Monday, January 9, 2012

Before The Year End

Salam Tahun Baru. Agak lama tak update di sini. Maka azam tahun baru harus lebih rajin utk update di sini memandangkan ada silent reader yang request suruh update selalu. Walaupun update hanya sekitar kehidupan aku yang tak seberapa, sederhana dan pada aku takde menariknya, tapi ada jugak yang sudi membaca. Terima Kasih ye.

Ok, dah entry pun "before year end" katenya.Makanya entry memang berkaitan dengan event2 sebelum 2011 diganti dengan 2012. Hujung tahun hubby yang suruh ambik cuti panjang. Katenya boleh rehat kat Melaka memandang aku dalam trimester ketiga,harus lebih banyak rehat-rehatkan badan. (Kantin dah lama tak beroperasi). Makanya cuti aku total 10 jugak .memang sedap cuti lama tapi nak buat cam ne badan tgh macam ni memang agak kurang selesa dan pergerakn terbatas.

ok, dah nama pun balik Melaka...memang tak sah kalau tak makan kat luar. Sarapan pun meriah makan kat luar. Abah bawak pergi satu tempat ni kat Tanjung Kling.Tempat dia very cosy,makanan sedap and banyak pilihan.

versi bangun pagi


 adik ipar den..dengan mak nenek dia


kedai yang simple tapi menu not bad :)


abah,mak and faris

Few days after tu, adik lelaki aku bertunang. Adik no.4. Tema kaler merah.Tak perasan lak aku orang kate merah UMNO. Majlis tiada kaitan dengan mana-mana parti politik hoccay..! Aku belajar-belajar buat hantaran.Alah mana yang sempat jer....Antara hantaran yang aku buat...


Ni set make-up Estee Lauder


Set perfume Lancome

 bekas cincin


 tepak sirih


 kain ela


 Coklat Patchi


Pulut kuning. Ni memang gubahan last minute. Kol 11 nak gerak kol 9 baru aku buat. Bunga pun emergency.Terpaksa petik bungan sebelah rak tv mak aku.

Ni pulak gambar keluarga before bertolak ke Muar.


Adik aku & tunangnya.

Adoi..penat memang penatlah.Aku memang tak boleh nak tolong2 sangat.Hanya yang mampu je tolong kat dapur tu.

Sehari lepas majlis, haruslah berjalan cuci-cuci mata. Dah lama mengidam nak naik Melaka River Cruise.Tercapai jugak hasrat. Mana boleh orang KL dah naik dulu daripada orang Melaka sendiri. Haha.
OK, dewasa RM10,kanak-kanak RM5.Service ni agak effisyen sebab walaupun agak ramai, tapi bot banyak. Maka tak perlu berebut-rebut ok!

Nothing better than spending times with our beloved ones kan..??


 dalam versi mama yang bam-bam...7 months pregnant


Me and him.Kualiti gambar kurang baik. Naik bot,ok.

Adik & Achik


Ok, sehingga berjumpa lagi :)


0 comments: