Halluuuuu oollss...
Ok, setelah sekian lama akak berehat dan merehatkan diri daripada aktiviti bakar membakar, sekarang akak kembali beraksi..hehehe...
Memandangkan birthday Izham nak dekat and tarikhnya masuk dalam bulan puasa yang barakah, maka sambutan itu dipercepatkan lah jawabnya...Idak lah sambut besar mana pun, aku dan hubby jerss...bunyik macam nak sambut kat hotel kan?haha...
Kali ni aku nak buat Strawberry Cheese Cake. Kalau Dania behave esok, insya allah aku buat lah esok.
Jadi tadi lepas balik kerja aku singgah kat kedai bakery yang popular seantero dunia bakar membakar iaitu "Bake Wih Yen" dekat Bandar Puteri. jarak antara kedai tu dengan opis baru aku hanya lah sepelaung. Nak kira jengkal atau hasta atau depa mau digelek kete tengah jalan kang..kuangkuangkuang...
Friday, July 6, 2012
Kembali Membaking
Posted by Soul Palette at 10:19 PM 0 comments
Labels: recipe
Wednesday, July 4, 2012
Daging blackpepper masak kicap
Jumpa lagi
Rasanya dah lama tak update pasal masak memasak. Hari aku masak daging blackpepper kicap. Nak resipi? Ni resipi mak aku.Depends pada korang kalau improvise ok..
Bahan-bahan:
Bahan A:
Daging
bawang putih
halia
lada hitam
garam
* cara:
rebus semua bahan diatas atas api sederhana.Petua mak aku masukkan sudu besi dalam rebusan tu supaya cepat empuk,ok..
Bahan B:
Capsicum
Lada merah
bawang merah
tomato
kicap.
* kentang potong ikut suka, pastu goreng sampai empuk.
Bila rebusan A tu dah empuk, panaskan kuali, masukkan minyak. Bila minyak dah panas masukkan
rebusan daging tadi (make sure rebus sampai agak2 air rebusan tu dah kering,ok)
pastu masukkan kicap manis,dan semua bahan B tadi. Rasa garam dan aji...siap..!
Hasilnya...
Selamat mencuba !
Posted by Soul Palette at 9:20 PM 0 comments
Labels: recipe
Happy Birthday Siti Atisya Aliya
Haaiii...!!!
Fuhh..kalau anda perasan, 4 hari berturut-turut aku berjaya update blog average sehari satu entry. Itu adalah satu pencapaian yang membanggakan.Haha...
Ok, tengok pada tajuk entry kali ni, sila jagan bosan sebab bulan ni 5 ahli keluarga aku sambut birthday...maka insya allah korang akan nampak 5 entry pasal hari jadi saje..hahahha...Akak suke nok...!
Sape Atisya Aliya ni..? Dia adalah seorang perempuan yang hidupnya dikelilingi lelaki. Maka semua nya ala-ala jantan. Mainan lelaki, semuanya boleh dikatakan berkaitan dengan lelaki.
Posted by Soul Palette at 12:17 PM 0 comments
Upskill to unifi
Hi ouls...
Last week aku training seminggu untuk upgrade skill ke unifi.Almaklumlah, sebelum ni jaga streamyx,lepas habis cuti bersalin Dania, dapat pulak transfer ke unifi.
Its a good exposure sebab kat rumah aku memang pakai unifi.So orang kata tu tak de lah noob sangat tak tau apa-apa pasal unifi ni kan.
Maka hari ni aku kene ikut technician pasang unifi kat rumah customer.Customer ni pakai pakej 5Mbps RM149 sebulan. Aku pakai pakej yang tapi memandangkan aku staff TM, aku dapat harga staff RM119 sebulan.
Daripada assignment hari ni apa yang aku dapat:
1. sebagai staff TM aku bangga sebab TM mampu sediakan prasarana yang canggih (ada orang guna lagi ke perkataan "canngih" ni?) kepada rakyat Malaysia. Walaupun bonus yang dia bagi macam haram ciputnya!
2. Dalam kelas kitorang dapat tgk video pembangunan Unifi dari A sampai Z. Semuanya anak bangsa Melayu. So, sebagai seorang yang pure Melayu nya, aku bangga sebab anak bangsa Melayu mampu buat kerja-kerja yang dulunya tak tercapai dek akal. Agak ra*cism di sini.
3. Dalam video tu antara orang sangat kuat nya (bukan orang kuat sahaja) adalah wanita. Dia monitor kerja gali-gali tanah nak masukkan kabel fiber di sekitar Kuala Lumpur di tengah-tengah malam okeyy... So, sebagai seorang wanita, aku tumpang bangga dengan pencapaian kaum aku. Sangat sexist di sini.
4. Sebagai rakyat Malaysia, aku bangga sebab Malaysia, walaupun agak ketinggalan dengan negara-negara besar dunia, seperti Jepun, US dsb daripada segi kelajuan dan prasarana internet lajur lebar ni, tetapi Malaysia antara yang terbaik dalam kelas negara membangun lain. Maka, kita harus berbangga dengan apa yang kita dapat capai di Malaysia ni...Jangan asyik nak bersih..bersih...merugikan negara!
5.Last sekali, sebagai seorang yang dulu jaga Streamyx, aku bangga sebab akhirnya aku join group Unifi yang sedang releven dengan masyarakat Malaysia sekarang.
Jadi, are you unified yet? Jangan berlengah untuk turut serta dalam kelompok dunia tanpa sempadan dengan UNIFI.
Tengok, aku boleh jadi duta TM dah. Kalau sape nak pakai unifi boleh lah roger-roger ai.okeyy...
Jumpa lagi!
Posted by Soul Palette at 11:55 AM 0 comments
Labels: internet, membebel-bebel
Monday, July 2, 2012
Peluang...take it or leave it.
Salam...
Straight to the point, sejak Dania lahir banyak peluang yang datang dan di offer pada aku.Semua punya matlamat yang sama iaitu buat extra duit. Daripada yang modal ciput hingga lah yang ke ribu riban...yang penting nak ke tak nak...depends on your determination kan...
Ada yang tawarkan peluang melancong luar negara,semua di sponser.Bila baca blog dorang tu memanglah kita terbuai-buai dengan kekayaan yang dorang capai dalam masa yang singkat.Shopping sana sini, vacation pusing satu dunia.Kalau tengok meleleh air liur beb! Handbag paling cikai LV harga 12K.Kau mampu? Aku pun mampu...huhuhu
Ermmm...kalau dari positif side elok lah kan....sampai bila kita nak berada di takuk lama...kalau tak cuba memang tak tau sejauh mana kebolehan kita kan.Kalau dah labur ribu ribu tapi tak all out, jahanam lah bisnes tu...buat tambah hutang lagi ada...daripada nak senang terus tambah susah sebab tambah hutang.
Memang betul,hidup di KL sekarang ni,nak nak aku yang dah ada dua anak ni,nak bayar keta lagi,rumah lagi,taska anak lagi,sakit pening lagi, kalau bergantung kat satu punca memang tak cukup beb.Memang kene keluar dari belenggu cukup-cukup-makan ni. Setuju?
Yang penting tepuk dada tanya selera kan.Kalau kita selera beg LV, memang lah move on, kalau kata "Ala,beg LV Petaling Street pun boleh" errmmm...kita fikir fikir kan lah ye..
Buat masa ni memang ada satu sid income aku nak buat.On the way nak registe je ni..Hopefully sikit sebanyak dapat bantu FA (Fuad Abdulah, kalau nak Fahrin Ahmad pun boleh..hahahah).
Okies lah my lovelies, hope kita semua berjaya dalam hidup.
Posted by Soul Palette at 7:54 PM 0 comments
Sunday, July 1, 2012
happy bestday along....!
ok...entry kali ni khas untuk kakanda ku tersayang yang sambut bestday dia hari ni...kira ni bukan late entry lah ye...
umur dia dah masuk yang ke ehem ehem...tapi figure masih mantop meletop....jeles mak,nyah! kalau kata anak dara lagi pun harus lah orang percaya...
aku...?Kate nak diet, nak diet...makan jugak.kalau hubby dah tegur tu,maknanya memang dah gems lah aku ni...maklumlah...lepas deliver anak kedua...lelemak tepu masih suka kat aku...sayang betul dia kat aku sampai taknak meninggalkan aku...huhu..
berbalik pada birthday "girl" tu, ai nak ucapkan selamat panjang umo dan dimurahkan rezeki lah hendaknya ye...
semoga hari hari mendatang akan menjanjikan kebahagian buat mu nun jauh di saudi tu..
buat yang tak tau,along tu my only sister,yelah sebab aku anak kedua. jarak umur dengan aku 3 tahun.so kitorang memang rapat daripada kecik walaupun aku ni drpd form one memang sekolah asrama saje...pastu masuk u,pastu keje kat kl...
sebagai anak sulong,tanggungjawab dan peranan dia memang besar nak jaga mak abah dan adik adik...aku bersyukur dapat along macam along yang sedetik pun tak pernah abaikan keluarga...
semoga segala jasa dan pengorbanan along akan tebalas jugak akhirnya....
HAPPY BESTDAY NOKKKKKKK.......!
Posted by Soul Palette at 4:17 PM 0 comments
Thursday, June 28, 2012
status fb
Jumpa lagi...
sebenarnya kali ni aku nak paste satu status kawan fb aku...
aku betul-betul speechless dengan status dia.
serius,
setiap satu perkataan dalam status dia sangat kena dengan aku,mungkin anda juga.
sebenarnya dia belum ada rezeki nak ada anak.
dia ambik anak angkat.
sayangnya pada si anak,dianggap sangat macam anak sendiri.
sini aku share status dia..
yang sangat menyentuh jiwa setiap wanita
Posted by Soul Palette at 10:23 PM 0 comments
Labels: kata hati



