Friday, March 22, 2013

Kamu Mau Kawen Ya?


Hari Jumaat adalah of coz hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang yang kerja makan gaji macam aku.
Dalam kata lain, Jumaat adalah hari off-diet dan Jumaat adalah hari lunch more than an hour..hehhee..

Makanya, tadi kami bertiga (aku, Nik dan Yannie) ke Anggerik Kuring. Ia bukan lah tempat yang asing bagi kami, tapi disebabkan hari ni hari Jumaat maka feeling nak lunch tu melebih-lebih pulak kan...

Anggerik Kuring adalah Indon Cuisine atau lebih tepat Sundanese Cuisine.

Suasananya sangat cosy, di tingkat satu. Maka terasing sikit daripada lalu lalang kenderaan. Staffnya juga ramah tamah. Boss nya juga Indonesian Beauty. Pendek kata, kalau pressure keje, elok datang makan di sini.

Best tak? Tak ramai and sesuai kalau bawak baby pun boleh.

Ok, apa kaitan tajuk dengan cerita aku?

Memandang aku bercadang nak buat besday Dania (Insya Allah hujung bulan ni) so aku saje lah survey2 harga katering kat sini. Minimum RM15 sekepala okeh..! Secara jujur aku tak lah budget sebanyak tu untuk hari jadi. So the lady boss expalin lah serba sedikit ape yang dorang serve kalau 15 ringgit sekepala compared to 18 ringgit sekepala.

Tiba-tiba tauke tu tanya aku, "Kamu mau kawen ya?"

Wahh..aku anggap soalan itu adalah satu compliment..kuangkuangkuang...I'm married ok, dah anak dua dah..Adakah fizikal ku ini menggambarkan seorang yang belum kawen? Hehehe..!

Then aku cakap, "Eyh, taklah..for my dotter umur setahun."

Huhuhu...Maka harus lebih bersemangat untuk menguruskan sedikit lagi lelemak tepu ni..

Set ayam bakar ni berharga RM16 sekali dengan ais lemon tea :) My all time fav!


0 comments: