Monday, November 19, 2012

Chocolate Moist Cake


Taadddaaaa......

Eyh..! Tetiba! Actually ini adalah aktiviti di kala aku MC lepas cuti 4 hari. Kalau korang HR, mesti kata aku ni pattern MC...hhurrmm...dah nak sakit, nak buat camne kan..Apa guna company bagi MC 14 hari setahun kalau sakit pun taknak guna...Lantaklah nak kata pattern MC ke tak kan...

Sebenarnya selsema @ running nose aku ni berjangkit daripada Dania kot..Sian dia dah berapa hari selsema tak elok-elok...

Ok, sebenarnya ada leftover bahan-bahan masa buat cookies raya hari tu..Takyah beli bahan pun kali ni baking project aku..Jom tengok bahan-bahan ittew...

2 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*
        *gaul dan ayak
2 cawan gula perang
4 biji telor gred A
250g mentega
2 camca teh esen vanilla
1 cawan sebuk koko #
1 camca teh nescafe #
1/2 cawan cula halus #
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair#
        # disatukan hingga jadi pes coklat




tepung gandum + baking powder

 gula perang

telor gred A

mentega

pes coklat

1) pukul mentega dan gula perang hingga putih/mentega kembang


2) masukkan esen vanilla dan telur satu per satu


3) putar hingga kembang dan gula hancur
4) masukkan tepung dan pes coklat berselang seli

ni adunan yang dah siap tinggal kan masukkan dlm loyang dang bakar

5) Lenser loyang dan masukkan adunan.
6) bakar ikut perangai oven masing-masing yer..(sebelum tu jgn lupa panaskan oven dulu)

ini sebelum masuk dlm oven

Untuk ganache dia:
200g coklat masakan
100ml susu cair
1 camca teh mentega

Cara-cara:
- satukan coklat dan susu, guna teknik double boil.
- matikan api dan masukkan mentega.

Bila kek dah sejuk, boleh salutka ganache dan hias,ok...Siap!




Selamat Mencuba!

Tuesday, November 6, 2012

entry jiwa kacau

eerrrmmm...daripada tajuk entry je dah macam macam-macam kan...
adoi...seminggu dua ni entah apa lah tuhan nak uji aku ni...macam-macam yang datang. lepas  satu, satu. yang penting kenalah harus bersabar kan. but i wonder berapa lama lah sabar aku ni boleh bertahan. memanglah sabar tu separuh daripada iman, tapi separuh lagi aku nak boh tang mana tatau. lelama simpan pun tak elok, buat tambah jerawat kat muka aku ni je...

maka dush..dush..dush...! Sila lah pergi jauh-jauh wahai masalah.aku dah penat fikir pasal kau. sampai tidur malam pun termimpi-mimpi. sampai aku buat perkara yang tak pernah aku buat iaitu mengadu kepada orang lain yang mungkin lebih faham kenapa masalah ini terjadi.

eerrrmmm...hopefully cepat lah segala gala ni berakhir selagi aku boleh hang on...

Thursday, November 1, 2012

Plan B


Plan B. Pernah dengar? Plan B pada aku lebih kurang backup plan lah kalau2 plan A tak jadi.

Ekceli dalam hidup memang kene ada plan B. Nak nak untuk wanita macam kita ni. Eerrmm.. setuju tak kalau aku cakap kita sebagai isteri kene ada "rahsia" jugak dengan suami. Bukanlah rahsia ape, cuma ada something yang dorang ni tak perlu tahu and kita jangan gatal mulut nak bagitau.

1. Saving.
Setuju? Hehehe..aku buat benda ni dah lama. Sila jangan bagitau si dia anda yang anda menyimpan secara senyap-senyap. Banyak hikmahnya...kalau tak pernah buat, percayalah...kalau bukan untuk kita, maybe untuk anak-anak in future.Pastu kalau dah menyimpan tu jgnlah dok pasang angan-angan, asal raya je nak tukar langsir, itu ini..last-last duit saving tu entah ke mana.

2. Extra credit card/ Kredit kad dah tambah limit.
Aku pernah buat jugak..hehe...ok, memula katanya aku dah terminate satu kad yang mana sebenarnya masih aktif. But make sure monthly statement tu taklah sampai ke tangan dia :) Seb baik lah laki aku ni jenis tak ambik kesah bil-bil ni sume.So aku selamat kat situ. Maka, gunakan kredit kad ini hanya bila perlu atau time terdesak tahap sales handbag coach 80%. (Pernah ke?)

Biasa kalau payment cantik, pihak bank akan up kan credit limit. Ok, yang ni sampai sekarang dia tak tau yang kredit kad aku sebenarnya limit dia dah naik. Ekceli ada pro and con nya credit card ni. Aku malas nak bebel sebab benda ni dah selalu nau orang cakap. Maka, tepuk dada tanya lah mesin swipe kad kredit tu.

3. Dapat extra side income.
Diam diam je...jangan ribut-ribut. Kalau ribut-ribut, maka macam ributlah duit tu habis. Kan? Ala..kita pun tatau apa yang dorang sorok kan daripada kita. bukan apa, mesti ada! Bukan nak suspicious, tapi itu adalah kenyataan....

Ok, so far daripada pengalaman aku ni jelah..kalau ada extra nnt in future aku tambah.okies.

Thursday, October 11, 2012

Izham Warded


Tak tau cam ne nak mula.

Dua tiga kali delete ayat pertama.

Eeerrmm...6hb October hari tu Izham warded untuk kali ketiga sepanjang 5 tahun hidup dia. Izham..Izham..champion dok hospital awak ni.

Mula dengan demam. Selasa malam dia demam panas. Aku turun ambik ubat demam dalam fridge pukul 3.30am. Lepas makan ubat, siang tu demam dia kebah. Aku gi keje cam biasa bila tengok dia ok. Balik kerja ambik dia dari school pun macam dedar then aku kasi ubat lagi. Rabu malam tu dia demam lagi. Panas sangat. Aku kejut hubby ajak dia pergi klinik tapi hubby kata tunggu siang sikit.

Then siang tu rasa demam dia macam dah ok.Dah tak panas. Tapi aku bawak gak pergi klinik. Aku kata kat doktor demam dia on off dah dua hari.

Doktor check suhu.Dia kata tak demam. (aku tau lah Izham tak demam sekarang). Dia soh monitor lagi dua hari.Dia kata kalau masih lagi demam on off kene datang check balik.

Next hari khamis still macam tu.Aku just continue bagi ubat demam yang doktor tu bagi. Jumaat aku ikut abah balik Melaka. So Jumaat malam tu masih demam, aku terus bawak pergi hospital yang aku selalu pergi tu.

Terus doktor tahan, Dia suspek Influenza A sebab demam berulang and tekak Izham sangat merah. Tak selera makan... Check darah ok. Tapi bila Xray doktor kata paru-paru Izham ada infection. So memng kene stay sebab doktor nak monitor.

Ingatkan esoknya boleh balik...Tak sangka pulak sampai 3 malam kene tidur sana...Naik kematu kepala hotak aku..huhuhu..Izham lagilah bosan. Asyik cakap nak balik rumah nenek.


 Malam pertama...dia sangat weak masa ni.

 Hari kedua..dah mula bosan...

 Pelawat-pelawat

 Mama kat hospital jaga abang..Nia kat rumah nenek dijaga oleh mommy,maksu & ayah.

 Geram!

 Abang..cepatlah sembuh..

 No camera pliss...!

 Luv this moment

 kene ambik neb 4 hourly

 Such a strong boy

 Malam kedua. Double bosan.

 Hensem boy di mata mama.

 Bila dia bosan, dia ajak lepak luar wad.

 Lepak tepi lif..layan blues..

 Next day...baru bangun.

 Neb lagi

 Bila super bosan...ajak mama makan kat bawah. (sebenarnya mama pun bosan gile).Katanya nak coklat tapi siap pergi Mahkota Parade kat sebelah sambil buat muka kesian nak eskrim mcD. Beliakn dengan niat buat ubat :)

Boys gotta do what boys gotta do.

Moral: Siap sediakan anak-anak kita dengan insurance. Apa-apa hal nanti senang. Tak sampai hati nak bawak anak pergi sepital gomen tgh sakit-sakit tu. Biasalah masa menunggu tu, bertambah sakit anak-anak kecik kita.

Total bill untuk 4 hari dalam RM2260. Claim insurance. Cuma bayar dalam RM109.Tu pun untuk admission fee,lagi ape ntah eyh..tapi yang penting bukan ubatlah. Check darah, xray, charge peads specialist..sume covered by insurance.

Izham masa ni dah getting better. Improve byk.Dah tak demam malam lagi.

Hopefully Izham akan sentiasa sihat so mama and ayah tak risau lagi.




Wednesday, October 10, 2012

Mama Rindu Izham


Izham tinggalkan mama.
Izham ikut Opah balik kampung pagi tadi masa mama kat ofis.
Pagi tadi mama tak sempat cium Izham sebab Izham tido dengan Atam.
Mama rindu Izham sebab selalu kalau balik kerja mama ambik Izham dengan adik.
Selalu lepas balik school Izham terus main tab.
Bila mama suruh kecik kan volume sebab adik nak tido Izham marah mama balik.
Tapi hari ni mama balik kerja terus balik rumah.
Ayah dah ambik adik.
Biasa kalau ayah belum balik kerja, mama nak mandi, mama ajak Izham teman adik main-main dalam bilik. So adik akan leka main dengan Izham tak nangis carik mama.
Tapi hari ni, Izham takde.
Izham balik kampung.
Izham tinggalkan mama.
Mama rindu Izham.
Izham mana pernah berpisah dengan mama selama 5 tahun ni.
Walaupun Izham banyak songeh...mama tetap layan walaupun mama bebel-bebel.
Selalu kalau bateri tab dah habis Izham akan konker laptop ni tengok Otomen.
Bila mama soh kecik kan volume sebab mama nak tengok tv Izham marah mama jugak.
Hari ni Izham takde.
Adik tido.
Ayah main tab sambil tengok tv.
Mama update blog pasal mama rindu Izham.
Tadi mama mandi mama nampak baju tido Izham.
Mama pegang baju tu.
Mama cium.
Tetiba mama nangis.
Mama nangis sebab rindu Izham.
Izham baru baik sakit tapi Izham ikut Opah balik kampung.
Sape nak bagi Izham makan ubat?
Sape nak sapukan krim kat kulit Izham yang kering tu?

Izham kat kampung jadi good boy,ok!
Makan banyak-banyak sebab opah masak lagi sedap dari mama.
Tido jangan meracau racau mintak garu ye.
Nanti Izham balik lah sini cepat.
Mama takde kawan nak gaduh.
Mama takde orang nak suruh ambik itu ini.


Mama rindu Izham..

Friday, September 28, 2012

Post LGD



Result semalam dah keluar. 

Out of 34 (bukan 35), 25 berjaya to next stage, 6 failed and the other 3 50-50.Which means they have to do it again. So di manakah aku berada..?



Alhamdulillah...makanya secara official aku kene standby to the next stage. Cuak banget! I have two weeks from now to prepare.

Semoga Allah permudahkan segalanya untuk aku. Amin.


Thursday, September 27, 2012

Life is Unfair





Seorang budak perempuan.Duduk dalam kelas. Dari pintu kelas dia nampak a group of budak lelaki sedang main-main kat beranda kelas. Esok exam. Dia kata dia kene study. Kalau tak result teruk nanti.

Hari exam tiba.Dia pulun seada daya.Dari jauh tengok budak-budak lelaki yang bermain tepi beranda semalam. Tekun.

Next, result keluar. Tengok markah,hampa. Wajah lelaki-lekaki beranda tu senyumnya sampai telinga. Markah best. *Double hampa.

Pernah lalui situasi itu? I used to be that poor girl. Yes, life is unfair.Very unfair. Untuk orang macam aku, takde yang senang dalam hidup.Takde yang aku dapat tanpa aku perlu usaha. (Sebab tu aku tak pernah percaya bisnes yang menjamin pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat.) Aku lahir dalam keluarga yang bukan senang. So, apa yang aku nak, aku kene dapatkan sendiri. Aku kene usaha--takde jalan mudah.

Tu zaman sekolah,zaman muda belia (still muda belia di hati,okey!) Now aku kene lalui situasi itu sekali lagi. Pheewwww....sangat cuak and for me that's no easy way to catch my dream.

Ok, ceritanya begini. Aku apply untuk jadi Manager di opis aku. Aku rasa ini masanya untuk aku move on. Takkan selamanya aku nak jadi QA Specialist kan? So peluang yang dapat aku ambik. Peduli apa orang nak kata. Peduli apa orang nak mengumpat apa. Aku ada soalan untuk si pengata-pengata di belakang itu. YANG ENGKAU TAK APPLY TU KENAPA?

Makanya, ada 6 stage yang aku and the rest (ada dalam 54 applicants) kene lalui.

1. English Proficiency
Ni senang. As long as kau tau basic english, kacang! AND...ada skill of listening. Soalan dia 2 bahagian. Part 1 situasi dan soalan dimainkan pakai speaker which means kau kene super fokus dengan apa yang kau dengar and jawap soalan time tu jugak because no repeating.Yes, mereka takkan ulang rakaman statement atau soklan tu. Next..soalan atas paper macam biasa. Kalau lepas yang ni..you can go to next stage.

2. IQ & EQ test.
kalau biasa buat--senang! For me senang sebab aku ni memang jenis suke berimaginasi yang ntah apa-apa.

3. Contact Center Practise
kalau lepas stage 2 so boleh proceed stage 3. Ni aku kene study sikit. Thanks hubby sebab tolong jaga Dania & Izham while aku buat sikit homework weekend hari tu. Time ni adalah masa bulan puasa hari tu. Sebab tu aku rasa puasa kali ni sangat singkat sampai tak sempat nak kemas rumah. Back to the topic. Dah nama pun Contact Center Practise. So whatever yang berkaitan perlu lah aku faham dan tahu.

4. Harrison Profiling.
Next, stage 4 adalah Harrison Profiling. Aku nak tahu sape si Harrison ni. Dia lah punco nya aku and the rest  terpaksa perah kepala hotak nak menyusun ape yang aku suke nak buat ikut priority. Tricks dia..soalan yang berulang dan jawapan haruslah konsisten.Bukan senang ok..soalan panjang dan banyak. Cari dalam google takde.Sebab maybe ni paid online test.

5. LGD (Leaderless Group Discussion)
Faham?  Maksudnya Perbincangan tanpa ketua. This was what i went thru this morning. Serius nebes. Dia macam ni-- Out of 54 applicants tadi, hanya 35 yang berjaya sampai ke stage 5 ni. Divided into 4 groups, aku adalah dalam group pertama! Pray to god that He will help me to go thru all this disaster. Ada panel yang akan evaluate how good we are in the discussion. Either we are dictator..(alamak sedih lah pulak part ni...while blogging behind me is Adam & Hawa airing now...Oh Adam...bodohnya Ain ni taknak kau!)
ok sambung..either you are too quite, too outspoken, too reserved, just follow the flow and so on.

So session ni memang semua will show thier own 'leadership talent'. Aku? mana point yang aku rasa wajar diketengahkan then i'll speak up. Topup lah mana point yang dorang dah bagi. Tips kalau ada antara korang yang akan lalui session ni...Don't always agree with the point! Dare to say "i disagree" (but make sure you have the supporting statement of your disagreement,ok!)

Additional. Panel pagi tadi are the AGMs (Assistant General Manager) yang super duper expert in what they are doing. So no room for you to goreng your point. If you do not know, ask!

Eeermm..so the result of the session will be out latest by tomorrow. Tawakal for what i've done. Kalau dapat, kene prepare for the next stage yang lagi stressful iaitu you yourself will be interviewed by the panel. Minimum 4 panels. Preparing myself with bulletproof army cover all over my body. Huhuhu...

So my battle still not yet finish. But life is unfair so we have to get used to it!