Thursday, October 11, 2012

Izham Warded


Tak tau cam ne nak mula.

Dua tiga kali delete ayat pertama.

Eeerrmm...6hb October hari tu Izham warded untuk kali ketiga sepanjang 5 tahun hidup dia. Izham..Izham..champion dok hospital awak ni.

Mula dengan demam. Selasa malam dia demam panas. Aku turun ambik ubat demam dalam fridge pukul 3.30am. Lepas makan ubat, siang tu demam dia kebah. Aku gi keje cam biasa bila tengok dia ok. Balik kerja ambik dia dari school pun macam dedar then aku kasi ubat lagi. Rabu malam tu dia demam lagi. Panas sangat. Aku kejut hubby ajak dia pergi klinik tapi hubby kata tunggu siang sikit.

Then siang tu rasa demam dia macam dah ok.Dah tak panas. Tapi aku bawak gak pergi klinik. Aku kata kat doktor demam dia on off dah dua hari.

Doktor check suhu.Dia kata tak demam. (aku tau lah Izham tak demam sekarang). Dia soh monitor lagi dua hari.Dia kata kalau masih lagi demam on off kene datang check balik.

Next hari khamis still macam tu.Aku just continue bagi ubat demam yang doktor tu bagi. Jumaat aku ikut abah balik Melaka. So Jumaat malam tu masih demam, aku terus bawak pergi hospital yang aku selalu pergi tu.

Terus doktor tahan, Dia suspek Influenza A sebab demam berulang and tekak Izham sangat merah. Tak selera makan... Check darah ok. Tapi bila Xray doktor kata paru-paru Izham ada infection. So memng kene stay sebab doktor nak monitor.

Ingatkan esoknya boleh balik...Tak sangka pulak sampai 3 malam kene tidur sana...Naik kematu kepala hotak aku..huhuhu..Izham lagilah bosan. Asyik cakap nak balik rumah nenek.


 Malam pertama...dia sangat weak masa ni.

 Hari kedua..dah mula bosan...

 Pelawat-pelawat

 Mama kat hospital jaga abang..Nia kat rumah nenek dijaga oleh mommy,maksu & ayah.

 Geram!

 Abang..cepatlah sembuh..

 No camera pliss...!

 Luv this moment

 kene ambik neb 4 hourly

 Such a strong boy

 Malam kedua. Double bosan.

 Hensem boy di mata mama.

 Bila dia bosan, dia ajak lepak luar wad.

 Lepak tepi lif..layan blues..

 Next day...baru bangun.

 Neb lagi

 Bila super bosan...ajak mama makan kat bawah. (sebenarnya mama pun bosan gile).Katanya nak coklat tapi siap pergi Mahkota Parade kat sebelah sambil buat muka kesian nak eskrim mcD. Beliakn dengan niat buat ubat :)

Boys gotta do what boys gotta do.

Moral: Siap sediakan anak-anak kita dengan insurance. Apa-apa hal nanti senang. Tak sampai hati nak bawak anak pergi sepital gomen tgh sakit-sakit tu. Biasalah masa menunggu tu, bertambah sakit anak-anak kecik kita.

Total bill untuk 4 hari dalam RM2260. Claim insurance. Cuma bayar dalam RM109.Tu pun untuk admission fee,lagi ape ntah eyh..tapi yang penting bukan ubatlah. Check darah, xray, charge peads specialist..sume covered by insurance.

Izham masa ni dah getting better. Improve byk.Dah tak demam malam lagi.

Hopefully Izham akan sentiasa sihat so mama and ayah tak risau lagi.




Wednesday, October 10, 2012

Mama Rindu Izham


Izham tinggalkan mama.
Izham ikut Opah balik kampung pagi tadi masa mama kat ofis.
Pagi tadi mama tak sempat cium Izham sebab Izham tido dengan Atam.
Mama rindu Izham sebab selalu kalau balik kerja mama ambik Izham dengan adik.
Selalu lepas balik school Izham terus main tab.
Bila mama suruh kecik kan volume sebab adik nak tido Izham marah mama balik.
Tapi hari ni mama balik kerja terus balik rumah.
Ayah dah ambik adik.
Biasa kalau ayah belum balik kerja, mama nak mandi, mama ajak Izham teman adik main-main dalam bilik. So adik akan leka main dengan Izham tak nangis carik mama.
Tapi hari ni, Izham takde.
Izham balik kampung.
Izham tinggalkan mama.
Mama rindu Izham.
Izham mana pernah berpisah dengan mama selama 5 tahun ni.
Walaupun Izham banyak songeh...mama tetap layan walaupun mama bebel-bebel.
Selalu kalau bateri tab dah habis Izham akan konker laptop ni tengok Otomen.
Bila mama soh kecik kan volume sebab mama nak tengok tv Izham marah mama jugak.
Hari ni Izham takde.
Adik tido.
Ayah main tab sambil tengok tv.
Mama update blog pasal mama rindu Izham.
Tadi mama mandi mama nampak baju tido Izham.
Mama pegang baju tu.
Mama cium.
Tetiba mama nangis.
Mama nangis sebab rindu Izham.
Izham baru baik sakit tapi Izham ikut Opah balik kampung.
Sape nak bagi Izham makan ubat?
Sape nak sapukan krim kat kulit Izham yang kering tu?

Izham kat kampung jadi good boy,ok!
Makan banyak-banyak sebab opah masak lagi sedap dari mama.
Tido jangan meracau racau mintak garu ye.
Nanti Izham balik lah sini cepat.
Mama takde kawan nak gaduh.
Mama takde orang nak suruh ambik itu ini.


Mama rindu Izham..