Yeeaayy...!!! Its back.Jualan gudang yang ditunggu. Just nearby my house. So apa lagi, first day aku dah ushar line ada tak barang2 yang diperlukan. Errmm...sedikit frust sbb aku actually nak tukarkan botol susu Izham. Kalo masa jualan gudang ni, botol susu Avent tu sangat lah berbaloi untuk dibeli. Kalo kat super market biasa harga nya dua bijik dalam RM95.Kat warehouse sales ni boleh dapat RM60 je untuk 2 bijik. Tapi kali ni takde. Adoi..! Yang bestnya, sangat lah banyak baju2 baby seperti yang dijual secara online sekarang ni. Segala brands yang korang nak sume ada. Dari Guess,POLO, Osh Kosh, baby GAP,semua ada. Seb baik Izham dah besar.Sebb baju untuk saiz dia limited sikit. Yang byk nya bawah 3 thn.
Kalo nak more info boleh klik http://trailsshoppers.blogspot.com/2011/06/mydear-warehouse-sale-30-june-10-july.html">di sini
Selamat bershopping :)
Thursday, June 30, 2011
Jualan Gudang
Posted by Soul Palette at 11:01 PM 0 comments
Wednesday, June 29, 2011
Walimatul Urus
Lepas hampir 5 tahun,baru ni ada balik majlis kenduri kahwin kat rumah mertua aku. Merai kan perkahwinan adik kepada suami aku. Eeerrmm....selesai sudah tanggungjawab suami aku untuk jaga dia kat sini.Hopefullyy lepas ni,suami dia pulak ambik alih ye.Selamat berbahagia lah kepada Suhaila Abdullah & Mohd Razali. Semoga bahagia hingga akhir hayat.
Hehehe..teringat pulak saat2 aku nak menikah dengan suami aku dulu.Berdebar-debar nak tunggu majlis akd nikah tu.Eerrmm..nak pulak aku ikut ke surau tempat majlis tu berlangsung.
Posted by Soul Palette at 10:25 PM 0 comments
Friday, June 3, 2011
Salam.
Adoi lately tak berkesempatan nak update..Adalah bercita-cita nak update via BB aku,tapi dah syok2 taip, terlogout pulak.Tension mak nok! Sudahnya serik nak update blog guna BB. Nanti-nantilah kalo ada mood baru update pakai BB.
Alkisahnya, di opis sekarang memang hire OKU sebab kitorang nak achieve ISO standard.In order nak achieve ISO tu, salah satu syaratnya adalah berupaya menggaji dan menyediakan prasarana untuk kaum yang kelainan upaya ni. Maka dalam opis tu banyak lah kemudahan yang dipermudahkan lagi untuk yang kurang upaya ni. Antaranya yang ketara adalah toilet.Toilet dah diubahsuai supaya mesra OKU. So adalah cubical ni diperbesarkan untuk senang wheelchair masuk sekali.
Selain tu, tag in dah tak payah nak key in no.staff lagi. Tag in je,pintu akan outomatik bukak sendiri.Dulu pintu kene tolak manual dan kene masukkan no.staff lepas tag in.Senang nanti yang mana kurang anggota atau ber wheelchair,boleh terus masuk.
Satu lagi, diadakan lorong untuk senang wheelchair ditolak. Kalo dulu, camne nak cakap ye...dulu kalo ada lantai yang kita kene step up sikit, lantai tu dari hujung sana sampai hujung satu lagi,takde ruang untuk tolak wheelchair,dlm kata lain kene ada orng lain tolak kan sikit wheelchair tu.
Ok,tu antara hal2 prasarana atau kemudahan untuk diorang. Cerita disebalik rakan sekerja ni banyak ikhtibar dan pengajaran yang aku boleh ambik. Bila aku tgk orng2 OKU ni,terus jadi insaf pada diri sendiri.Sekarang kurang dah merungut pasal fizikal aku yang tak perfect ni. Dah kurang merungut pasal aku berisi lah,muka chubby lah,etc. Sekarang ni kene terima dengan hati terbuka sebab ramai lagi yang lebih malang daripada aku.
Ada antara mereka yang tangan setakat bahu je.Ada yang kaki pendek sebelah.Ada yang kaki kecik sebelah. Ramai jugak yang berwheelchair. Aku salute dorang ni. Walaupun dorang kurang upaya,tapi dorang tetap survive dalam hidup ni. Kalau jumpa kat kedai makan bawah opis tu,aku rasa nak tolakkan je wheelchair tu.Tapi dorang dah biasa dengan keadaan dorang so dorang selesa buat sendiri.
Tu semua dugaan tuhan.Tak semua orang bernasib baik. Jadi bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kalau rasa tak cukup,harus berusaha;bukan berungut.Tuhan Maha Adil.Dia tahu part mana nak bagi kita lebih,part mana nak bagi kita kurang. Tu semua dah tertulis sejak kita dalam rahim ibu lagi.
Eerrmm...sampai sini dulu ya. Nanti kita sambung lagi.
Posted by Soul Palette at 9:25 PM 0 comments
Labels: renung2kan dan selamat beramal