Saturday, March 9, 2013

Dobi



Fuuhh...selesai sudah kerja-kerja mendobi yang tamat selepas pukul 12 tengah malam. Yes, tengah malam.

Dania lepas maghrib dah bising-bising nak tido. Maka haruslah ku tidurkan segera jika tidak tangisan dan rengekan bakal menjadi halwa telinga di saat encik suami mesej kata balik lambat.

Jadi kerja-kerja melipat baju yang bagaikan beranak pinak tu dimulakan dalam 8:30mlm. Aku rasa dalam 5 trip punya baju kot aku lipat tadi.Huhhuhu...dah macam pekerja kedai dobi dah. Ada dalam 3-4 kali lah turun naik tangga tu nak angkut semua baju untuk disusun pulak sebab kalau tak terus susun maka ada kemungkinan ia terbiar lagi berminggu-minggu lamanya.

Memandangkan minggu ni baru free daripada order bakar membakar, maka baru lah clear pandangan mata ni. Kalau tak berserabut dan berselirat lah rumahnya.

Lepas susun, nak mulakan pulak kerja mencuci tudung2 awning dan br* yang jenis berdawai tu :) Basuh tangan ok, tudung termasuk beberapa helai shawl mau nak dekat 25 helai *nangis* Tak termasuk br*2 itu..
huhuhu...

Baru ni nak ada masa and i spent almost 4 hours untuk mendobi sahaja hari ni... Penat! Penat! Penat!

Nitey Nitey ols!

0 comments: