya serik nak update blog guna BB. Nanti-nantilah kalo ada mood baru update pakai BB.

Alkisahnya, di opis sekarang memang hire OKU sebab kitorang nak achieve ISO standard.In order nak achieve ISO tu, salah satu syaratnya adalah berupaya menggaji dan menyediakan prasarana untuk kaum yang kelainan upaya ni. Maka dalam opis tu banyak lah kemudahan yang dipermudahkan lagi untuk yang kurang upaya ni. Antaranya yang ketara adalah toilet.Toilet dah diubahsuai supaya mesra OKU. So adalah cubical ni diperbesarkan untuk senang wheelchair masuk sekali.

Selain tu, tag in dah tak payah nak key in no.staff lagi. Tag in je,pintu akan outomatik bukak sendiri.Dulu pintu kene tolak manual dan kene masukkan no.staff lepas tag in.Senang nanti yang mana kurang anggota atau ber wheelchair,boleh terus masuk.

Satu lagi, diadakan lorong untuk senang wheelchair ditolak. Kalo dulu, camne nak cakap ye...dulu kalo ada lantai yang kita kene step up sikit, lantai tu dari hujung sana sampai hujung satu lagi,takde ruang untuk tolak wheelchair,dlm kata lain kene ada orng lain tolak kan sikit wheelchair tu.

Ok,tu antara hal2 prasarana atau kemudahan untuk diorang. Cerita disebalik rakan sekerja ni banyak ikhtibar dan pengajaran yang aku boleh ambik. Bila aku tgk orng2 OKU ni,terus jadi insaf pada diri sendiri.Sekarang kurang dah merungut pasal fizikal aku yang tak perfect ni. Dah kurang merungut pasal aku berisi lah,muka chubby lah,etc. Sekarang ni kene terima dengan hati terbuka sebab ramai lagi yang lebih malang daripada aku.

Ada antara mereka yang tangan setakat bahu je.Ada yang kaki pendek sebelah.Ada yang kaki kecik sebelah. Ramai jugak yang berwheelchair. Aku salute dorang ni. Walaupun dorang kurang upaya,tapi dorang tetap survive dalam hidup ni. Kalau jumpa kat kedai makan bawah opis tu,aku rasa nak tolakkan je wheelchair tu.Tapi dorang dah biasa dengan keadaan dorang so dorang selesa buat sendiri.

Tu semua dugaan tuhan.Tak semua orang bernasib baik. Jadi bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kalau rasa tak cukup,harus berusaha;bukan berungut.Tuhan Maha Adil.Dia tahu part mana nak bagi kita lebih,part mana nak bagi kita kurang. Tu semua dah tertulis sejak kita dalam rahim ibu lagi.

Eerrmm...sampai sini dulu ya. Nanti kita sambung lagi.

0 comments: