Hallu Hallu Hallu...
Menyempat lagi ye aku and hubby menyelinap keluar pergi tengok Hobbit: The Unexpected Journey. (Sila jangan tanya mana aku letak Izham & Dania..hahaha!)
From my point of view cerita ni 7.5/10 bintang. Mula-mula tu cerita ni agak mengantuk tak tau lah sebab aku pakai spec 3D atau jalan cerita..hehe...Pada aku jalan cerita dia memula tu memang agak slow.
Sila maklum ini adalah trilogi pertama untuk kisah sebelum Lord of the Ring. Mengikut yang aku baca, selepas Hobbit: The unexpected Journey ni, ada 2 lagi filem iaitu The Desolation of Smaug dan There and Back Again.
Ok..basically dia ceritakan macam mana pakcik Frodo si Bilbo Baggins ni dapat My Precious daripada Gollum tu..Billbo Baggins yang termakan pujukan Gandalf untuk follow sejumlah 13 hobbits lain yang diketuai oleh Thorin untuk merentas Middle Earth sebab nak reclaim tanah datok nenek moyang dorang iaitu The Lonely Mountain yang dijajah oleh naga bernama Smaug lebih 60 tahun yang lalu.
Macam-macam lah yang mereka lalui sepanjang nak sampai ke Lonely Mountain. Pada aku, kalau Gandalf tak ikut sana, dah lama dah kantoi journey dorang ni...Sebabkan Gandalf ada kuasa luar biasa, maka ada 2-3 babak yang mereka diselamatkan oleh Gandalf (masa tu the grey witch).
Aku rasa part paling best masa group dorang diserang oleh Orc. Orc ni memang sangat horror dan ketua Orc ni sangat mengidam kepala Thorin sebab datuk dia dulu yang penggal tangan ketua Orc ni. Yang menariknya masa si Thorin berlari dengan penuh semangat waja dan kejantanan untuk lawan Orc tu walaupun dia tahu dia mesti kantoi. Kalau dia "normal" mesti aku cair jugak..tapi oleh sebab dia Hobbit..hehehe..(sila isi tempat kosong)
Oklah..tak rugi kalau pergi tengok sebab lepas ni ada 2 lagi sambungan dia. What you guys expect a movie from Peter Jackson? Mesti got something yang korang akan cakap lepas keluar cinema tu :)
Till then, Selamat Menonton! :)
Wednesday, December 26, 2012
Movie Preview- Hobbit:The Unexpected Journey
Posted by Soul Palette at 4:29 PM 0 comments
Labels: movie
Thursday, December 20, 2012
2012.2012
Posted by Soul Palette at 11:50 AM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Thursday, December 13, 2012
Istanbul Aku Datang
Hallu..hallu...hallu...
Wahh...it almost end of the year...and guess what...?i missed the best last date of the millenium to update my blog yang tak berapa ni...Tapi tak kesah lah kan...ada apa pun dengan tarikh tu it just next year onwards mana ada dah kau nak tarikh cantik 01.01.01 ke...01.02.03 ker...11.11.11 ker...12.12.12 ker kan...kalau nak kene tunggu seribu tahun lagi lah baru dapat balik 01.01.01 iaitu 1hb Januari 3001. Mampu?
Ok...entry ni memang entry tertinggal flight sebab nak tau ape? Semalam aku layan Istanbul...Aku Datang. Gigih tak aku suruh hubby beli CD 6 ringgit sebab lepas baca review dari blog BFF aku yang cakap si Lisa Surihani super cute dalam tu...
And i tell you what...Dalam movie tu yang membuatkan aku tweet "briliantly ohsem" sebab:
1)Of course Istanbul tu memang breath taking scenery
2) Blog Header si Dian (Lisa) adalah D is 4 Diva..? Kehkehkeh..(D is for Diana juge..)
3) Baju2 Lisa dalam tu sangat-sangat cantik dan comel...Suke leggings yang dia pakai..and baju2 sume memang curlast kau!
4) Dialog simple
5) Combination Lisa & Beto tu ok lah..
6) Towards the end of the movie tu..bila Lisa berkonflik nak pilih Beto ke Tomok..alahai...geram geram geram...!! Rasa nak cubit-cubit pipi Lisa tu...
Mana yang belom tengok tu...tak rugi kalau tengok..Aku beli CD sebab rasa rugi je subscribe Astro ape tu ...? yang RM15 utk 2 hari...nak download youtube dah takde..so keluar jugak lah RM6 but rasa berbaloi-baloi..
Posted by Soul Palette at 8:46 AM 1 comments
Labels: movie
Monday, November 19, 2012
Chocolate Moist Cake
Taadddaaaa......
Eyh..! Tetiba! Actually ini adalah aktiviti di kala aku MC lepas cuti 4 hari. Kalau korang HR, mesti kata aku ni pattern MC...hhurrmm...dah nak sakit, nak buat camne kan..Apa guna company bagi MC 14 hari setahun kalau sakit pun taknak guna...Lantaklah nak kata pattern MC ke tak kan...
Sebenarnya selsema @ running nose aku ni berjangkit daripada Dania kot..Sian dia dah berapa hari selsema tak elok-elok...
Ok, sebenarnya ada leftover bahan-bahan masa buat cookies raya hari tu..Takyah beli bahan pun kali ni baking project aku..Jom tengok bahan-bahan ittew...
2 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*
*gaul dan ayak
2 cawan gula perang
4 biji telor gred A
250g mentega
2 camca teh esen vanilla
1 cawan sebuk koko #
1 camca teh nescafe #
1/2 cawan cula halus #
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair#
# disatukan hingga jadi pes coklat
Posted by Soul Palette at 7:41 PM 0 comments
Labels: recipe
Tuesday, November 6, 2012
entry jiwa kacau
eerrrmmm...daripada tajuk entry je dah macam macam-macam kan...
adoi...seminggu dua ni entah apa lah tuhan nak uji aku ni...macam-macam yang datang. lepas satu, satu. yang penting kenalah harus bersabar kan. but i wonder berapa lama lah sabar aku ni boleh bertahan. memanglah sabar tu separuh daripada iman, tapi separuh lagi aku nak boh tang mana tatau. lelama simpan pun tak elok, buat tambah jerawat kat muka aku ni je...
maka dush..dush..dush...! Sila lah pergi jauh-jauh wahai masalah.aku dah penat fikir pasal kau. sampai tidur malam pun termimpi-mimpi. sampai aku buat perkara yang tak pernah aku buat iaitu mengadu kepada orang lain yang mungkin lebih faham kenapa masalah ini terjadi.
eerrrmmm...hopefully cepat lah segala gala ni berakhir selagi aku boleh hang on...
Posted by Soul Palette at 10:16 PM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Thursday, November 1, 2012
Plan B
Plan B. Pernah dengar? Plan B pada aku lebih kurang backup plan lah kalau2 plan A tak jadi.
Ekceli dalam hidup memang kene ada plan B. Nak nak untuk wanita macam kita ni. Eerrmm.. setuju tak kalau aku cakap kita sebagai isteri kene ada "rahsia" jugak dengan suami. Bukanlah rahsia ape, cuma ada something yang dorang ni tak perlu tahu and kita jangan gatal mulut nak bagitau.
1. Saving.
Setuju? Hehehe..aku buat benda ni dah lama. Sila jangan bagitau si dia anda yang anda menyimpan secara senyap-senyap. Banyak hikmahnya...kalau tak pernah buat, percayalah...kalau bukan untuk kita, maybe untuk anak-anak in future.Pastu kalau dah menyimpan tu jgnlah dok pasang angan-angan, asal raya je nak tukar langsir, itu ini..last-last duit saving tu entah ke mana.
2. Extra credit card/ Kredit kad dah tambah limit.
Aku pernah buat jugak..hehe...ok, memula katanya aku dah terminate satu kad yang mana sebenarnya masih aktif. But make sure monthly statement tu taklah sampai ke tangan dia :) Seb baik lah laki aku ni jenis tak ambik kesah bil-bil ni sume.So aku selamat kat situ. Maka, gunakan kredit kad ini hanya bila perlu atau time terdesak tahap sales handbag coach 80%. (Pernah ke?)
Biasa kalau payment cantik, pihak bank akan up kan credit limit. Ok, yang ni sampai sekarang dia tak tau yang kredit kad aku sebenarnya limit dia dah naik. Ekceli ada pro and con nya credit card ni. Aku malas nak bebel sebab benda ni dah selalu nau orang cakap. Maka, tepuk dada tanya lah mesin swipe kad kredit tu.
3. Dapat extra side income.
Diam diam je...jangan ribut-ribut. Kalau ribut-ribut, maka macam ributlah duit tu habis. Kan? Ala..kita pun tatau apa yang dorang sorok kan daripada kita. bukan apa, mesti ada! Bukan nak suspicious, tapi itu adalah kenyataan....
Ok, so far daripada pengalaman aku ni jelah..kalau ada extra nnt in future aku tambah.okies.
Posted by Soul Palette at 11:27 PM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Thursday, October 11, 2012
Izham Warded
Tak tau cam ne nak mula.
Dua tiga kali delete ayat pertama.
Eeerrmm...6hb October hari tu Izham warded untuk kali ketiga sepanjang 5 tahun hidup dia. Izham..Izham..champion dok hospital awak ni.
Mula dengan demam. Selasa malam dia demam panas. Aku turun ambik ubat demam dalam fridge pukul 3.30am. Lepas makan ubat, siang tu demam dia kebah. Aku gi keje cam biasa bila tengok dia ok. Balik kerja ambik dia dari school pun macam dedar then aku kasi ubat lagi. Rabu malam tu dia demam lagi. Panas sangat. Aku kejut hubby ajak dia pergi klinik tapi hubby kata tunggu siang sikit.
Then siang tu rasa demam dia macam dah ok.Dah tak panas. Tapi aku bawak gak pergi klinik. Aku kata kat doktor demam dia on off dah dua hari.
Doktor check suhu.Dia kata tak demam. (aku tau lah Izham tak demam sekarang). Dia soh monitor lagi dua hari.Dia kata kalau masih lagi demam on off kene datang check balik.
Next hari khamis still macam tu.Aku just continue bagi ubat demam yang doktor tu bagi. Jumaat aku ikut abah balik Melaka. So Jumaat malam tu masih demam, aku terus bawak pergi hospital yang aku selalu pergi tu.
Terus doktor tahan, Dia suspek Influenza A sebab demam berulang and tekak Izham sangat merah. Tak selera makan... Check darah ok. Tapi bila Xray doktor kata paru-paru Izham ada infection. So memng kene stay sebab doktor nak monitor.
Ingatkan esoknya boleh balik...Tak sangka pulak sampai 3 malam kene tidur sana...Naik kematu kepala hotak aku..huhuhu..Izham lagilah bosan. Asyik cakap nak balik rumah nenek.
Posted by Soul Palette at 10:35 PM 1 comments
Wednesday, October 10, 2012
Mama Rindu Izham
Posted by Soul Palette at 9:53 PM 0 comments
Friday, September 28, 2012
Post LGD
Posted by Soul Palette at 5:15 PM 0 comments
Labels: work
Thursday, September 27, 2012
Life is Unfair
Seorang budak perempuan.Duduk dalam kelas. Dari pintu kelas dia nampak a group of budak lelaki sedang main-main kat beranda kelas. Esok exam. Dia kata dia kene study. Kalau tak result teruk nanti.
Hari exam tiba.Dia pulun seada daya.Dari jauh tengok budak-budak lelaki yang bermain tepi beranda semalam. Tekun.
Next, result keluar. Tengok markah,hampa. Wajah lelaki-lekaki beranda tu senyumnya sampai telinga. Markah best. *Double hampa.
Pernah lalui situasi itu? I used to be that poor girl. Yes, life is unfair.Very unfair. Untuk orang macam aku, takde yang senang dalam hidup.Takde yang aku dapat tanpa aku perlu usaha. (Sebab tu aku tak pernah percaya bisnes yang menjamin pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat.) Aku lahir dalam keluarga yang bukan senang. So, apa yang aku nak, aku kene dapatkan sendiri. Aku kene usaha--takde jalan mudah.
Tu zaman sekolah,zaman muda belia (still muda belia di hati,okey!) Now aku kene lalui situasi itu sekali lagi. Pheewwww....sangat cuak and for me that's no easy way to catch my dream.
Ok, ceritanya begini. Aku apply untuk jadi Manager di opis aku. Aku rasa ini masanya untuk aku move on. Takkan selamanya aku nak jadi QA Specialist kan? So peluang yang dapat aku ambik. Peduli apa orang nak kata. Peduli apa orang nak mengumpat apa. Aku ada soalan untuk si pengata-pengata di belakang itu. YANG ENGKAU TAK APPLY TU KENAPA?
Makanya, ada 6 stage yang aku and the rest (ada dalam 54 applicants) kene lalui.
1. English Proficiency
Ni senang. As long as kau tau basic english, kacang! AND...ada skill of listening. Soalan dia 2 bahagian. Part 1 situasi dan soalan dimainkan pakai speaker which means kau kene super fokus dengan apa yang kau dengar and jawap soalan time tu jugak because no repeating.Yes, mereka takkan ulang rakaman statement atau soklan tu. Next..soalan atas paper macam biasa. Kalau lepas yang ni..you can go to next stage.
2. IQ & EQ test.
kalau biasa buat--senang! For me senang sebab aku ni memang jenis suke berimaginasi yang ntah apa-apa.
3. Contact Center Practise
kalau lepas stage 2 so boleh proceed stage 3. Ni aku kene study sikit. Thanks hubby sebab tolong jaga Dania & Izham while aku buat sikit homework weekend hari tu. Time ni adalah masa bulan puasa hari tu. Sebab tu aku rasa puasa kali ni sangat singkat sampai tak sempat nak kemas rumah. Back to the topic. Dah nama pun Contact Center Practise. So whatever yang berkaitan perlu lah aku faham dan tahu.
4. Harrison Profiling.
Next, stage 4 adalah Harrison Profiling. Aku nak tahu sape si Harrison ni. Dia lah punco nya aku and the rest terpaksa perah kepala hotak nak menyusun ape yang aku suke nak buat ikut priority. Tricks dia..soalan yang berulang dan jawapan haruslah konsisten.Bukan senang ok..soalan panjang dan banyak. Cari dalam google takde.Sebab maybe ni paid online test.
5. LGD (Leaderless Group Discussion)
Faham? Maksudnya Perbincangan tanpa ketua. This was what i went thru this morning. Serius nebes. Dia macam ni-- Out of 54 applicants tadi, hanya 35 yang berjaya sampai ke stage 5 ni. Divided into 4 groups, aku adalah dalam group pertama! Pray to god that He will help me to go thru all this disaster. Ada panel yang akan evaluate how good we are in the discussion. Either we are dictator..(alamak sedih lah pulak part ni...while blogging behind me is Adam & Hawa airing now...Oh Adam...bodohnya Ain ni taknak kau!)
ok sambung..either you are too quite, too outspoken, too reserved, just follow the flow and so on.
So session ni memang semua will show thier own 'leadership talent'. Aku? mana point yang aku rasa wajar diketengahkan then i'll speak up. Topup lah mana point yang dorang dah bagi. Tips kalau ada antara korang yang akan lalui session ni...Don't always agree with the point! Dare to say "i disagree" (but make sure you have the supporting statement of your disagreement,ok!)
Additional. Panel pagi tadi are the AGMs (Assistant General Manager) yang super duper expert in what they are doing. So no room for you to goreng your point. If you do not know, ask!
Eeermm..so the result of the session will be out latest by tomorrow. Tawakal for what i've done. Kalau dapat, kene prepare for the next stage yang lagi stressful iaitu you yourself will be interviewed by the panel. Minimum 4 panels. Preparing myself with bulletproof army cover all over my body. Huhuhu...
So my battle still not yet finish. But life is unfair so we have to get used to it!
Posted by Soul Palette at 10:48 PM 0 comments
Labels: work
Thursday, September 20, 2012
Merdeka di Genting Pictures II
Kan...?Kalau dah berenti blogging tu mmg payah start balik. So here we go with more piccas.
The extreme space shot. Dare to try? Luckily we sat at the corner coz that's the only camera placed to capture our super scared yet super funny faces. Masya Allah, bila naik satu hal...bila turun bontot tak jejak seat wei...Believe me!
Posted by Soul Palette at 12:22 PM 0 comments