Salam,
Entry yang agak beremosi sebab aku baru saja geledah blog Mazidul Akmal,cerita tentang kisah sengsara adik Faris. Apa sangatlah budak sekecil 6 tahun itu mampu harungi kesakitan dan kesengsaraan begitu. Sebetulnya,aku dah browse sikit kat ofis tadi.Tapi entah tiba-tiba perasaan aku kuat nak tengok gambar-gambar dalam blog tu. Kat opis aku tu semuanya dia nak blok.
So aku bukak balik blog tu. Comel. Faris sangat comel parasnya. Susuk tubuh tak ubah macam anak aku,Izham cuma pada hemat aku dia berisi sikit. Terus aku terbayangkan macam mana lah tubuh sekecil Izham tu, berselirat segala wayar di seluruh badan....
Masa aku browse tadi, Izham betul-betul duduk sebelah aku. Ditanya padaku
Izham : Mama, baby?
Aku: Bukan...ni abang.Abang dah takde. Abang sakit.
Izham : Abang sakit?
Aku : Ye, abang sakit.
Izham : Adik?
Ditanya perihal adiknya yang masih belum keluar ni. Diusapnya perut aku.
Aku : Adik awak ada dalam ni.
Izham : Adik sleep?
Aku sengih. Izham terus sambung main tab depan tv. Dalam hati terdetik jugak perasaan aku, adik belum keluar dah sayang macam tu. Macam mana lah adik beradik adik Faris tadi. 6 tahun bersama, tiba-tiba Faris diambil tuhan. Sebak aku baca kad ucapan kakak dia yang nakkan Faris cepat sembuh supaya dapat main badminton sama.
Aku browse lagi. Mak dia. Aduh...tabahnya wanita itu. Duduk disisi dan hujung katil anak yang dikandung 9 bulan dulu. Anak yang dijaga dengan baik selama 6 tahun, rupanya hanya pinjaman sementara daripada Tuhan. Entah macam mana lah perasaan kita kalau kita berada ditempatnya.
Kepada keluarga Faris, relakan lah pemergian dia. Kalau dia bertahan disini pun, dia pasti sengsara. Moga syurga Allah lah tempat si kecil itu.
Al-Fathihah.
Thursday, February 23, 2012
Syurga Itu Tempat Mu, Faris.
Posted by Soul Palette at 9:14 PM 0 comments
Labels: kata hati
Thursday, February 9, 2012
Ketam Goreng Tetiba Rasa Masin.
Posted by Soul Palette at 10:31 AM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Saturday, February 4, 2012
Birthday Prezen & Baby Progress.
Memandangkan last 2 weeks birthday my laling,maka harusnya tradisi kami akan bagi hadiah.Namun begitu kami tak pernah bagi -bagi kad daripada start bercinta sampailah sekarang.Hehe..ayat yang agak skema di sini. Kalau aku bagi kali mau dikatanya buang tebiat ke ape. Jadinya hanya hadiah.
Eeerrmm...satu lagi tradisi kami mesti tanya nak ape. Kalau main beli je kang ada pulak yang tak berkenan. Baru je aku tanya,nak jam tangan ke,sebab jam Guess yang dia pakai bertahun-tahun tu dah jahanam. Tapi tak nak pulak. Last -last dia kata nak ni.....
Apalagi yang buat kita gembira selain orng yang kita sayang tu gembira kan...? Hehehe..
Satu lagi...aku sempatlah pergi O&G kat Mahkota Medical Centre tu. As per the doctor my placenta dah naik atas and chances untuk deliver secara normal tu ada but depends pulak pada berat anak. Maklumlah, previous history aku, Izham hari tu tak dapat turun sebab saluran tulang aku tu sempit. Tu pun doktor kata berat Izham masa tu memang normal 3.2kg. Kalau baby kali lebih kurang berat Izham, maka kenalah aku di-ceaser-kan. Aku tak kisah janji semua selamat.
Last month we pergi scan doc kate berat baby 800g,dalam masa sebulan dah 2kg.So kalau roughly sebulan berat baby tambah 1.2kg,menjelang EDD berat dia pun lebih kurang 3.2kg, sama dengan berat Izham dulu.Jadi we harus prepare lah untuk ceaser.
Tadi masa doc kata ada chance untuk beranak normal,Ya Allah..berbayang-bayang sakit nak beranak tu kan. Terbaca recently dorang post dalam FB yang sakit kita beranak tu macam patah 25 tulang sekaligus. Aduuss...! Sebab tu ganjaran Allah pada wanita yang melahirkan anak tu, dihapuskan semua dosa. Ibu yang melahirkan itu, sucinya macam bayi yang baru lahir tu. Selain banyak lagi pahal-pahala sampingan semasa mengandung. Terima Kasih Allah.
Posted by Soul Palette at 10:28 PM 0 comments