Tuesday, October 4, 2011
Kenapa Kadang-Kadang Anda Terfikir Nak Tukar Kerja
Fuhh...topik yang sangat releven dengan hidup aku (maybe anda jugak) buat masa ni.
Mengikut Wikipedia, kerja atau job bermaksud a regular activity performed in exchage of payment.
Ha...sangat straight to the point.
Walaupun kadang-kadang kerja yang kita buat sekarang ni mampu memberikan kita apa yang dihajati, tapi ada masa dan ketikanya kita terfikir untuk tukar kerja.Betul tak...? Apatah lagi kalau reasons kita untuk tukar angin ada dalam list ni:
1. dah tak ngam dengan Boss
2. jobscope dah carca merba sebab sume kerja atas bahu kita.
3. berskandal dalam opis tapi last-last clash tgh jalan.
4. member kamcing kene transfer tempat lain @ kita yang ditransferkan.
5. dan banyak lagi lah.
But pada aku, most of the reasons yang aku selalu dengar:
6. Better offer.
Aku nak terus jump ke reason no.6 sebab dalam organisasi aku, reason no.6 tu paling famous. Jadi, kenapa kita pilih reason no.6 sebagai alasan untuk kita move on?
a. buat apa nak menghambakan diri kat company yang kau dah service bertahun-tahun but never appriciate what u did?!
b. orang lain bergumbira dengan bonus yang dorang dapat sedangkan kau yang sangat berharap akan bonus itu,langsung, diulangi LANGSUNG satu sen pun tak dapat.
c. better offer dalam erti kata environment dan peluang-peluang lain yang company kau tak boleh bagi etc: melancong ker, naik pangkat cepat ker, apa-apa lah.
d. Kau memang memerlukan extra income sebab komitmen semakin hari semakin bertambah.Contoh; nak kahwin ke, nak tambah anak ke, beli rumah ke, beli kereta ke atau kos sara hidup yang semakin tinggi.
e. kenapa harus tunggu kalau company lain boleh bagi apa yang kita sepatutnya dapat,malah lebih lagi.
Tapi kadang-kadang bagi kita yang masih berada di mana kita berada sekarang ni..mungkin alasan-alasan di bawah kita gunakan untuk kita kekal dan orang-orang yang dah move on tu kata kita masih di takuk lama.
i. keadaan fizikal.etc: mengandung!
ii. kau rasa mungkin rezeki lebih baik pada tahun-tahun akan datang kalau kau stay.etc: "maybe next year aku dapat bonus!"
iii. belum bersedia nak develop otak kau dengan environment dan opismate baru.
iv. takut tak boleh handle kerja baru.
vi. tak tau lagi perangai boss macam mana.
dan banyak lagi.
Perkara (b) pernah terjadi kat aku.Dan aku menggunakan alasan (ii) untuk terus menghambakan diri kat company ni dengan membabi buta. Tetapi memandangkan aku sedang alami perkara (i) sekarang ni, maka aku jugak gunakan alasan (iii) hingga (vi).
Walaupun aku jugak menunggu perkara no.6, kalau-kalau ada rezeki anak baru aku ni, sure aku aku move on dengan alasan (a) dan (e).
Akhir kata, tepuk dada, tanya kemampuan.
Posted by Soul Palette at 9:31 PM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Thursday, September 22, 2011
Cita-cita yang tak pernah jadi nyata.
Ingat tak dulu masa kecik-kecik,guru kelas akan tanya cita-cita kita bila dah besar nanti? Kene isi tiga tempat kosong dalam kad tu.
jawapan aku masa tu:
1. cikgu
2. nurse
3. doktor
Sebenarnya jawapan tu berbeza setiap tahun bergantung pada tahap kegedikkan kita nak jadik apa atau pengaruh tv. Pernah dulu kawan saya jawapannya seperti ini:
1. kerja kilang.
2. jururawat (aku up sikit sebab aku tulis "nurse")
3. cikgu.
Aku terima kawan aku tu seadanya sebab dia nak kerja kilang :) Be positif ok...kerja kilang memang kerja kilang..manalah tau dalam kilang tu dia nak jadik General Manager ke, Operation Director ke kan..? Haa..nganga kau jah..kalau Mercedes 5 series langgar lopak air masa kau jalan kaki...! tengok2 kawan yang kau gelakkan yang nak kerja kilang tu....Malu Mak Jemah!
Dulu kerjaya cikgu ni memang tip top.Kalau kau cikgu,taraf kau dah macam menteri pembangunan wanita dah.Atau pun dalam bahasa lain, kalau mak ayah kau cikgu, kau dah taraf anak menteri dah tu. Hebat..hebat..
Masa aku sekolah asrama kat Johor dulu, setiap meja kat dalam kelas kene ada cita-citadi tulis kat sudut tepi meja. Motip : Nak soh kau belajar betul sampai tercapai cita-cita kau.
Tepi meja aku ada tulisan "Fashion Designer"...Haaa...tak taraf Victoria Beckham aku time tu...? Kakak2 senior sume pandang paisei kat aku konon aku poyo nak jadik "Fashion Designer". lantak aku lah, meja aku, aku punya suka lah nak letak apa...Hehehe...itulah antara penyebab aku jadik "kegemaran" untuk soh pi kantin lepas prep untuk belikan dorang punya goreng pisang cicah kuah kicap tu. Dem!
Tak cukup dengan tu, kat almari dorm jugak aku letak "Fashin Designer" bagi besar-besar sikit. Hrrmmm.... Puas hati aku :)
Pernah jugak aku bercita-cita nak jadik stewardess. Memandangkan aku tak cukup ketinggian, maka impian tinggal mimpi even sampai sekarang pun aku suka tengok stewardess kat luar. Comel,cantik, elegen.Nak wat cam ner tak de rezeki aku nak jelajah dunia free.
Next, aku pernah gak nak jadik doktor. Tapi cakap pakai mulut, tulis atas kertas boleh lah..Nak kejar betul-betul, tak terkejar untuk orang macam aku. Tak fokus! Fokus cepat lari! Bad Diana! Very bad. Abah pun tak galakkan sangat anak-anak dia jadik doktor. Entah, dia kata akan struggle,tak de life. hehhe..maybe dia dah tau tahap kemampuan anak dia.
Paling best,aku pernah nak jadik pilot.Huhuhu...berangan nak bawak kapal terbang konon. Alasan impian tak tercapai..Kos yang beratus ribu! Kesian lak mak ayah aku..Baik aku lupakan impian tu!
Selain tu, aku minat gak nak kerja line hotel.Dulu pernah lah time cuti sekolah buat part time kerja hotel. Memang best, makan tanggung, uniform hotel tak yah basuh, balik kerja hantar kat laundry hotel, esok ambik balik dah siap basuh. Kelas Jah!
Last-last aku tersangkut kerja kat line "Customer Service" Banyak benda yang aku boleh apply dalam real life. Contohnya, aku sekarang dah pandai komplen (hahaha) kalau aku tak puas hati. So, don't mess with orang yang ada "Customer Service" background. Selain tu, aku dapat lah menilai tahap khidmat pelanggan kalau aku berurusan secara face to face. Contoh gi bank ker, makanan segera ker...hehhe....
Errm...konklusinya, cita-cita dan impian tu sebenarnya pendorong untuk kita teruskan hidup saja. Apa yang kita akan end up satu hari nanti hanya tuhan yang tahu.Kita merancang, tuhan yang tentukan. Jika kita ada impian yang baik, maka akan jadi baik lah kita walaupun bidang tu menyimpang jauh dari apa yang kita nak.
Tuhan kan Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambanya,tak gitu?
Posted by Soul Palette at 10:37 PM 2 comments
Labels: membebel-bebel
Tayar Pancit Lagi
Posted by Soul Palette at 9:29 PM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Wednesday, September 14, 2011
Syawal 2011
Salam.
OK, hari ni dah 15 hari kita berhari raya. Raya tahun ni sangat ala kadar berbanding tahun lepas. Almaklumlah,nak harap aku berkemas sorang-sorang dengan keadaan fizikal yang tak berapa mengizinkan memang ala kadar lah jadinya.
Tahun ni beraya di kampung encik hubby. 6 hari ok! 6 hari aku kejong kat sana.Hahaha.Nak wat cam ne dah turn sana pulak tahun ni. Seb baiklah aku tak kawen dengan orang Sabah Sarawak ke....huhuhu...
Beraya hanya sehari di Melaka,selebihnya raya di KL.
Posted by Soul Palette at 9:44 PM 0 comments
Monday, August 22, 2011
Puasa & pregnancy syndromes
Alhamdulillah..dah 22 hari kita berpuasa.Tapi kali ni dugaan nya amat lah besar memandangkan aku kali ni memang tak tahan lapar.Bila lapar rasa pening yang berpinar-pinar.Maka harus cepat makan atau aku akan errkkk...erkkkk.....angin dan membawa ke munt*h...Bila keluar segala isi perut,maka akan collapse lah si perempuan mengandung ini.
Buat masa ni tu lah sindrom yang sangat ketara sekarang.En Fuad dah faham, kalau aku takde hati nak masuk dapur tu,dia akan masak sendiri apa dia nak makan.Satu lagi aku kali ni tak boleh sangat nak ke tingkat atas rumah aku tu.Maklumlah udara kat atas tu kurang bergerak sikit unless kalau hari cuti memang aku akan bukak tingkap bilik 90darjah..baru udara bergerak so that takde lah terkuap sangat kat atas tu.
Adoi..memang tak boleh nak berblog dengan aman.Ni ha si Izham nak "otomen neus" lah, "otomen seben"lah...huh!
Posted by Soul Palette at 8:39 PM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Friday, August 19, 2011
Selamat Lima
Posted by Soul Palette at 9:45 AM 0 comments
Labels: family
Friday, August 12, 2011
Swift Biru
Selamat Berpuasa.Dah 12 hari rupanya berpuasa.pada aku memang agak terasalah 12 hari tu sbb puasa dalam keadaa uweekk uweekk..! yg tak bestnya, tak dapat menikmati hidangam berbuka dari bazaar yang nampak sedap,tapi bila masuk mulut aku,sumenya tasteless.
ok,berkenaan tajuk entry aku kali ni,kisahnya terjadi semalam.rupanya masih ada yang prihatin di malaysia ni.saling mengambil berat.semalam masa aku balik kerja,aku pun bawa kereta dalam keadaan aku-malas-nak-berebut-dengan-kau.sampai kat satu selekoh,ada satu kete hon-hon aku.aku cakap dalam hati,"kalau nak masuk lane aku,masuk je lah.tak payah hon".pastu aku tgk kete tu jalan seiring kete aku.ni apsal pulak ni?aku ada gesel kete orng ke? dalam swift biru tu aku tgk ada 2 orng pompuan,yg driver free hair.sebelaha dia pakai tudung putih.yg bertudung tu dok tunjuk2 kat pintu kete aku.baru aku perasa rupanya aku tak tutup pintu betul.aku angkat tangan tanda terima kasih dgn harapan aku leh betulkan pintu tu time kete tak byak (gile nak pintu time tu gak,tgh kete berpusu-pusu nak jalan).
so aku jalan.swift yang sama follow aku lagi kat tepi.kali ni si driver tu pulak tunjuk isyarat nak bgtau benda yang sama.macam mana pulak aku nak cakap "aku tau"? aku angkat tangan sekali lagi,tanda terima kasih dan tanda ok-aku-dah-nampak. pastu aku masuk selekoh dan dia jalan terus.
dalam hati aku "ya allah,ada jugak manusia yang prihatin sekarang."walaupun kecik je hal ni tapi aku terharu lah sebb biasanya orng2 kat sini sume buat hal masing2.
kepada pemandu dan rakan swift biru tu,aku nak ucapkan terima kasih atas keprihatinan anda :)
selamat berpuasa.(adoii...perut lapa,kepala pening.)
Posted by Soul Palette at 12:01 PM 0 comments







