Tak tau cam ne nak mula.
Dua tiga kali delete ayat pertama.
Eeerrmm...6hb October hari tu Izham warded untuk kali ketiga sepanjang 5 tahun hidup dia. Izham..Izham..champion dok hospital awak ni.
Mula dengan demam. Selasa malam dia demam panas. Aku turun ambik ubat demam dalam fridge pukul 3.30am. Lepas makan ubat, siang tu demam dia kebah. Aku gi keje cam biasa bila tengok dia ok. Balik kerja ambik dia dari school pun macam dedar then aku kasi ubat lagi. Rabu malam tu dia demam lagi. Panas sangat. Aku kejut hubby ajak dia pergi klinik tapi hubby kata tunggu siang sikit.
Then siang tu rasa demam dia macam dah ok.Dah tak panas. Tapi aku bawak gak pergi klinik. Aku kata kat doktor demam dia on off dah dua hari.
Doktor check suhu.Dia kata tak demam. (aku tau lah Izham tak demam sekarang). Dia soh monitor lagi dua hari.Dia kata kalau masih lagi demam on off kene datang check balik.
Next hari khamis still macam tu.Aku just continue bagi ubat demam yang doktor tu bagi. Jumaat aku ikut abah balik Melaka. So Jumaat malam tu masih demam, aku terus bawak pergi hospital yang aku selalu pergi tu.
Terus doktor tahan, Dia suspek Influenza A sebab demam berulang and tekak Izham sangat merah. Tak selera makan... Check darah ok. Tapi bila Xray doktor kata paru-paru Izham ada infection. So memng kene stay sebab doktor nak monitor.
Ingatkan esoknya boleh balik...Tak sangka pulak sampai 3 malam kene tidur sana...Naik kematu kepala hotak aku..huhuhu..Izham lagilah bosan. Asyik cakap nak balik rumah nenek.
RESIPI KEK PAUN OREN
-
Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Alhamdulillah, masih diberi
sedikit kerajinan untuk che mat kemas kini blog tiffinbiru ini, walaupun
ini entri p...
11 months ago
1 comments:
semoga cpt sembuh & jd anak yg soleh ye izham ;)
Post a Comment