Huhuhuhu...
Ni satu lagi benda yang buat i meluat bila browse instagram artis-artis.
Ok...i bizz jugak...tapi tak lah desprate sangat sampai nak menempek di insta artis-artis nak spam photo derang... Come on...boleh tak cari duit BUKAN dengan cara macam ni? Hilang respek customers you all nanti. Insta sendiri kan ada...kenapa nak buat macam tu kat insta orang?
Its like you all meniaga excatly depan rumah orang TANPA kebenaran, faham tak?
Sudah-sudah ler tu...
Antara contoh-contohnya macam ni lah!
Wednesday, July 17, 2013
Menempek Di Instagram Orang
Posted by Soul Palette at 5:57 AM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Thursday, February 21, 2013
Widget
Pada pendapat anda, sekiranya anda ada blog yang macam ni...
adakah anda rasa pengunjung blog anda suka atau menyusahkan mereka?
Pada aku benda ni semua buat semak semak mata and sakit hati...
kalau bayangkan..kalau kau klik kat widget bangang tu, dia akan bawak kau ke link lain..WTF?!
Aku nak tgk blog ko jer..bukan nak buat benda2 mengarut tu...
Kau tau tak widget kau tu menghalang pandangan mata ..
Dah elok2 aku nak browse blog ko..terus rasa feed up...
Moral: Sila lah bermoral sebelum tepek ape2 widget kat blog..jgn dok ikut ape orng buat tanpa tau benda tu what-the-fcuk!
Posted by Soul Palette at 12:49 PM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Kisah Putus Cinta Epik?
Gittteewww tajuk nya...
Aku rasa sejak dua tiga minggu lepas Malaysian dihidangkan dengan kegagalan cinta tahap epik (?)
Orang biasa kalau putus cinta takkan dapat tahap "epik" tu walau se epik mana kisah nya..Yang akan dapat hanya golongan celebrity ke atas..Contohnya dulu kisah Princess Diana..Ingat? Atau Rihanna yang kene belasah teruk dengan Chris Brown..Atau Jennifer Aniston dengan Brat Pitt
Shila Amzah.
Kisah cinta terlarang dengan "cinta hati". Adoi dek....kalau belum confirm jangan dicanai kisah cinta kau dek ooii...Kelak sape yang malu? Kau dan keluarga kau dek non....! Cium tangan bagai..Ko tu artis..Artis kalau menguap tak tutup mulut pun orang akan mengata..Paham? Ke tak paham? Lain lah cam akk ni haaa.. Kentut bau serumah pun, paling tak laki aku je yang complain..!
Kan..? Last-last ape jadi? Memanglah jodoh di tangan tuhan...Si jantan nya pun satu..Mulut longkang tahap ape ntah..Berani pulak ko kondem bakal pak mertua..Memang reject lah jawabnya..
Lagu "Aku Masih Cinta"..Dek, ko nak ke laki cam tu? Tak payah nak "masih cinta" sangat lah... Kalau takde abah ko tu, takde ko kenal "cinta hati" ko tu dek..Sila lah pilih bakal suami yang hormat mak ayah ko dulu..
Ni belum kawen pun dah laser...Ko belum paham cam ne situasi orng dah kawen ni..Nanti ko dah kawen baru kau tau.. Camne ko kene check and balance both party..Pening dek kalau dua2 ada 'kepala' sendiri..
Fizz Fairuzz
Ni lagi epik...Gila ko tunang bini orang ?! Tulah orang kata sebelum kawen kenal dulu hati budi..Ni ko main sondol je derr...
Cerita dah jadi telenovela dah ni..sorang kata tu sorang kata ni...Sorang kata ye, sorang kata tak...Yang tak dapat dan berciciran adalah yang dikejar dan dikendong. Dua-dua melepas..Nasib kau lah labu.. Binasa dah watak kau sebagai "Aidil" yang sangat ideal dalam Nur kasih tu...
Adoi..Oklah...cukuplah tahap bebelan akkk kali ni..
Tengah nak update Puchong yang dilanda bah pulak lepas ni..
Tata Titi Tutu..!
Posted by Soul Palette at 12:26 PM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Thursday, December 20, 2012
2012.2012
Posted by Soul Palette at 11:50 AM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Tuesday, November 6, 2012
entry jiwa kacau
eerrrmmm...daripada tajuk entry je dah macam macam-macam kan...
adoi...seminggu dua ni entah apa lah tuhan nak uji aku ni...macam-macam yang datang. lepas satu, satu. yang penting kenalah harus bersabar kan. but i wonder berapa lama lah sabar aku ni boleh bertahan. memanglah sabar tu separuh daripada iman, tapi separuh lagi aku nak boh tang mana tatau. lelama simpan pun tak elok, buat tambah jerawat kat muka aku ni je...
maka dush..dush..dush...! Sila lah pergi jauh-jauh wahai masalah.aku dah penat fikir pasal kau. sampai tidur malam pun termimpi-mimpi. sampai aku buat perkara yang tak pernah aku buat iaitu mengadu kepada orang lain yang mungkin lebih faham kenapa masalah ini terjadi.
eerrrmmm...hopefully cepat lah segala gala ni berakhir selagi aku boleh hang on...
Posted by Soul Palette at 10:16 PM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Thursday, November 1, 2012
Plan B
Plan B. Pernah dengar? Plan B pada aku lebih kurang backup plan lah kalau2 plan A tak jadi.
Ekceli dalam hidup memang kene ada plan B. Nak nak untuk wanita macam kita ni. Eerrmm.. setuju tak kalau aku cakap kita sebagai isteri kene ada "rahsia" jugak dengan suami. Bukanlah rahsia ape, cuma ada something yang dorang ni tak perlu tahu and kita jangan gatal mulut nak bagitau.
1. Saving.
Setuju? Hehehe..aku buat benda ni dah lama. Sila jangan bagitau si dia anda yang anda menyimpan secara senyap-senyap. Banyak hikmahnya...kalau tak pernah buat, percayalah...kalau bukan untuk kita, maybe untuk anak-anak in future.Pastu kalau dah menyimpan tu jgnlah dok pasang angan-angan, asal raya je nak tukar langsir, itu ini..last-last duit saving tu entah ke mana.
2. Extra credit card/ Kredit kad dah tambah limit.
Aku pernah buat jugak..hehe...ok, memula katanya aku dah terminate satu kad yang mana sebenarnya masih aktif. But make sure monthly statement tu taklah sampai ke tangan dia :) Seb baik lah laki aku ni jenis tak ambik kesah bil-bil ni sume.So aku selamat kat situ. Maka, gunakan kredit kad ini hanya bila perlu atau time terdesak tahap sales handbag coach 80%. (Pernah ke?)
Biasa kalau payment cantik, pihak bank akan up kan credit limit. Ok, yang ni sampai sekarang dia tak tau yang kredit kad aku sebenarnya limit dia dah naik. Ekceli ada pro and con nya credit card ni. Aku malas nak bebel sebab benda ni dah selalu nau orang cakap. Maka, tepuk dada tanya lah mesin swipe kad kredit tu.
3. Dapat extra side income.
Diam diam je...jangan ribut-ribut. Kalau ribut-ribut, maka macam ributlah duit tu habis. Kan? Ala..kita pun tatau apa yang dorang sorok kan daripada kita. bukan apa, mesti ada! Bukan nak suspicious, tapi itu adalah kenyataan....
Ok, so far daripada pengalaman aku ni jelah..kalau ada extra nnt in future aku tambah.okies.
Posted by Soul Palette at 11:27 PM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Wednesday, July 25, 2012
5 Ramadhan
Assalamualaikum...
Salam 5 Ramadhan. Dah lima hari puasa, baru semalam menjejak kan kaki ke Bazaar Ramadhan.Tetiba teringat Ramadhan yang lepas, di Bazaar yang sama, tetiba ada sorang pakcik ni hulur Izham RM5. Aku terpinga-pinga dengan tindakan pakcik tu. Sebelah dia ada sorang wanita mungkin isteri dia.So makcik tu pun cakap,"ambillah, sedekah ni." Aku terpinga-pinga lagi. Tetiba orang meniaga tu pulak yang menyampuk soh ambik. Izham ambik jer.Aku sempat cakap terima kasih kat pakcik dan makcik yang budiman tu. Mungkin rezeki Izham hari tu.
So semalam bawak Izham dan Dania sekali. Well behave sungguh si anak dara sorang ni. Mungkin tak biasa dengan suasana yang ramai orang maka dia agak sedikit tercengang-cengang.Pastu mata lalok nak tidur.
Eerrmm...di bulan puasa ni elok lah kita berjimat cermat. Tak baik membazir beli macam-macam, last-last ke tong sampah semua makanan yang leftover tu. Jangan..jangan..jangan..!Bak kata kakak senior aku dulu.."Al-mubaziri nal al friend of syaiton..." Ada paham..? Maksudnya membazir itu amalan syaiton.
Memang time lapar, masya allah sume nak beli. Kalau kapasiti perut aku, 2 keping kuih dah cukup jika makan nasi separuh pinggan.Air tu kalau dahaga tahap susu-dania-pun-nampak-sedap memang akan bergelen-gelen lah jawabnya.So, target kitorang suami isteri Ramadhan kali ni adalah untuk meminimakan pemergian ke bazaar-bazaar ini. Kalau teringin sangat nak makan apa-apa baru lah beli kot. Selebihnya hanya masak di rumah.
Oh, cakap pasal masak..semalam aku try resipi baru lagi dari Mat Gebu (resipi dah lama, aku yang baru try.) Yummilicious sungguh hasil Sotong 3 rasa aku. Kalau nak resipi sila ke Dapur Tanpa Sempadan.Rezeki pulak sepupu FA (Fahrin Ahmad Fuad Abdulah) aku datang nak tumpang berbuka sebab tengah kerja.
Back to the topic pasal pembaziran itu, ingat-ingatlah saudara mara seislam kita yang kebuluran di sana. Dorang nak dapat sebuku roti pun kene berebut rebut.Maka kita di sini harus bersyukur dengan nikmat tuhan.Mungkin kita susah,tapi ingatlah ada yang lebih susah daripada kita.
Wassalam.
Posted by Soul Palette at 8:42 AM 0 comments
Labels: membebel-bebel, recipe
Wednesday, July 4, 2012
Upskill to unifi
Hi ouls...
Last week aku training seminggu untuk upgrade skill ke unifi.Almaklumlah, sebelum ni jaga streamyx,lepas habis cuti bersalin Dania, dapat pulak transfer ke unifi.
Its a good exposure sebab kat rumah aku memang pakai unifi.So orang kata tu tak de lah noob sangat tak tau apa-apa pasal unifi ni kan.
Maka hari ni aku kene ikut technician pasang unifi kat rumah customer.Customer ni pakai pakej 5Mbps RM149 sebulan. Aku pakai pakej yang tapi memandangkan aku staff TM, aku dapat harga staff RM119 sebulan.
Daripada assignment hari ni apa yang aku dapat:
1. sebagai staff TM aku bangga sebab TM mampu sediakan prasarana yang canggih (ada orang guna lagi ke perkataan "canngih" ni?) kepada rakyat Malaysia. Walaupun bonus yang dia bagi macam haram ciputnya!
2. Dalam kelas kitorang dapat tgk video pembangunan Unifi dari A sampai Z. Semuanya anak bangsa Melayu. So, sebagai seorang yang pure Melayu nya, aku bangga sebab anak bangsa Melayu mampu buat kerja-kerja yang dulunya tak tercapai dek akal. Agak ra*cism di sini.
3. Dalam video tu antara orang sangat kuat nya (bukan orang kuat sahaja) adalah wanita. Dia monitor kerja gali-gali tanah nak masukkan kabel fiber di sekitar Kuala Lumpur di tengah-tengah malam okeyy... So, sebagai seorang wanita, aku tumpang bangga dengan pencapaian kaum aku. Sangat sexist di sini.
4. Sebagai rakyat Malaysia, aku bangga sebab Malaysia, walaupun agak ketinggalan dengan negara-negara besar dunia, seperti Jepun, US dsb daripada segi kelajuan dan prasarana internet lajur lebar ni, tetapi Malaysia antara yang terbaik dalam kelas negara membangun lain. Maka, kita harus berbangga dengan apa yang kita dapat capai di Malaysia ni...Jangan asyik nak bersih..bersih...merugikan negara!
5.Last sekali, sebagai seorang yang dulu jaga Streamyx, aku bangga sebab akhirnya aku join group Unifi yang sedang releven dengan masyarakat Malaysia sekarang.
Jadi, are you unified yet? Jangan berlengah untuk turut serta dalam kelompok dunia tanpa sempadan dengan UNIFI.
Tengok, aku boleh jadi duta TM dah. Kalau sape nak pakai unifi boleh lah roger-roger ai.okeyy...
Jumpa lagi!
Posted by Soul Palette at 11:55 AM 0 comments
Labels: internet, membebel-bebel
Monday, July 2, 2012
Peluang...take it or leave it.
Salam...
Straight to the point, sejak Dania lahir banyak peluang yang datang dan di offer pada aku.Semua punya matlamat yang sama iaitu buat extra duit. Daripada yang modal ciput hingga lah yang ke ribu riban...yang penting nak ke tak nak...depends on your determination kan...
Ada yang tawarkan peluang melancong luar negara,semua di sponser.Bila baca blog dorang tu memanglah kita terbuai-buai dengan kekayaan yang dorang capai dalam masa yang singkat.Shopping sana sini, vacation pusing satu dunia.Kalau tengok meleleh air liur beb! Handbag paling cikai LV harga 12K.Kau mampu? Aku pun mampu...huhuhu
Ermmm...kalau dari positif side elok lah kan....sampai bila kita nak berada di takuk lama...kalau tak cuba memang tak tau sejauh mana kebolehan kita kan.Kalau dah labur ribu ribu tapi tak all out, jahanam lah bisnes tu...buat tambah hutang lagi ada...daripada nak senang terus tambah susah sebab tambah hutang.
Memang betul,hidup di KL sekarang ni,nak nak aku yang dah ada dua anak ni,nak bayar keta lagi,rumah lagi,taska anak lagi,sakit pening lagi, kalau bergantung kat satu punca memang tak cukup beb.Memang kene keluar dari belenggu cukup-cukup-makan ni. Setuju?
Yang penting tepuk dada tanya selera kan.Kalau kita selera beg LV, memang lah move on, kalau kata "Ala,beg LV Petaling Street pun boleh" errmmm...kita fikir fikir kan lah ye..
Buat masa ni memang ada satu sid income aku nak buat.On the way nak registe je ni..Hopefully sikit sebanyak dapat bantu FA (Fuad Abdulah, kalau nak Fahrin Ahmad pun boleh..hahahah).
Okies lah my lovelies, hope kita semua berjaya dalam hidup.
Posted by Soul Palette at 7:54 PM 0 comments
Friday, May 18, 2012
Ash selepas...
Fuhh...agak lama giller tidak berblog.
So entry kali ini hanya untuk menyatakan yang aku masih ada untuk update blog terchenta ini :)
Sebenarnya banyak yang ingin dikongsi tapi topik yang kawan facebook aku highlight hari ni membuatkan aku nak cari lagi dan lagi...
So dalam pencarian aku, terjumpalah artikel ni yang sangat kene dengan aku yang baru bersalin ni...Hopefully aku tak lah macam ni erkkk...takut lak....
Apa-apa pun, terpulang lah pada anda nak menilai macam mana. Pada aku, biarlah...dia dah kaya..anytime boleh kurus..tak dapat job berlakon pun tak effect apa-apa...tidur atas duit kot....
Hanya yang penting kesihatan tu..kalau kurus kempeng tapi sakit pun tak guna ye dakkk...???
Jom baca artikel penuh di sinuuunnnnnn........
Indiawest: Aishwarya Rai’s Shape the Subject of Intense Debate
Posted by Soul Palette at 2:40 PM 2 comments
Labels: membebel-bebel
Thursday, February 9, 2012
Ketam Goreng Tetiba Rasa Masin.
Posted by Soul Palette at 10:31 AM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Thursday, November 24, 2011
Chinta Baru
Fuhhh...Leganya dapat laptop untuk update blog tercinta ni. Genap sebulan aku tak sempat nak membebel-bebel macam biasa dalam diary bebelan aku ni.
Sebenarnya dalam sebulan yang aku tak update,aku dapat chinta baru. Dah lama aku mengidam,baru kini aku mendapat. Entah apa angin baik en hubby, kali ni aku mintak terus dapat.Kalau tak dia terfikir-fikir jugak. Thank you hubby, me love u!
Eerrmm....Apakah dia chinta baru ku? Nama je aku punya, tapi yang main nya lagi over daripada aku. Jom scroll tengok budak kecik ni buat apa....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Posted by Soul Palette at 10:19 PM 0 comments
Labels: family, izham, membebel-bebel
Sunday, October 23, 2011
Bercakap Tentang Aku
Ya,
Dalam dunia ni siapa yang perfect?
Dalam dunia ni siapa yang mampu memuaskan hati semua orang?
Aku tahu aku bukan yang terbaik untuk engkau. (serius,ini bukan hal aku dan suami,ini hal orang lain)
Aku tahu aku bukanlah seperti yang engkau mahu.
Baru saja aku bertemu kau,kat sana.
Eerrmm..dari riak wajah dan memek muka aku tahu akan tahap kemeluatan engkau itu.
Tapi ape salah aku?
Salah ke aku nak menegakkan hak sendiri?
kalau itu yang jadi menyebab wajah macam tu, baik lupa kan.
Kau harus tengok pulak wajah aku sepanjang tiga tahun lepas.
Kau ingat aku suka?
Kau ingat aku rela?
Errmm..yer..semuanya terpaksa.
Paksa rela.
Sebelum bercakap tentang aku, tentang keburukan aku
Baik kaji dulu tentang apa yang engkau mahu dulu
Ya, sekarang, ini yang aku mahu.
Puas hati?
Lantak lah nak bercakap apa pun tentang aku
aku dah tak peduli
aku dah tak kisah
Sebab orng sebangsa kau
Buat baik dikata
buat jahat lagi dikata.
Jadi biar aku dengan hidup aku sekarang.
kau duduk dia-diam di situ.
Aku bahagia sekarang.
Posted by Soul Palette at 8:56 PM 29 comments
Labels: membebel-bebel
Tuesday, October 4, 2011
Kenapa Kadang-Kadang Anda Terfikir Nak Tukar Kerja
Fuhh...topik yang sangat releven dengan hidup aku (maybe anda jugak) buat masa ni.
Mengikut Wikipedia, kerja atau job bermaksud a regular activity performed in exchage of payment.
Ha...sangat straight to the point.
Walaupun kadang-kadang kerja yang kita buat sekarang ni mampu memberikan kita apa yang dihajati, tapi ada masa dan ketikanya kita terfikir untuk tukar kerja.Betul tak...? Apatah lagi kalau reasons kita untuk tukar angin ada dalam list ni:
1. dah tak ngam dengan Boss
2. jobscope dah carca merba sebab sume kerja atas bahu kita.
3. berskandal dalam opis tapi last-last clash tgh jalan.
4. member kamcing kene transfer tempat lain @ kita yang ditransferkan.
5. dan banyak lagi lah.
But pada aku, most of the reasons yang aku selalu dengar:
6. Better offer.
Aku nak terus jump ke reason no.6 sebab dalam organisasi aku, reason no.6 tu paling famous. Jadi, kenapa kita pilih reason no.6 sebagai alasan untuk kita move on?
a. buat apa nak menghambakan diri kat company yang kau dah service bertahun-tahun but never appriciate what u did?!
b. orang lain bergumbira dengan bonus yang dorang dapat sedangkan kau yang sangat berharap akan bonus itu,langsung, diulangi LANGSUNG satu sen pun tak dapat.
c. better offer dalam erti kata environment dan peluang-peluang lain yang company kau tak boleh bagi etc: melancong ker, naik pangkat cepat ker, apa-apa lah.
d. Kau memang memerlukan extra income sebab komitmen semakin hari semakin bertambah.Contoh; nak kahwin ke, nak tambah anak ke, beli rumah ke, beli kereta ke atau kos sara hidup yang semakin tinggi.
e. kenapa harus tunggu kalau company lain boleh bagi apa yang kita sepatutnya dapat,malah lebih lagi.
Tapi kadang-kadang bagi kita yang masih berada di mana kita berada sekarang ni..mungkin alasan-alasan di bawah kita gunakan untuk kita kekal dan orang-orang yang dah move on tu kata kita masih di takuk lama.
i. keadaan fizikal.etc: mengandung!
ii. kau rasa mungkin rezeki lebih baik pada tahun-tahun akan datang kalau kau stay.etc: "maybe next year aku dapat bonus!"
iii. belum bersedia nak develop otak kau dengan environment dan opismate baru.
iv. takut tak boleh handle kerja baru.
vi. tak tau lagi perangai boss macam mana.
dan banyak lagi.
Perkara (b) pernah terjadi kat aku.Dan aku menggunakan alasan (ii) untuk terus menghambakan diri kat company ni dengan membabi buta. Tetapi memandangkan aku sedang alami perkara (i) sekarang ni, maka aku jugak gunakan alasan (iii) hingga (vi).
Walaupun aku jugak menunggu perkara no.6, kalau-kalau ada rezeki anak baru aku ni, sure aku aku move on dengan alasan (a) dan (e).
Akhir kata, tepuk dada, tanya kemampuan.
Posted by Soul Palette at 9:31 PM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Thursday, September 22, 2011
Cita-cita yang tak pernah jadi nyata.
Ingat tak dulu masa kecik-kecik,guru kelas akan tanya cita-cita kita bila dah besar nanti? Kene isi tiga tempat kosong dalam kad tu.
jawapan aku masa tu:
1. cikgu
2. nurse
3. doktor
Sebenarnya jawapan tu berbeza setiap tahun bergantung pada tahap kegedikkan kita nak jadik apa atau pengaruh tv. Pernah dulu kawan saya jawapannya seperti ini:
1. kerja kilang.
2. jururawat (aku up sikit sebab aku tulis "nurse")
3. cikgu.
Aku terima kawan aku tu seadanya sebab dia nak kerja kilang :) Be positif ok...kerja kilang memang kerja kilang..manalah tau dalam kilang tu dia nak jadik General Manager ke, Operation Director ke kan..? Haa..nganga kau jah..kalau Mercedes 5 series langgar lopak air masa kau jalan kaki...! tengok2 kawan yang kau gelakkan yang nak kerja kilang tu....Malu Mak Jemah!
Dulu kerjaya cikgu ni memang tip top.Kalau kau cikgu,taraf kau dah macam menteri pembangunan wanita dah.Atau pun dalam bahasa lain, kalau mak ayah kau cikgu, kau dah taraf anak menteri dah tu. Hebat..hebat..
Masa aku sekolah asrama kat Johor dulu, setiap meja kat dalam kelas kene ada cita-citadi tulis kat sudut tepi meja. Motip : Nak soh kau belajar betul sampai tercapai cita-cita kau.
Tepi meja aku ada tulisan "Fashion Designer"...Haaa...tak taraf Victoria Beckham aku time tu...? Kakak2 senior sume pandang paisei kat aku konon aku poyo nak jadik "Fashion Designer". lantak aku lah, meja aku, aku punya suka lah nak letak apa...Hehehe...itulah antara penyebab aku jadik "kegemaran" untuk soh pi kantin lepas prep untuk belikan dorang punya goreng pisang cicah kuah kicap tu. Dem!
Tak cukup dengan tu, kat almari dorm jugak aku letak "Fashin Designer" bagi besar-besar sikit. Hrrmmm.... Puas hati aku :)
Pernah jugak aku bercita-cita nak jadik stewardess. Memandangkan aku tak cukup ketinggian, maka impian tinggal mimpi even sampai sekarang pun aku suka tengok stewardess kat luar. Comel,cantik, elegen.Nak wat cam ner tak de rezeki aku nak jelajah dunia free.
Next, aku pernah gak nak jadik doktor. Tapi cakap pakai mulut, tulis atas kertas boleh lah..Nak kejar betul-betul, tak terkejar untuk orang macam aku. Tak fokus! Fokus cepat lari! Bad Diana! Very bad. Abah pun tak galakkan sangat anak-anak dia jadik doktor. Entah, dia kata akan struggle,tak de life. hehhe..maybe dia dah tau tahap kemampuan anak dia.
Paling best,aku pernah nak jadik pilot.Huhuhu...berangan nak bawak kapal terbang konon. Alasan impian tak tercapai..Kos yang beratus ribu! Kesian lak mak ayah aku..Baik aku lupakan impian tu!
Selain tu, aku minat gak nak kerja line hotel.Dulu pernah lah time cuti sekolah buat part time kerja hotel. Memang best, makan tanggung, uniform hotel tak yah basuh, balik kerja hantar kat laundry hotel, esok ambik balik dah siap basuh. Kelas Jah!
Last-last aku tersangkut kerja kat line "Customer Service" Banyak benda yang aku boleh apply dalam real life. Contohnya, aku sekarang dah pandai komplen (hahaha) kalau aku tak puas hati. So, don't mess with orang yang ada "Customer Service" background. Selain tu, aku dapat lah menilai tahap khidmat pelanggan kalau aku berurusan secara face to face. Contoh gi bank ker, makanan segera ker...hehhe....
Errm...konklusinya, cita-cita dan impian tu sebenarnya pendorong untuk kita teruskan hidup saja. Apa yang kita akan end up satu hari nanti hanya tuhan yang tahu.Kita merancang, tuhan yang tentukan. Jika kita ada impian yang baik, maka akan jadi baik lah kita walaupun bidang tu menyimpang jauh dari apa yang kita nak.
Tuhan kan Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambanya,tak gitu?
Posted by Soul Palette at 10:37 PM 2 comments
Labels: membebel-bebel
Tayar Pancit Lagi
Posted by Soul Palette at 9:29 PM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Monday, August 22, 2011
Puasa & pregnancy syndromes
Alhamdulillah..dah 22 hari kita berpuasa.Tapi kali ni dugaan nya amat lah besar memandangkan aku kali ni memang tak tahan lapar.Bila lapar rasa pening yang berpinar-pinar.Maka harus cepat makan atau aku akan errkkk...erkkkk.....angin dan membawa ke munt*h...Bila keluar segala isi perut,maka akan collapse lah si perempuan mengandung ini.
Buat masa ni tu lah sindrom yang sangat ketara sekarang.En Fuad dah faham, kalau aku takde hati nak masuk dapur tu,dia akan masak sendiri apa dia nak makan.Satu lagi aku kali ni tak boleh sangat nak ke tingkat atas rumah aku tu.Maklumlah udara kat atas tu kurang bergerak sikit unless kalau hari cuti memang aku akan bukak tingkap bilik 90darjah..baru udara bergerak so that takde lah terkuap sangat kat atas tu.
Adoi..memang tak boleh nak berblog dengan aman.Ni ha si Izham nak "otomen neus" lah, "otomen seben"lah...huh!
Posted by Soul Palette at 8:39 PM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Friday, August 12, 2011
Swift Biru
Selamat Berpuasa.Dah 12 hari rupanya berpuasa.pada aku memang agak terasalah 12 hari tu sbb puasa dalam keadaa uweekk uweekk..! yg tak bestnya, tak dapat menikmati hidangam berbuka dari bazaar yang nampak sedap,tapi bila masuk mulut aku,sumenya tasteless.
ok,berkenaan tajuk entry aku kali ni,kisahnya terjadi semalam.rupanya masih ada yang prihatin di malaysia ni.saling mengambil berat.semalam masa aku balik kerja,aku pun bawa kereta dalam keadaan aku-malas-nak-berebut-dengan-kau.sampai kat satu selekoh,ada satu kete hon-hon aku.aku cakap dalam hati,"kalau nak masuk lane aku,masuk je lah.tak payah hon".pastu aku tgk kete tu jalan seiring kete aku.ni apsal pulak ni?aku ada gesel kete orng ke? dalam swift biru tu aku tgk ada 2 orng pompuan,yg driver free hair.sebelaha dia pakai tudung putih.yg bertudung tu dok tunjuk2 kat pintu kete aku.baru aku perasa rupanya aku tak tutup pintu betul.aku angkat tangan tanda terima kasih dgn harapan aku leh betulkan pintu tu time kete tak byak (gile nak pintu time tu gak,tgh kete berpusu-pusu nak jalan).
so aku jalan.swift yang sama follow aku lagi kat tepi.kali ni si driver tu pulak tunjuk isyarat nak bgtau benda yang sama.macam mana pulak aku nak cakap "aku tau"? aku angkat tangan sekali lagi,tanda terima kasih dan tanda ok-aku-dah-nampak. pastu aku masuk selekoh dan dia jalan terus.
dalam hati aku "ya allah,ada jugak manusia yang prihatin sekarang."walaupun kecik je hal ni tapi aku terharu lah sebb biasanya orng2 kat sini sume buat hal masing2.
kepada pemandu dan rakan swift biru tu,aku nak ucapkan terima kasih atas keprihatinan anda :)
selamat berpuasa.(adoii...perut lapa,kepala pening.)
Posted by Soul Palette at 12:01 PM 0 comments
Monday, July 18, 2011
bz birthday month (pix uploaded)
testing blogging pakai blackberry :)
Ok,aku pernah cakap July is the very bz birthday month utk family aku. Tinggal Izham punya besday je Jumaat ni.Eeerrmm...dah 4 tahun rupanya anak bujang aku tu..Bila la nak dapat adik,belum ada rezeki lagi lah..
Blm plan pun bday Izham.Kalo sempat,buat before puasa ni.Kalo tak, sekali dgn open house je lah jawab nyo.Maklumlah,rumah baru ni belum show house lagi.Kalo ada rezeki lebih raya ni blh lah buat open house :)
Meh tgk kalender bln Julai aku kat opis.
** adoi...sgt lembap pulak nak tunggu gambar ni loading. Insya allah kalo sempat nnt kat rumah i upload,ok.
Tata titi tutu :)
ok..now aku upload lah jugak July bday babies aku sebab dah janji kan.. :)
Posted by Soul Palette at 4:58 PM 3 comments
Labels: izham, membebel-bebel
Tuesday, July 5, 2011
Buat Baik Berpada-Pada
Orang tua kata, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Pada aku, kalo nak buat baik, memang kene berpada-pada,kelak kebaikan kita akan dijadikan orang lain sebagai kesempatan yang harus diambil. Kalo nak buat jahat,zaman sekarang aku rase tak sesuai dah "jgn sekali"tu.Lebih tepat "sekali sekala boleh". Boleh macam tu?
Sebelum tu,meh aku story sikit pasal Birthday Month ni. 1 Julai dah lepas. Birthday Along.Walaupun jauh di perantauan, wish tetap wish.Facebook kan ada. Phone canggih2 apa guna? Zaman dulu lain lah kan...
4 Julai - dah lepas jugak.Birthday kali pertama hidup anak buah aku yang sangat lah somel nya. Baby Atisya Aliya is healtily growing. Cayang u...Muah...Muahhh...! Aku belikan dia gaun utk tiup lilin,macam dalam facebook aku tu.
Next, 13hb -- Faris, 16th -- Adik and 22nd-- Izham...Huhuhu....Penuh...Penuh kalender aku.Semuanya orang2 yang aku sayang. No probs....Selagi ada kita celebrate lah ye...Kalo tak de tu yang dok diam-diam dalam rumah jgn keluar..Hahaha...
Back to my cerita berpada-pada tadi...Nak buat macam mana kan kalo kita dah buat sehabis baik yang boleh untuk ambik hati seseorang atau sekumpulan makhluk tuhan yang nak kita dampingi sepanjang hayat kita.Hanya kerana satu insiden yang disengajakan kesalahnya,lalu aku menegur akan perbuatan itu. Mungkin salah aku jugak sebab menegur MUNGKIN agak tidak sesuai pada masa dan ketikanya. Atau bahasa yang aku gunakan kurang sesuai dengan jiwanya,makanya hilang sudah semua kebaikan yang telah aku bagi selama ini. Bukan lah kata nak dihargai, cukup sekadar "Terima Kasih".
Eeeerrmm..nak buat cam ne kan...Kita pun bukan perfect. Takkan dapat puaskan hati semua orang.
Buat jahat sekali sekala tu..hehe..pepandai korang lah.Jgn sampai kantoi sudah :)
Posted by Soul Palette at 11:15 PM 0 comments
Labels: kata hati, membebel-bebel















