Monday, November 19, 2012

Chocolate Moist Cake


Taadddaaaa......

Eyh..! Tetiba! Actually ini adalah aktiviti di kala aku MC lepas cuti 4 hari. Kalau korang HR, mesti kata aku ni pattern MC...hhurrmm...dah nak sakit, nak buat camne kan..Apa guna company bagi MC 14 hari setahun kalau sakit pun taknak guna...Lantaklah nak kata pattern MC ke tak kan...

Sebenarnya selsema @ running nose aku ni berjangkit daripada Dania kot..Sian dia dah berapa hari selsema tak elok-elok...

Ok, sebenarnya ada leftover bahan-bahan masa buat cookies raya hari tu..Takyah beli bahan pun kali ni baking project aku..Jom tengok bahan-bahan ittew...

2 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*
        *gaul dan ayak
2 cawan gula perang
4 biji telor gred A
250g mentega
2 camca teh esen vanilla
1 cawan sebuk koko #
1 camca teh nescafe #
1/2 cawan cula halus #
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair#
        # disatukan hingga jadi pes coklat




tepung gandum + baking powder

 gula perang

telor gred A

mentega

pes coklat

1) pukul mentega dan gula perang hingga putih/mentega kembang


2) masukkan esen vanilla dan telur satu per satu


3) putar hingga kembang dan gula hancur
4) masukkan tepung dan pes coklat berselang seli

ni adunan yang dah siap tinggal kan masukkan dlm loyang dang bakar

5) Lenser loyang dan masukkan adunan.
6) bakar ikut perangai oven masing-masing yer..(sebelum tu jgn lupa panaskan oven dulu)

ini sebelum masuk dlm oven

Untuk ganache dia:
200g coklat masakan
100ml susu cair
1 camca teh mentega

Cara-cara:
- satukan coklat dan susu, guna teknik double boil.
- matikan api dan masukkan mentega.

Bila kek dah sejuk, boleh salutka ganache dan hias,ok...Siap!




Selamat Mencuba!

Tuesday, November 6, 2012

entry jiwa kacau

eerrrmmm...daripada tajuk entry je dah macam macam-macam kan...
adoi...seminggu dua ni entah apa lah tuhan nak uji aku ni...macam-macam yang datang. lepas  satu, satu. yang penting kenalah harus bersabar kan. but i wonder berapa lama lah sabar aku ni boleh bertahan. memanglah sabar tu separuh daripada iman, tapi separuh lagi aku nak boh tang mana tatau. lelama simpan pun tak elok, buat tambah jerawat kat muka aku ni je...

maka dush..dush..dush...! Sila lah pergi jauh-jauh wahai masalah.aku dah penat fikir pasal kau. sampai tidur malam pun termimpi-mimpi. sampai aku buat perkara yang tak pernah aku buat iaitu mengadu kepada orang lain yang mungkin lebih faham kenapa masalah ini terjadi.

eerrrmmm...hopefully cepat lah segala gala ni berakhir selagi aku boleh hang on...

Thursday, November 1, 2012

Plan B


Plan B. Pernah dengar? Plan B pada aku lebih kurang backup plan lah kalau2 plan A tak jadi.

Ekceli dalam hidup memang kene ada plan B. Nak nak untuk wanita macam kita ni. Eerrmm.. setuju tak kalau aku cakap kita sebagai isteri kene ada "rahsia" jugak dengan suami. Bukanlah rahsia ape, cuma ada something yang dorang ni tak perlu tahu and kita jangan gatal mulut nak bagitau.

1. Saving.
Setuju? Hehehe..aku buat benda ni dah lama. Sila jangan bagitau si dia anda yang anda menyimpan secara senyap-senyap. Banyak hikmahnya...kalau tak pernah buat, percayalah...kalau bukan untuk kita, maybe untuk anak-anak in future.Pastu kalau dah menyimpan tu jgnlah dok pasang angan-angan, asal raya je nak tukar langsir, itu ini..last-last duit saving tu entah ke mana.

2. Extra credit card/ Kredit kad dah tambah limit.
Aku pernah buat jugak..hehe...ok, memula katanya aku dah terminate satu kad yang mana sebenarnya masih aktif. But make sure monthly statement tu taklah sampai ke tangan dia :) Seb baik lah laki aku ni jenis tak ambik kesah bil-bil ni sume.So aku selamat kat situ. Maka, gunakan kredit kad ini hanya bila perlu atau time terdesak tahap sales handbag coach 80%. (Pernah ke?)

Biasa kalau payment cantik, pihak bank akan up kan credit limit. Ok, yang ni sampai sekarang dia tak tau yang kredit kad aku sebenarnya limit dia dah naik. Ekceli ada pro and con nya credit card ni. Aku malas nak bebel sebab benda ni dah selalu nau orang cakap. Maka, tepuk dada tanya lah mesin swipe kad kredit tu.

3. Dapat extra side income.
Diam diam je...jangan ribut-ribut. Kalau ribut-ribut, maka macam ributlah duit tu habis. Kan? Ala..kita pun tatau apa yang dorang sorok kan daripada kita. bukan apa, mesti ada! Bukan nak suspicious, tapi itu adalah kenyataan....

Ok, so far daripada pengalaman aku ni jelah..kalau ada extra nnt in future aku tambah.okies.