Wednesday, February 27, 2013
New Blog Template
Posted by Soul Palette at 11:56 AM 0 comments
Wednesday, July 4, 2012
Upskill to unifi
Hi ouls...
Last week aku training seminggu untuk upgrade skill ke unifi.Almaklumlah, sebelum ni jaga streamyx,lepas habis cuti bersalin Dania, dapat pulak transfer ke unifi.
Its a good exposure sebab kat rumah aku memang pakai unifi.So orang kata tu tak de lah noob sangat tak tau apa-apa pasal unifi ni kan.
Maka hari ni aku kene ikut technician pasang unifi kat rumah customer.Customer ni pakai pakej 5Mbps RM149 sebulan. Aku pakai pakej yang tapi memandangkan aku staff TM, aku dapat harga staff RM119 sebulan.
Daripada assignment hari ni apa yang aku dapat:
1. sebagai staff TM aku bangga sebab TM mampu sediakan prasarana yang canggih (ada orang guna lagi ke perkataan "canngih" ni?) kepada rakyat Malaysia. Walaupun bonus yang dia bagi macam haram ciputnya!
2. Dalam kelas kitorang dapat tgk video pembangunan Unifi dari A sampai Z. Semuanya anak bangsa Melayu. So, sebagai seorang yang pure Melayu nya, aku bangga sebab anak bangsa Melayu mampu buat kerja-kerja yang dulunya tak tercapai dek akal. Agak ra*cism di sini.
3. Dalam video tu antara orang sangat kuat nya (bukan orang kuat sahaja) adalah wanita. Dia monitor kerja gali-gali tanah nak masukkan kabel fiber di sekitar Kuala Lumpur di tengah-tengah malam okeyy... So, sebagai seorang wanita, aku tumpang bangga dengan pencapaian kaum aku. Sangat sexist di sini.
4. Sebagai rakyat Malaysia, aku bangga sebab Malaysia, walaupun agak ketinggalan dengan negara-negara besar dunia, seperti Jepun, US dsb daripada segi kelajuan dan prasarana internet lajur lebar ni, tetapi Malaysia antara yang terbaik dalam kelas negara membangun lain. Maka, kita harus berbangga dengan apa yang kita dapat capai di Malaysia ni...Jangan asyik nak bersih..bersih...merugikan negara!
5.Last sekali, sebagai seorang yang dulu jaga Streamyx, aku bangga sebab akhirnya aku join group Unifi yang sedang releven dengan masyarakat Malaysia sekarang.
Jadi, are you unified yet? Jangan berlengah untuk turut serta dalam kelompok dunia tanpa sempadan dengan UNIFI.
Tengok, aku boleh jadi duta TM dah. Kalau sape nak pakai unifi boleh lah roger-roger ai.okeyy...
Jumpa lagi!
Posted by Soul Palette at 11:55 AM 0 comments
Labels: internet, membebel-bebel
Tuesday, October 26, 2010
Yeaay...!!
At last aku lepas dari belenggu dunia-tanpa-internet. Sejak pindah rumah baru ni, konon-konon port streamyx penuh, aku try lah Celcom Broadband tu.
Macam haram.
Macam siput.
Macam lahanat.
Hari ni installer UNIFI (please google kalo tak tau) datang pasang. Lega. Rasa terputus hubungan dengan dunia kalau tak de internet kat umah. Dah lah Mr F asyik keje malam je. Penat2 layan si kecik tu, nak jugak browsing facebook. Kalau guna Celcom BB, tambah pening and hati panas aku.
Bayaran dia memang agak mahal sikit lah.But, do i have a choice? Yes, i do tapi aku lah yang kene tanggung azab sengsara (hebatnye penangan internet dalam hidup aku) kalau line tu kejap-kejap disconnect. Kejap-kejap kau kena reconnect.WTF!
So berbalik pada cerita installer tadi, mulanya cicit Pak Majid(merujuk kepada rakan setangki aku). Aku saje-saje je nak try register. Kot kalau nasib baik, port streamyx takde, port UNIFI banyak. Tengok-tengok application aku lepas. Yes..!
Tadi dah siap-siap pasang semua goes well. Hopefully aku bolehlah langsaikan hutang gambar-gambar yang aku nak upload, yang kawan2 aku dok tunggu dari dulu...Errm..banyak benda nak buat dengan kelajuan internet yang mencecah 5Mb ni.Huhu...
Posted by Soul Palette at 6:12 PM 0 comments
Labels: internet, membebel-bebel
