Wednesday, January 11, 2012

Christmas Celebration

It's a New Year.So tak sah kalau tak celebrate Christmans kat opis aku ni. Eventhough it was a late celebration, but its quite happening. Prizes under the Christmas tree,kene beli sendiri hoccay..! Budget murah je...sorang kene beli hadiah dalam RM5. Sape ade bawak hadiah maka dia layak cabut undi untuk ambik hadiah.

So let's see how was the christmas tree and how many prizes were given away...




So korang boleh agak lah berapa ramainya opismate aku :)

Monday, January 9, 2012

Before The Year End

Salam Tahun Baru. Agak lama tak update di sini. Maka azam tahun baru harus lebih rajin utk update di sini memandangkan ada silent reader yang request suruh update selalu. Walaupun update hanya sekitar kehidupan aku yang tak seberapa, sederhana dan pada aku takde menariknya, tapi ada jugak yang sudi membaca. Terima Kasih ye.

Ok, dah entry pun "before year end" katenya.Makanya entry memang berkaitan dengan event2 sebelum 2011 diganti dengan 2012. Hujung tahun hubby yang suruh ambik cuti panjang. Katenya boleh rehat kat Melaka memandang aku dalam trimester ketiga,harus lebih banyak rehat-rehatkan badan. (Kantin dah lama tak beroperasi). Makanya cuti aku total 10 jugak .memang sedap cuti lama tapi nak buat cam ne badan tgh macam ni memang agak kurang selesa dan pergerakn terbatas.

ok, dah nama pun balik Melaka...memang tak sah kalau tak makan kat luar. Sarapan pun meriah makan kat luar. Abah bawak pergi satu tempat ni kat Tanjung Kling.Tempat dia very cosy,makanan sedap and banyak pilihan.

versi bangun pagi


 adik ipar den..dengan mak nenek dia


kedai yang simple tapi menu not bad :)


abah,mak and faris

Few days after tu, adik lelaki aku bertunang. Adik no.4. Tema kaler merah.Tak perasan lak aku orang kate merah UMNO. Majlis tiada kaitan dengan mana-mana parti politik hoccay..! Aku belajar-belajar buat hantaran.Alah mana yang sempat jer....Antara hantaran yang aku buat...


Ni set make-up Estee Lauder


Set perfume Lancome

 bekas cincin


 tepak sirih


 kain ela


 Coklat Patchi


Pulut kuning. Ni memang gubahan last minute. Kol 11 nak gerak kol 9 baru aku buat. Bunga pun emergency.Terpaksa petik bungan sebelah rak tv mak aku.

Ni pulak gambar keluarga before bertolak ke Muar.


Adik aku & tunangnya.

Adoi..penat memang penatlah.Aku memang tak boleh nak tolong2 sangat.Hanya yang mampu je tolong kat dapur tu.

Sehari lepas majlis, haruslah berjalan cuci-cuci mata. Dah lama mengidam nak naik Melaka River Cruise.Tercapai jugak hasrat. Mana boleh orang KL dah naik dulu daripada orang Melaka sendiri. Haha.
OK, dewasa RM10,kanak-kanak RM5.Service ni agak effisyen sebab walaupun agak ramai, tapi bot banyak. Maka tak perlu berebut-rebut ok!

Nothing better than spending times with our beloved ones kan..??


 dalam versi mama yang bam-bam...7 months pregnant


Me and him.Kualiti gambar kurang baik. Naik bot,ok.

Adik & Achik


Ok, sehingga berjumpa lagi :)


Monday, December 5, 2011

Happy Birthday Aiman


Urggghh.....Tension pulak aku update blog pakai tab ni.Entah aku yang buta IT atau tab ni memang bengong kalau nak update blog.Sabar....sabar...

Sebenarnya aku nak cerita pasal birthady Aiman sabtu lepas.Aiman adalah sepupu Izhan sebelah En Fuad.Dia kepada anak kakak iparku.

Umur aiman dan Izham sebaya cuma Izham lahir bulan 7 tapi Aiman lahir bualn 12.

Kisah Aiman ni unik sikit. Parents dia have to wait dekat 10 tahun before dia keluar. So once tahu mak dia mengandung,memang sanggup lahberhabis ribu riban untuk pastikan dia selamat lahir.

So Aiman, Selamat Hari Jadi ye. Semoga menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat :D





Saturday, December 3, 2011

Hingga Hujung Nyawa

Amboii....Tajuk dah sesuatu gittew...! Apa yang hujung nyawanya tu?

Ingat tak dulu time sekolah mesti karangan yang korang paling suka bertajuk "Kalau aku..."?

Eeerrmm...kalau lah benda ni boleh bercakap, mesti dia bangga ada tuan macam aku. Sebab aku sayang dia memang sampai hujung nyawa dia.Lama dah aku guna.Selalu. Sangat selalu. Banyak berjasa pada aku.

Satu aku beli. Satu lagi pemberian kakak kesayangan aku. Satu aku dapatkan di Sunway Piramid. Satu lagi aku beli kat IOI,kalau tak silap. Dua-dua aku sayang.Dua-dua jahanam pada masa yang sama. Tapi aku pakai jugak,sampailah ke tahap mereka dah nazak.Terpaksalah aku let go.

Aku sayang sebab dorang berkongsi ciri-ciri yang sama -- murah tapi selesa, selain warna yang sama.

Kepada mereke, terima kasih atas jasamu :) Apakah mereke itu? Jom tgk tahap nazak dorang tu....

.
.
.
.

.
.

.
.
.
.
.

.
.
.

.
.
.

.
.

.
.

.
.
.

.
.

.
.
.

Pumps yang ni Along bagi, beli kat Sunway Piramid


Muncung depan yang dah jahanam.


 Pandangan sisi :(


Wedges ni aku beli kat IOI

Tapak yang dah tak mampu nak bawak tuan yang memberat.

Tuesday, November 29, 2011

Semakin Membesar

minggu ni genap 24 minggu adik izham membesar dalam rahim aku.maknanya dh genap 6 bulan aku bawak rezeki baru ni.

eerrmm...perut dah mula streching, pinggang dah mula sakit-sakit.nak landing atas carpet depan tv pun dah tak feel. masak masih digagahkan jugak lagi.sikit lagi aku bersara lah kejap dr dunia masak memasak kat kantin aku tu.

apa lagi ye?izham dh boleh terima kehadiran adik baru dia nanti.sekarang pun kalau aku leka tgk tv,dia akan selak baju aku and letak telinga dia kat perut aku.dia cakap "baby,baby." kalau dulu tanya baby mana?dia akan tunjuk gambar dia masa baby yang ada kat kabinet tv tu.marah betul kalau kata baby ada dalam perut mama. izham...izham...!

sebenarnya aku belum scan.kalau 6 bulan dh boleh sgt scan.aku terima  saje kalau baby ni lelaki atau perempuan,janji sempurna dan cukup sifatnya. semalam dia sangat aktif.teringat aku satu email aku dpt dulu,dia tunjukkan pergerakan baby sebelum dan semasa didengarkan bacaan yassin.kebetulan dlm hp aku ni mmg ada surah yassin.maka aku pasang dan letak atas perut.amazing,memang baby tu kurang bergerak macam mula tadi.subhanallah.

hopefully bayi ni selamat keluar,sempurna sifat dan jadi anak yg berguna dan soleh. :)

amin.

Thursday, November 24, 2011

Chinta Baru

Fuhhh...Leganya dapat laptop untuk update blog tercinta ni. Genap sebulan aku tak sempat nak membebel-bebel macam biasa dalam diary bebelan aku ni.

Sebenarnya dalam sebulan yang aku tak update,aku dapat chinta baru. Dah lama aku mengidam,baru kini aku mendapat. Entah apa angin baik en hubby, kali ni aku mintak terus dapat.Kalau tak dia terfikir-fikir jugak. Thank you hubby, me love u!

Eerrmm....Apakah dia chinta baru ku? Nama je aku punya, tapi yang main nya lagi over daripada aku. Jom scroll tengok budak kecik ni buat apa....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Yang ni boleh diterima lagi...


tapi yang ni....?? 
Apatah lagi yang kat bawah ni...


Over!


Sunday, October 23, 2011

Bercakap Tentang Aku

Ya,
Dalam dunia ni siapa yang perfect?
Dalam dunia ni siapa yang mampu memuaskan hati semua orang?

Aku tahu aku bukan yang terbaik untuk engkau. (serius,ini bukan hal aku dan suami,ini hal orang lain)
Aku tahu aku bukanlah seperti yang engkau mahu.

Baru saja aku bertemu kau,kat sana.
Eerrmm..dari riak wajah dan memek muka aku tahu akan tahap kemeluatan engkau itu.
Tapi ape salah aku?
Salah ke aku nak menegakkan hak sendiri?
kalau itu yang jadi menyebab wajah macam tu, baik lupa kan.

Kau harus tengok pulak wajah aku sepanjang tiga tahun lepas.
Kau ingat aku suka?
Kau ingat aku rela?
Errmm..yer..semuanya terpaksa.
Paksa rela.

Sebelum bercakap tentang aku, tentang keburukan aku
Baik kaji dulu tentang apa yang engkau mahu dulu
Ya, sekarang, ini yang aku mahu.
Puas hati?
Lantak lah nak bercakap apa pun tentang aku
aku dah tak peduli
aku dah tak kisah

Sebab orng sebangsa kau
Buat baik dikata
buat jahat lagi dikata.

Jadi biar aku dengan hidup aku sekarang.
kau duduk dia-diam di situ.

Aku bahagia sekarang.