Thursday, September 22, 2011

Cita-cita yang tak pernah jadi nyata.

Ingat tak dulu masa kecik-kecik,guru kelas akan tanya cita-cita kita bila dah besar nanti? Kene isi tiga tempat kosong dalam kad tu.

jawapan aku masa tu:

1. cikgu
2. nurse
3. doktor

Sebenarnya jawapan tu berbeza setiap tahun bergantung pada tahap kegedikkan kita nak jadik apa atau pengaruh tv. Pernah dulu kawan saya jawapannya seperti ini:

1. kerja kilang.
2. jururawat (aku up sikit sebab aku tulis "nurse")
3. cikgu.

Aku terima kawan aku tu seadanya sebab dia nak kerja kilang :) Be positif ok...kerja kilang memang kerja kilang..manalah tau dalam kilang tu dia nak jadik General Manager ke, Operation Director ke kan..? Haa..nganga kau jah..kalau Mercedes 5 series langgar lopak air masa kau jalan kaki...! tengok2 kawan yang kau gelakkan yang nak kerja kilang tu....Malu Mak Jemah!

Maksud pengaruh tv tu,pernah dulu cerita Jepun entah apa tajuknya, tapi definately pasal pemain bola tampar profesional yang siap boleh spike pusing-pusing...lompat setengah dewan etc. Makanya, akan adalah salah satu daripada jawapan tu yang aku akan nampak "Pemain bola Tampar".Adooii...motip...?!


Dulu kerjaya cikgu ni memang tip top.Kalau kau cikgu,taraf kau dah macam menteri pembangunan wanita dah.Atau pun dalam bahasa lain, kalau mak ayah kau cikgu, kau dah taraf anak menteri dah tu. Hebat..hebat..

Masa aku sekolah asrama kat Johor dulu, setiap meja kat dalam kelas kene ada cita-citadi tulis kat sudut tepi meja. Motip : Nak soh kau belajar betul sampai tercapai cita-cita kau.



Tepi meja aku ada tulisan "Fashion Designer"...Haaa...tak taraf Victoria Beckham aku time tu...? Kakak2 senior sume pandang paisei kat aku konon aku poyo nak jadik "Fashion Designer". lantak aku lah, meja aku, aku punya suka lah nak letak apa...Hehehe...itulah antara penyebab aku jadik "kegemaran" untuk soh pi kantin lepas prep untuk belikan dorang punya goreng pisang cicah kuah kicap tu. Dem!

Tak cukup dengan tu, kat almari dorm jugak aku letak "Fashin Designer" bagi besar-besar sikit. Hrrmmm.... Puas hati aku :)


Pernah jugak aku bercita-cita nak jadik stewardess. Memandangkan aku tak cukup ketinggian, maka impian tinggal mimpi even sampai sekarang pun aku suka tengok stewardess kat luar. Comel,cantik, elegen.Nak wat cam ner tak de rezeki aku nak jelajah dunia free.



Next, aku pernah gak nak jadik doktor. Tapi cakap pakai mulut, tulis atas kertas boleh lah..Nak kejar betul-betul, tak terkejar untuk orang macam aku. Tak fokus! Fokus cepat lari! Bad Diana! Very bad. Abah pun tak galakkan sangat anak-anak dia jadik doktor. Entah, dia kata akan struggle,tak de life. hehhe..maybe dia dah tau tahap kemampuan anak dia.



Paling best,aku pernah nak jadik pilot.Huhuhu...berangan nak bawak kapal terbang konon. Alasan impian tak tercapai..Kos yang beratus ribu! Kesian lak mak ayah aku..Baik aku lupakan impian tu!

Selain tu, aku minat gak nak kerja line hotel.Dulu pernah lah time cuti sekolah buat part time kerja hotel. Memang best, makan tanggung, uniform hotel tak yah basuh, balik kerja hantar kat laundry hotel, esok ambik balik dah siap basuh. Kelas Jah!

Last-last aku tersangkut kerja kat line "Customer Service" Banyak benda yang aku boleh apply dalam real life. Contohnya, aku sekarang dah pandai komplen (hahaha) kalau aku tak puas hati. So, don't mess with orang yang ada "Customer Service" background. Selain tu, aku dapat lah menilai tahap khidmat pelanggan kalau aku berurusan secara face to face. Contoh gi bank ker, makanan segera ker...hehhe....

Errm...konklusinya, cita-cita dan impian tu sebenarnya pendorong untuk kita teruskan hidup saja. Apa yang kita akan end up satu hari nanti hanya tuhan yang tahu.Kita merancang, tuhan yang tentukan. Jika kita ada impian yang baik, maka akan jadi baik lah kita walaupun bidang tu menyimpang jauh dari apa yang kita nak.

Tuhan kan Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambanya,tak gitu?

Tayar Pancit Lagi


Entry ini khas untuk tukang tukar tayar kereta saya aka opismate, En. Hanif.

Semalam skru cucuk tayar,mana tak keluar angin. Seb baik aku ada instinct nak berentikan kereta sebelum masuk highway.So, boleh lah patah balik carik kedai tayar kalau ada yang bukak 8 malam tu.

Bad desicion.

Memang takde yang bukak.Haruslah telefon encik shuben memandangkan dia yang lebih arif bab-bab kereta 
ni. Nasib lah sebelum ni pernah tengok dia tukar tayar sendiri,makanya tak lah jakon sangat tengok si Hanif tu tukarkan tayar.

Bak kata Hanif,keluar peluh jantan.hehe..thanks beb! Malam sure tido lena plus nasib baik esok (hari ni) ko cuti kan...? Muehehe...

p/s: Nikmat makan tuhan dah pulangkan semula.(Alhamdulillah) Selera makan makin baik. Cuma still ada loya2 and sakit kepala lagi. Hopefully semua tu beransur pulih secepat mungkin. And now..every nite before tido mesti minum ni...






Wednesday, September 14, 2011

Syawal 2011

Salam.

OK, hari ni dah 15 hari kita berhari raya. Raya tahun ni sangat ala kadar berbanding tahun lepas. Almaklumlah,nak harap aku berkemas sorang-sorang dengan keadaan fizikal yang tak berapa mengizinkan memang ala kadar lah jadinya.

Tahun ni beraya di kampung encik hubby. 6 hari ok! 6 hari aku kejong kat sana.Hahaha.Nak wat cam ne dah turn sana pulak tahun ni. Seb baiklah aku tak kawen dengan orang Sabah Sarawak ke....huhuhu...

Beraya hanya sehari di Melaka,selebihnya raya di KL.

 Gambar ni di snap dalam kete, on the way nak beraya ke KL :)

One more.Laki aku kate gambar syok sendiri :P

Sempat snap beberapa keping di pagi raya.

Aku dapat rasa yang aku ni dah kurang sense untuk menulis dengan baik sejak pakai BB ni. Bukan apa, sekarang ni asyik online pakai BB.Kalau pakai BB memang kurang lah aku nak mengupdate blog sebb line yang asyik logout tetiba. Makanya, harus carik Unifi dan laptop jugak..baru mood menulis tu mari.

Lagi?

Tahun ni berbesar hati sebab mak & pak sedara sudi datang.Maklumlah, aku ni taraf anak buah je. Duduk pulak Puchong,tempat jin bertendang. Yeke tempat jin bertendang?Pada aku tak lah jauh mana, sampai je aku ni kalau ada jemputan ke mana-mana :)

Eeerm..lagi...Ahad lepas, sempatlah panggil kawan2 aku & hubby makan-makan sikit kat rumah. Percubaan pertama buat Mee Udang -- bolehlah.Aku tak berapa puas hati sebab terpedas sikit. Sian pulak anak2 dorang makan. Mana yang kuat pedas, cakap lah tak pedas. Tapi pada aku boleh sedap lagi tu,atau tekak aku memang tasteless sekarang ni?

keji tak perbuatan aku,main print screen je dari fesbuk tanpa edit kat paint? --kau memang keji nyah!! Menyempat jugaklah posing before yang lain datang :)

Esok nak balik Melaka..Yeayy...!!Cuti 4 hari nak sambung beraya kat Melaka! Home sweet home! :)