Salam.
OK, hari ni dah 15 hari kita berhari raya. Raya tahun ni sangat ala kadar berbanding tahun lepas. Almaklumlah,nak harap aku berkemas sorang-sorang dengan keadaan fizikal yang tak berapa mengizinkan memang ala kadar lah jadinya.
Tahun ni beraya di kampung encik hubby. 6 hari ok! 6 hari aku kejong kat sana.Hahaha.Nak wat cam ne dah turn sana pulak tahun ni. Seb baiklah aku tak kawen dengan orang Sabah Sarawak ke....huhuhu...
Beraya hanya sehari di Melaka,selebihnya raya di KL.
Gambar ni di snap dalam kete, on the way nak beraya ke KL :)
One more.Laki aku kate gambar syok sendiri :P
Sempat snap beberapa keping di pagi raya.
Aku dapat rasa yang aku ni dah kurang sense untuk menulis dengan baik sejak pakai BB ni. Bukan apa, sekarang ni asyik online pakai BB.Kalau pakai BB memang kurang lah aku nak mengupdate blog sebb line yang asyik logout tetiba. Makanya, harus carik Unifi dan laptop jugak..baru mood menulis tu mari.
Lagi?
Tahun ni berbesar hati sebab mak & pak sedara sudi datang.Maklumlah, aku ni taraf anak buah je. Duduk pulak Puchong,tempat jin bertendang. Yeke tempat jin bertendang?Pada aku tak lah jauh mana, sampai je aku ni kalau ada jemputan ke mana-mana :)
Eeerm..lagi...Ahad lepas, sempatlah panggil kawan2 aku & hubby makan-makan sikit kat rumah. Percubaan pertama buat Mee Udang -- bolehlah.Aku tak berapa puas hati sebab terpedas sikit. Sian pulak anak2 dorang makan. Mana yang kuat pedas, cakap lah tak pedas. Tapi pada aku boleh sedap lagi tu,atau tekak aku memang tasteless sekarang ni?
keji tak perbuatan aku,main print screen je dari fesbuk tanpa edit kat paint? --kau memang keji nyah!! Menyempat jugaklah posing before yang lain datang :)
Esok nak balik Melaka..Yeayy...!!Cuti 4 hari nak sambung beraya kat Melaka! Home sweet home! :)
0 comments:
Post a Comment