Sunday, July 24, 2011

Happy 4th Bday Izham






Haaa....keelllaass tak bday kek Izham tahun ni...?Saje aku cari imej yang ala-ala harta karun supaya murah rezeki dia hendaknya di hari-hari akan datang. Imej rantai-rantai tu...? Harus lah untuk mama dia yang membesarkan dia selama 4 tahun ni...Kejam tak...?

Jangan tertipu ye kawan-kawan ku sekalian.Hehehe..itu hanya lah imej yang aku carik kat Google$ map saje..So far memang tak sempat lagi nak buat besday Izham.So cadangnya mungkin lepas raya sekali lah...Insya Allah...

Eerm...sedar tak sedar dah 4 tahun dah orang bujang aku ni...Sejak masuk Taska awal tahun ni banyak dah progress dia yang aku perasan. Dah boleh baca dan kenal huruf A sampai Z, 1 sampai 10, alif sampai ya. Dah pandai cakap "My name is Muhammad Izham Haqimi Bin Muhamad Fuad" bila tanya "What is your name?" Dah pandai baca doa makan. Dah kenal body part daripada forehead sampai leg.

Semoga Izham menjadi anak yang berjaya dan cemerlang dunia dan akhirat.

Aku rasa bday Izham kali ni memang sangat lain dan teruja..Sebabnya....?




Inilah sebabnya...Tapi aku belum confirm kan dengan doktor lagi...Harap-harap memang ini rezeki yang tuhan nak bagi kat aku,fuad & Izham.

Sangat teruja!

Monday, July 18, 2011

bz birthday month (pix uploaded)

testing blogging pakai blackberry :)

Ok,aku pernah cakap July is the very bz birthday month utk family aku. Tinggal Izham punya besday je Jumaat ni.Eeerrmm...dah 4 tahun rupanya anak bujang aku tu..Bila la nak dapat adik,belum ada rezeki lagi lah..

Blm plan pun bday Izham.Kalo sempat,buat before puasa ni.Kalo tak, sekali dgn open house je lah jawab nyo.Maklumlah,rumah baru ni belum show house lagi.Kalo ada rezeki lebih raya ni blh lah buat open house :)

Meh tgk kalender bln Julai aku kat opis.

** adoi...sgt lembap pulak nak tunggu gambar ni loading. Insya allah kalo sempat nnt kat rumah i upload,ok.

Tata titi tutu :)

ok..now aku upload lah jugak July bday babies aku sebab dah janji kan.. :)

Sunday, July 17, 2011

More space for me & sweetheart

Recent entry,aku ada cakap pasal adik ipar aku yang duduk sekali dengan aku baru kahwin.Haruslah selepas berkahwin,ikut ke mana suami ajak tinggal.Makanya,adalah ruang tambahan untuk aku dan hubby serta Izham.Kalau tak,agak sesak jugak nafas ni sebab hanya ada satu bilik yang aku boleh gunakan walaupun rumah tu ada 4 bilik. (Baik kan,kami?)

Maka bilik yang kosong itu,memang menjadi idaman aku dari mula masuk rumah tu untuk dijadikan bilik Izham. Nak buat camne kalau tak dapat digunakan dulu.Jadi sekarang bilik itu aku namakan "Bilik Izham" atau "Bilik TV Izham". Fuuhhh...lega sikit....kalau tak tilam single kabinet tv dan tv tu semua dalam main bedroom aku.

Sebenarnya bilik ni belum siap lagi sebab aku bercadang nak cat kaler yang ala-ala sedikit menaikkan seri bilik ni.Tapi memandangkan encik husben busy,tertangguh jugak lah hasrat aku tu.Setidak-tidaknya aku dah alihkan apa yang patut ke bilik tu.


wardrobe & katil anak bujang aku



ni lah kabinet & tv yang aku maksudkan


Mula-mula aku iron baju kat bilik Izham ni. Tapi rasa agak leceh sebab everytime nak iron baju kene pasang plug kat tv tu. Al-maklumlah..kalau dibiarkan,agak bahaya.So everytime lepas gosok baju memang aku akan bukak plug seterika tu.

So, nak dijadikan cerita...Seorang lagi adik ipar aku tu dah dapat hidayah agaknya untuk keluar menyewa. Betul kata orang,tuhan bersama orang-orang yang sabar. So,sabar aku selama ni dah berhasil. Maka,dapat lah lagi bilik aku yang satu lagi. Alhamdulillah, bohong lah kalau aku cakap aku tak rasa apa-apa. Memang sangat lega sebab at least upper level just for my family. :) Bak kata kawan aku "dah boleh lari-lari bogel!" hahhaha..!


ruang extra untuk aku menggosok


 boleh dijadikan ruang solat untuk tetamu jugak :)

My freedom is back...!!! :)

Tuesday, July 5, 2011

Buat Baik Berpada-Pada

Orang tua kata, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Pada aku, kalo nak buat baik, memang kene berpada-pada,kelak kebaikan kita akan dijadikan orang lain sebagai kesempatan yang harus diambil. Kalo nak buat jahat,zaman sekarang aku rase tak sesuai dah "jgn sekali"tu.Lebih tepat "sekali sekala boleh". Boleh macam tu?

Sebelum tu,meh aku story sikit pasal Birthday Month ni. 1 Julai dah lepas. Birthday Along.Walaupun jauh di perantauan, wish tetap wish.Facebook kan ada. Phone canggih2 apa guna? Zaman dulu lain lah kan...

4 Julai - dah lepas jugak.Birthday kali pertama hidup anak buah aku yang sangat lah somel nya. Baby Atisya Aliya is healtily growing. Cayang u...Muah...Muahhh...! Aku belikan dia gaun utk tiup lilin,macam dalam facebook aku tu.

Next, 13hb -- Faris, 16th -- Adik and 22nd-- Izham...Huhuhu....Penuh...Penuh kalender aku.Semuanya orang2 yang aku sayang. No probs....Selagi ada kita celebrate lah ye...Kalo tak de tu yang dok diam-diam dalam rumah jgn keluar..Hahaha...

Back to my cerita berpada-pada tadi...Nak buat macam mana kan kalo kita dah buat sehabis baik yang boleh untuk ambik hati seseorang atau sekumpulan makhluk tuhan yang nak kita dampingi sepanjang hayat kita.Hanya kerana satu insiden yang disengajakan kesalahnya,lalu aku menegur akan perbuatan itu. Mungkin salah aku jugak sebab menegur MUNGKIN agak tidak sesuai pada masa dan ketikanya. Atau bahasa yang aku gunakan kurang sesuai dengan jiwanya,makanya hilang sudah semua kebaikan yang telah aku bagi selama ini. Bukan lah kata nak dihargai, cukup sekadar "Terima Kasih".

Eeeerrmm..nak buat cam ne kan...Kita pun bukan perfect. Takkan dapat puaskan hati semua orang.

Buat jahat sekali sekala tu..hehe..pepandai korang lah.Jgn sampai kantoi sudah :)