Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Happy 33rd Birthday



Errm....

Agak2 siapa yang dah menua ni..? Hihihi...Lahir on 22nd January. An Aquaruis man i would say.

Here are some strenght :

- Witty
- Clever
- Humanitarian
- Inventive
- Original

And the weaknesses:

- Stubborn
- Unemotional
- Sarcastic
- Rebellious
- Aloof

Ada yang betul but ada yang ke laut. Well...only me and him know. Hehehe...

Whoever you are, I'll love you forever Mr.F !
Lets cut the cake and enjoy the fruits!











Thursday, July 18, 2013

July Babies



Julai memang bulan yang istimewa untuk family i. Dalam bulan Julai ada 5 family members yang celebrate their bday in this month.

1st July - Along
4th July - Aliya (my adik's daughter)
13th July - Faris (Along's son)
16 July - My adik bongsu
22 July - Izham

So memang every year we will celebrate together esp for the kids. Memang dorang enjoy themselves and share the cake. This year i buatkan choc moist with fresh cream frosting as requested by my adik bongsu...heheh...layankan je lah tekak dorang.

So lets layan some of the pics. Tomorrow we nak pergi mandi manda ke Tambun & straight away ke Cameron Highland. Excited! Its quite a while since our last family outing kat Genting last August.


The cake

Bday boy...kalau susah sgt nak senyum depan kamera..nilah jadinya...hahaha

Sayang

Maksu & Dania

Antara juadah: Kuey Tiow Goreng, satay, durian crepe & Pavlova (not in the pic)

quarter gone


So wait for my next entry. Tambun & Cameron..here we come!!!

Strawberry Slice Cake & Jerebu



Yuuuhhhuuuu....

Ok, lepas sahur Ramadhan ke-9 ni kenalah cargas. So dah berapa hari ni lepas sahur i memang tak tidur. Si kecik 2-2 tido jadi ini lah masanya untuk hapdate story mory yang lama tertannguh tu.

Now nak cerita pasal my first trial of slice cake after the class. All when well and menjadi. Dania pun sangat behave maka i dapat buat dengan tenang sekali. Almaklumlah, masa nak buat ni Mr.F masih lagi dalam wad belum keluar.

Bila postpone tu...maka rezeki lah untuk opis mate merasa slice cake ni. Terus Kak Miza order 2 set. Alhamdulillah :)

Tujuan buat slice cake ni pun sebab nak bagi untuk event futsal sekolah Izham. I buat 2 set slice cake ni but unfortunately the event was cancel due to bad haze recently. Memang elok pun postpone. Sebab jerebu masa tu sangat-sangat teruk. Plus i sorang-sorang nak handle 2 beradik tu memang agak challenging. Kalau tak rumah tak pe lah kan....

So ni lah hasil pertama slice cake i. Harus puji diri sendiri sebab SEDAP!


i tambah coklat

utk notification ibu bapa

jerebu: jarak pandangan tak sampai 100m

Kalau normal view, banyak bangunan di sebalik kabus jerebu tu

Izham dengan mask dia. Kat klinik. Nak sunatkan Dania.

Monday, June 17, 2013

Makan Makan dan Makan


Hallu....

Selamat Hari Isnin semua...

Hari ni i nak update pasal makan-makan yang uols had last Tuesday (11/6/2013) just before my 3days training at Menara TM.

And before the makan-makan, hari Jumaat sebelom tu The momies pergi makana2 jugak... kat Nando's IOI Mall. Sedap dap dap!


    Yg tgh tunjuk layan hp tu adalah NIK   


                      
Yang suka tersingai ni Yannie. Dia dulu bercita-cita nak jadi Duta Nando's..hahah!             

My Menu


ok..ni pic kat Seoul Garden lak...Kat IOI gak...Maklum ler IOI hanya sepelaung je dari opis.

2 orang yang sama kan? Hahaha..

Baru nak mula memggrill
Kak Miza the red dengan Ies the blue
Irfan the boss

I love all the makan2 event..but utk Seoul Palette Garden  ni..I makan memang tak sampai RM35 as they charge per head. Hehehe..once a while boleh ler kalau nak join Team QA makan2 kan..

Monday, June 10, 2013

Wedding Achik


As Salam my silent reader...

Ketemu lagi kita..(cewaahh...!!)

Sorry for the long silent. No update. I was quite busy...dengan preparation my lil brother wedding.
Maklumlah...saya diamanahkan buat hantaran...dan saya juga sponsor mini candy bar... Maka semuanya harus sempurna...Walaupun tak semegah mana...Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

Hantaran pun saya buat ala kadar sahaja...Atas permintaan mak sebab masa bertunang dulu dah bagi yang vugi the vasssss...Maka yang ni mak request sekadar yang sedang-sedang saja....Ini saja yang saya sempat snap...



Ini hantaran mas kahwin...Dalam tu letak duit syiling feeling2 bagi duit harta karun...!!
( Harta ini Ahmad Albab yang punya...Ahammmaaaddd Allbbaaabb..!!)

Alhamdulillah..bab hantaran selamat...Sebab hari Jumaat 31st May tu adalah hari nikah...Sya tak pergi..just jaga rumah sebab saudara mara dah berkumpul untuk majlis rumah lelaki pada hari Ahad. Kami masak gotong royong..so dorang memang sampai awal untuk bantu mana yang perlu...

Hari Sabtu...menghantar ke rumah pengantin perempuan...Yang ni memang betul2 adik beradik saya saje yang pergi sebab, again, preparation untuk majlis esok..so kalau semua pergi..siapa yang nak masak kan? Heheh... Makanya kami adik beradik ke Kesang, Muar...




Balik daripada Kesang...sedara mara memang tengah sibuk masak... Terima Kasih sangat2 kepada yang sudi bantu...orang2 Taman Asean, family mak, family abah...Alhamdulillah...lauk semua sedap2..lauk pengantin pun superb...

Gambar kat kamera phone tak dapat snap byk sebab tengah sibuk kan...yang byk gambar kat kamera betul lah...will be updated soonest..

Ini adalah Dania...sedang meniknati kebahagiaan....hahahha..!


Tgk...snap gambar drp DSLR dan edit kat picmonkey...
hehehhe...ada aku kesah??

ok...nnt nak update gambar "Hip2 Horeyyyyyy"...!
Sangat meriah gambar tu.
Suke..!

Kepada achik dan Dayah...Selamat menempuh alam perkahwinan..Semoga sabar dengan karenah pasangan anda sebab bila dah kahwin ni..baru lah kita akan nampak true colour pasangan kita.
Moga dimurahkan rezeki, anak, dan berbahagia sampai akhir hayat...







Wednesday, May 15, 2013

BIL Wedding


This is super late entry.
Tapi nak masukkan jugak :)
On 13-14 April 2013, my hubby's lil brother kawin.

So let's the pictures do the talking...

 Nikah


 After Nikah

 Sanding belah perempuan

 Dania with her new obsession

Malam berinai rumah lelaki (cantik tak pengapit?..hikhikhik...!)

Sanding rumah lelaki

Friday, March 29, 2013

Cronic Food Poisoned


Hallo hai rakan keyboard ku sekalian.

Hari ni aku nak cerita pasal satu pengalaman yang sangat dahsyat aku lalui last week.

Sangat-sangat dahsyat.

Last Friday, akak ku from Riyadh balik bercuti lebih kurang sebulan. So my family all the way from Melaka datang my house saje-saje nak makan angin sambil si kakak aku itu ada kelas kat KDU.

So sempatlah aku buatkan dia sebiji kek rainbow untuk saje-saje makan.


So Along kata dia nak makan seafood. Nak makan steamboat.
Dia suruh aku booking.
Aku pun booking ler...dah tokey nak bayo aku laju jer..hehehe

Sabtu malam Ahad tu kitorang pun makan-makan dengan jaya nya di Sunway Flaming.

Makan. Makan. Dan Makan.








Esoknya kitorang plan nak ke IKEA. Aku dah siapkan Dania, mandi, susu, pampers bagai...
Sekali aku rasa sakit perut yang sangat luar biasa. Berapa kali aku keluar masuk toilet. Siap muntah bagai.
Aku surrender sebab aku tak dapat join dorang gi IKEA. Alaa...tak best nya!

Masa dorang pergi tu aku dah 3 kali membuang and 3 kali muntah. Memang lembik habis. 
Perut rasa macam nak meletup kesakitan. Bisa datang dan pergi. Dan bisa datang lagi..dan pergi...dan datang lagi..dah macam sakit contraction lak aku rasa.

Hubby bawak pergi klinik. Jarak klinik dengan rumah aku only 10 minutes away. Masa tu lah aku rasa semua traffic light nak merah, masa tu lah aku rasa ya allah..panjangnya 10 minit itu. Sakit yang teramat amat sakit. Dalam kereta aku dah mengerang kesakitan. Terbaring kat seat belakang. Aku dah tak hiraukan Dania yang dok tarik tudung aku. Yang aku nak-- aku nak cepat sampai klinik.

Sampai kat klinik, doc tengah ada patient and ada beberapa orang yang tunggu ubat. Aku dah tak boleh berdiri. Fuad yang registerkan. Kat klinik tu ada kerusi panjang macam sofa, aku terus baring kat situ sambil cakap, "cepatlah dah tak tahan dah ni." Aku rasa time aku sakit aku hilang rasa malu. Aku tak hirau orang lain dok pandang aku dengan pertanyaan apalah-sakit-dia-ni. Dalam 5 minit jugak lah aku tunggu.

Masuk ke kat bilik doktor aku terus cakap yang aku dah 3 kali buang and 3 kali muntah. Doc check blood pressure aku. Muka dia aku tegok pelik walaupun masa tu aku dah lemah kepala terlentok kat kerusi. Dia kata my blood pressure very low. Dia check lagi sekali. Reading sama gak. Aku terus cakap semalam aku makan seafood so aku suspect aku kene food poisoned. Doc angguk. Dia terus bagi injection kat tangan aku aku. Kiri dan kanan. 2 injection. Satu dia kata Bascopan untuk sakit perut and satu lagi Gastrik. Lepas injection dia biarkan aku kejap. Aku rasa nak terlelap dah depan dia. Then bisa datang balik. Aku mengerang kesakitan lagi.

Doc kata dia suruh aku baring kat bilik treatment kat belakang sebab dia nak drip water. Ha kau..! dah macam hospital. Doc ikat tangan aku nak cari urat pakai glove aje sebab dah emergency kot. Then kat treatment room tu dia pasang ape bende tu yang untuk drip water tu. Peerrgghhh...memang sakit tapi perut aku ni lagi sakit. Aku clasified sakit aku sebagai sakit kedua paling sakit yang aku pernah alami. Of course sakit yang paling adalah sakit beranak.

Doc suruh Fuad belikan aku milo and roti sebab dia tgk aku weak lagi. Aku berserah badan ape dia nak cucuk aku sebab masa tu memang sangat-sangat sakit. Lepas seteguk milo aku baring and tunggu air habis. Sambil tu dia bagi aku makan ubat on the spot sebab nak kurang kan sakit. Entah berapa jenis aku tak kira.
Doc check blood pressure balik and dia kata better then tadi. Doc kata this is very serious food poisoned. Fuhhh..memang serius sampai aku cakap dengan Fuad yang aku rasa macam nak mati dah. Fuad mintak kan MC. Doc bagi 2 hari terus. Dia kata 2 hari jgn makam solid food. Hanya mkan bubur.

Balik-- aku terus naik atas. Langsung tak hiraukan Izham dan Dania.Semua Fuad handle. Dah macam nak pengsan aku rasa. Tido dalam ekon pun still rasa berpelu-peluh tahan sakit. Sampai aku merangkak keluar bilik and cakap kat Fuad aku sangat sakit and tak tahan dengan sakit ni. Huhuhu...sungguh dramatik. Fuad suruh aku bertahan. Dia sapukan minyak Yu Yi kat perut. But still tak dapat lawan bisa yang datang dan pergi tu.

Lepas balik klinik tu pun berkali kali lagi membuang and muntah-muntah. Ubat yang makan kat klinik tu tadi aku dapat rasa sekali keluar dengan muntah...huhuhu..

At last sebelum aku betul2 lelap aku tgk jam dlm pukul 4PM. Memang dah tak ingat apa sebab aku rasa yg bisa tu dah kurang.Tup tup aku sedar along kejutkan aku and tanya my condition. Aku cerita from A-Z. Rupa-rupanya along kene otw ke IKEA. 2 kali pitstop. Yang adik aku pulak kene lepas balik IKEA, kat kedai makan. Haa...when we check, semua tiga orang yang kene tu duduk semaja. ( That nite kitorang duduk 3 meja cantum, so ada 3 dapur). The first dapur yang we all duduk tu yang kene. Luckily Fuad duduk next meja and dia tak kene food poison. Semua selamat termasuk Dania & Izham kecuali kami bertiga mangsa makan..huhuhu...

Mangsa Pertama (sgt flawless guna 360 ni..heheh)


Mangsa Kedua

Mangsa Ketiga (baju pink)






Thursday, March 21, 2013

Dania Turns 1



Alhamdullillah...

Dania Aldhea genap setahun on 12.3.13 hari tu..

Rasa syukur sangat Allah bagi peluang untuk aku ada anak perempuan pulak lepas Dia bagi Izham.

Dania belum setahun dah boleh jalan.

Belum setahun dah ada 3 gigi...

Dah paham orang marah ke, main ke, ajak tido ke..semua dah boleh respond. Paling dia respond kalau aku bangun and get away from her.... jerit dia macam kene dera!

Ape lagi erk?

Doa aku untuk Nia biar lah aku & Allah je tau..

Aku tak tau how put to it into words..but basically memang lah semua mak ayah nak yang terbaik untuk anak-anak mereka kan...Amin

Ni kek segara for Dania. Aku beli Carrot Cake from Secret Recipe together with the baby topping. Comeyy kan? Hehehe..

So plan untuk kek Dania special from her mama still dalam kepala hotak sebab nak settle kan dulu order orang this weekend. Minggu ada order untuk choc moist kukus dengan apam blossom



The-baby-is-on-fire cake!

My Boolart..! Yang belakang tu My Keding..! Haha..Izham is getting kurus lepas masuk sekolah.


Thursday, September 20, 2012

Merdeka di Genting Pictures II


Kan...?Kalau dah berenti blogging tu mmg payah start balik. So here we go with more piccas.

The extreme space shot. Dare to try? Luckily we sat at the corner coz that's the only camera placed to capture our super scared yet super funny faces. Masya Allah, bila naik satu hal...bila turun bontot tak jejak seat wei...Believe me!






Si gayat aka suami aku. Tak naik ape2ape games except the train.


I think the clolour-block experiment went well in the piccas,izzit?
*masuk bakul angkat sendiri





Dania never failed to pull my scarf all the time.

Macho ke hanco?



Take a nap to change Dania's diaper.

..and put on sweater as the weather getting colder


Mana hilangnya Izham?