Thursday, February 23, 2012

Syurga Itu Tempat Mu, Faris.

Salam,

Entry yang agak beremosi sebab aku baru saja geledah blog Mazidul Akmal,cerita tentang kisah sengsara adik Faris. Apa sangatlah budak sekecil 6 tahun itu mampu harungi kesakitan dan kesengsaraan begitu. Sebetulnya,aku dah browse sikit kat ofis tadi.Tapi entah tiba-tiba perasaan aku kuat nak tengok gambar-gambar dalam blog tu. Kat opis aku tu semuanya dia nak blok.

So aku bukak balik blog tu. Comel. Faris sangat comel parasnya. Susuk tubuh tak ubah macam anak aku,Izham cuma pada hemat aku dia berisi sikit. Terus aku terbayangkan macam mana lah tubuh sekecil Izham tu, berselirat segala wayar di seluruh badan....

Masa aku browse tadi, Izham betul-betul duduk sebelah aku. Ditanya padaku

Izham : Mama, baby?
Aku: Bukan...ni abang.Abang dah takde. Abang sakit.
Izham : Abang sakit?
Aku : Ye, abang sakit.
Izham : Adik?

Ditanya perihal adiknya yang masih belum keluar ni. Diusapnya perut aku.

Aku : Adik awak ada dalam ni.
Izham : Adik sleep?

Aku sengih. Izham terus sambung main tab depan tv. Dalam hati terdetik jugak perasaan aku, adik belum keluar dah sayang macam tu. Macam mana lah adik beradik adik Faris tadi. 6 tahun bersama, tiba-tiba Faris diambil tuhan. Sebak aku baca kad ucapan kakak dia yang nakkan Faris cepat sembuh supaya dapat main badminton sama.

Aku browse lagi. Mak dia. Aduh...tabahnya wanita itu. Duduk disisi dan hujung katil anak yang dikandung 9 bulan dulu. Anak yang dijaga dengan baik selama 6 tahun, rupanya hanya pinjaman sementara daripada Tuhan. Entah macam mana lah perasaan kita kalau kita berada ditempatnya.

Kepada keluarga Faris, relakan lah pemergian dia. Kalau dia bertahan disini pun, dia pasti sengsara. Moga syurga Allah lah tempat si kecil itu.

Al-Fathihah.

Thursday, February 9, 2012

Ketam Goreng Tetiba Rasa Masin.


dulu mak abah aku kata kalau nak mintak tolong biar tunggu orang tu habis makan dulu,kalau dia tengah makan. kalau nak marah pun tunggu dia habis makan.kalau nak pukul pun tunggu dia habis makan.kalau nak membebel jgn buat depan rezeki.semuanya,biar settle makan dulu.

kau memang potong stim aku tengah makan lah!

ketam goreng tetiba rasa masin.

milo ais tetiba rasa macam pati ikan haruan.

maka aku angkat kaki,terus basuh pinggan.

minum susu,telan ubat batuk.

ambik henfon,naik atas -- dengan harapan ubat batuk tu cepat effectnya.

aku nak tido.

malas nak fikir.

aku benci orang kacau waktu makan aku.

fcuk!




Saturday, February 4, 2012

Birthday Prezen & Baby Progress.

Memandangkan last 2 weeks birthday my laling,maka harusnya tradisi kami akan bagi hadiah.Namun begitu kami tak pernah bagi -bagi kad daripada start bercinta sampailah sekarang.Hehe..ayat yang agak skema di sini. Kalau aku bagi kali mau dikatanya buang tebiat ke ape. Jadinya hanya hadiah.

Eeerrmm...satu lagi tradisi kami mesti tanya nak ape. Kalau main beli je kang ada pulak yang tak berkenan. Baru je aku tanya,nak jam tangan ke,sebab jam Guess yang dia pakai bertahun-tahun tu dah jahanam. Tapi tak nak pulak. Last -last dia kata nak ni.....







Pic taken from google image


Errm....dah nama pun birthday,maka aku ikut je lah apa yang dia nak,janji suka kan.? Aku tak sempat nak snap yang kat rumah punya sebab entry ni di upload dari PC kat rumah Melaka yang tak de bluetooth untuk transfer gambar.

Apalagi yang buat kita gembira selain orng yang kita sayang tu gembira kan...? Hehehe..


Satu lagi...aku sempatlah pergi O&G kat Mahkota Medical Centre tu. As per the doctor my placenta dah naik atas and chances untuk deliver secara normal tu ada but depends pulak pada berat anak. Maklumlah, previous history aku, Izham hari tu tak dapat turun sebab saluran tulang aku tu sempit. Tu pun doktor kata berat Izham masa tu memang normal 3.2kg. Kalau baby kali lebih kurang berat Izham, maka kenalah aku di-ceaser-kan. Aku tak kisah janji semua selamat.

Last month we pergi scan doc kate berat baby 800g,dalam masa sebulan dah 2kg.So kalau roughly sebulan berat baby tambah 1.2kg,menjelang EDD berat dia pun lebih kurang 3.2kg, sama dengan berat Izham dulu.Jadi we harus prepare lah untuk ceaser.

Tadi masa doc kata ada chance untuk beranak normal,Ya Allah..berbayang-bayang sakit nak beranak tu kan. Terbaca recently dorang post dalam FB yang sakit kita beranak tu macam patah 25 tulang sekaligus. Aduuss...! Sebab tu ganjaran Allah pada wanita yang melahirkan anak tu, dihapuskan semua dosa. Ibu yang melahirkan itu, sucinya macam bayi yang baru lahir tu. Selain banyak lagi pahal-pahala sampingan semasa mengandung. Terima Kasih Allah.

Sunday, January 29, 2012

Happy Birthday Sayang

22 Januari.

Hari ni birthday Darlingku. Again,walaupun dia tak pernah baca even tak tau langsung kewujudan blog aku ni, still aku nak wish "Selamat Panjang Umur".

Kebetulan, it was on Sunday so i decided to make some tiub-tib-lilin session. Kalau last year sempat gak buat surprise Birthday Party untuk dia, tapi tahun  ni, al maklum ler...dengan keadaan fizikal yang agak limited pergerakkannya, maka ini saja lah yang sempat aku prepare.

Nanti kita gi dinner-diner je sayang!


3 lilin besar, 1 lilin kecik.


Ye, nilah darlingku. Now am 8 months preggie.


Wednesday, January 11, 2012

Christmas Celebration

It's a New Year.So tak sah kalau tak celebrate Christmans kat opis aku ni. Eventhough it was a late celebration, but its quite happening. Prizes under the Christmas tree,kene beli sendiri hoccay..! Budget murah je...sorang kene beli hadiah dalam RM5. Sape ade bawak hadiah maka dia layak cabut undi untuk ambik hadiah.

So let's see how was the christmas tree and how many prizes were given away...




So korang boleh agak lah berapa ramainya opismate aku :)

Monday, January 9, 2012

Before The Year End

Salam Tahun Baru. Agak lama tak update di sini. Maka azam tahun baru harus lebih rajin utk update di sini memandangkan ada silent reader yang request suruh update selalu. Walaupun update hanya sekitar kehidupan aku yang tak seberapa, sederhana dan pada aku takde menariknya, tapi ada jugak yang sudi membaca. Terima Kasih ye.

Ok, dah entry pun "before year end" katenya.Makanya entry memang berkaitan dengan event2 sebelum 2011 diganti dengan 2012. Hujung tahun hubby yang suruh ambik cuti panjang. Katenya boleh rehat kat Melaka memandang aku dalam trimester ketiga,harus lebih banyak rehat-rehatkan badan. (Kantin dah lama tak beroperasi). Makanya cuti aku total 10 jugak .memang sedap cuti lama tapi nak buat cam ne badan tgh macam ni memang agak kurang selesa dan pergerakn terbatas.

ok, dah nama pun balik Melaka...memang tak sah kalau tak makan kat luar. Sarapan pun meriah makan kat luar. Abah bawak pergi satu tempat ni kat Tanjung Kling.Tempat dia very cosy,makanan sedap and banyak pilihan.

versi bangun pagi


 adik ipar den..dengan mak nenek dia


kedai yang simple tapi menu not bad :)


abah,mak and faris

Few days after tu, adik lelaki aku bertunang. Adik no.4. Tema kaler merah.Tak perasan lak aku orang kate merah UMNO. Majlis tiada kaitan dengan mana-mana parti politik hoccay..! Aku belajar-belajar buat hantaran.Alah mana yang sempat jer....Antara hantaran yang aku buat...


Ni set make-up Estee Lauder


Set perfume Lancome

 bekas cincin


 tepak sirih


 kain ela


 Coklat Patchi


Pulut kuning. Ni memang gubahan last minute. Kol 11 nak gerak kol 9 baru aku buat. Bunga pun emergency.Terpaksa petik bungan sebelah rak tv mak aku.

Ni pulak gambar keluarga before bertolak ke Muar.


Adik aku & tunangnya.

Adoi..penat memang penatlah.Aku memang tak boleh nak tolong2 sangat.Hanya yang mampu je tolong kat dapur tu.

Sehari lepas majlis, haruslah berjalan cuci-cuci mata. Dah lama mengidam nak naik Melaka River Cruise.Tercapai jugak hasrat. Mana boleh orang KL dah naik dulu daripada orang Melaka sendiri. Haha.
OK, dewasa RM10,kanak-kanak RM5.Service ni agak effisyen sebab walaupun agak ramai, tapi bot banyak. Maka tak perlu berebut-rebut ok!

Nothing better than spending times with our beloved ones kan..??


 dalam versi mama yang bam-bam...7 months pregnant


Me and him.Kualiti gambar kurang baik. Naik bot,ok.

Adik & Achik


Ok, sehingga berjumpa lagi :)


Monday, December 5, 2011

Happy Birthday Aiman


Urggghh.....Tension pulak aku update blog pakai tab ni.Entah aku yang buta IT atau tab ni memang bengong kalau nak update blog.Sabar....sabar...

Sebenarnya aku nak cerita pasal birthady Aiman sabtu lepas.Aiman adalah sepupu Izhan sebelah En Fuad.Dia kepada anak kakak iparku.

Umur aiman dan Izham sebaya cuma Izham lahir bulan 7 tapi Aiman lahir bualn 12.

Kisah Aiman ni unik sikit. Parents dia have to wait dekat 10 tahun before dia keluar. So once tahu mak dia mengandung,memang sanggup lahberhabis ribu riban untuk pastikan dia selamat lahir.

So Aiman, Selamat Hari Jadi ye. Semoga menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat :D