Saturday, February 4, 2012

Birthday Prezen & Baby Progress.

Memandangkan last 2 weeks birthday my laling,maka harusnya tradisi kami akan bagi hadiah.Namun begitu kami tak pernah bagi -bagi kad daripada start bercinta sampailah sekarang.Hehe..ayat yang agak skema di sini. Kalau aku bagi kali mau dikatanya buang tebiat ke ape. Jadinya hanya hadiah.

Eeerrmm...satu lagi tradisi kami mesti tanya nak ape. Kalau main beli je kang ada pulak yang tak berkenan. Baru je aku tanya,nak jam tangan ke,sebab jam Guess yang dia pakai bertahun-tahun tu dah jahanam. Tapi tak nak pulak. Last -last dia kata nak ni.....







Pic taken from google image


Errm....dah nama pun birthday,maka aku ikut je lah apa yang dia nak,janji suka kan.? Aku tak sempat nak snap yang kat rumah punya sebab entry ni di upload dari PC kat rumah Melaka yang tak de bluetooth untuk transfer gambar.

Apalagi yang buat kita gembira selain orng yang kita sayang tu gembira kan...? Hehehe..


Satu lagi...aku sempatlah pergi O&G kat Mahkota Medical Centre tu. As per the doctor my placenta dah naik atas and chances untuk deliver secara normal tu ada but depends pulak pada berat anak. Maklumlah, previous history aku, Izham hari tu tak dapat turun sebab saluran tulang aku tu sempit. Tu pun doktor kata berat Izham masa tu memang normal 3.2kg. Kalau baby kali lebih kurang berat Izham, maka kenalah aku di-ceaser-kan. Aku tak kisah janji semua selamat.

Last month we pergi scan doc kate berat baby 800g,dalam masa sebulan dah 2kg.So kalau roughly sebulan berat baby tambah 1.2kg,menjelang EDD berat dia pun lebih kurang 3.2kg, sama dengan berat Izham dulu.Jadi we harus prepare lah untuk ceaser.

Tadi masa doc kata ada chance untuk beranak normal,Ya Allah..berbayang-bayang sakit nak beranak tu kan. Terbaca recently dorang post dalam FB yang sakit kita beranak tu macam patah 25 tulang sekaligus. Aduuss...! Sebab tu ganjaran Allah pada wanita yang melahirkan anak tu, dihapuskan semua dosa. Ibu yang melahirkan itu, sucinya macam bayi yang baru lahir tu. Selain banyak lagi pahal-pahala sampingan semasa mengandung. Terima Kasih Allah.

0 comments: