Thursday, January 20, 2011

Happy 3 Series Sayang





Happy Birthday Sayang.



No words can express what you mean to me.






p/s: Esok birthday hubby saya.





Monday, January 17, 2011

Golden Globe Fashion

Majlis Anugerah & Fashion tak boleh dipisahkan.Memandangkan Golden Glode baru ni..jom kita jadi Rizalman dengan mulut laser dia kejap.OK, senang kate jom kita bagi rating 1-10. 10 tu terbaik lah..



Boleh tahan..Aku bagi 7setengah.


Too simple and too play safe..aku bagi 5.


Baju cantik tapi rambut too simple...Aku bagi 8


Baju and rambut dua-dua serabai...5 je.

Fesyen cam ni pun dah selalu nampak kat red carpet.Tapi rambut awesome.Aku bagi 7.


Aku tak caya mula2 minah ni adalah Christina. Dah bam-bam! Aku suke baju ni,nampak best je kain duyung tu..Tapi seingat aku Beyonce' pernah pakai fabrik corak ni jugak :) 8 ok?

 No komen.Aku bagi 8.

Minah Sandra Bullock ni aku rase dia kene pecat hair dresser dia sebab malas :) Rambut dia pada aku tak sesuai you! 6jer..


Makcik ni pulak, aku rasa dia kalau ponytail pun cantik.tak tau nak komen ape sebab aku rase layer luar tu macam kureng sesuai..Tapi bolehlah aku bagi 7.5

Ni aku rase THE BEST! Dress, rambut and cluth memang sesuai.Cuma kalau tambah rantai lagi nampak extravaganza! 9.5 dari aku :)

Makcik ni nampak makin kurus kan?Penat jaga anak kot..Hijau Emerald ni memang sesuai dengan SALT ni..Tapi aku rase ni bukanlah best dress yang dia pernah pakai. Dress2 sebelum ni lagi boombastic aku rase.So..dia kalah dengan eva kali ni..aku bagi 8.

Disaster.Out! Oleh sebab dia pakai baju..aku bagi 1...kalau die datang bogel baru aku bagi 0.

Something wrong somewhere.Lengan dress tu macam tak jadi. 5 jer.

Aku rase rambut dia dari dulu cam ni jer.Bosan!Dress..? eerrmm..! 6.5 jer.



Sunday, January 16, 2011

Sunday,please stays a bit longer.

Hari ni Ahad. Aku kat Melaka. Cadangnya Encik hubby nak balik sekali ke sini.Sudahnya singgah sekejap je itupun hantar quotation and samples chemical kat a few hotels around Melaka ni. Hopefully tahun ni murah lagi rezeki kitorang.Kalau dapat,alhamdulillah...boleh tambah anak and beranak kat hospital swasta macam Izham dulu :)

Lately ni, asyik pening kepala and rasa loya2 nak muntah bila mengadap PC lama-lama. Chop! Bukan itu.Dah check and bendera Jepun baru turun,ok. Entah..Encik hubby suruh check Dr. tapi aku tak pergi lagi.Malaslah..kang entah ubat ape2 yang dibaginya.But seriously,benda ni aku dah rasa dalam 2-3 minggu lepas.

Adoii..esok dah Isnin.Lately rase malas nak kerja. "Resign" tu selalu sangat dah aku sebut kat Mr Hubby.
Patutnya tahun baru ni lagi semangat nak kerja. Ni tak..mana tak nya,rasa macam jadi mangsa keadaan dalam kes ni. Yang lain dok pulun buat kerja,aku ni masih terkial-kial nak mula. Dengan sistem macam sial. Dengan agent semu kat PV.Nak coaching pun susah. Aku diam je.Hari ni hari aku.Esok lusa hari kau.Moral down.Pull Stop.

Sunday,please stays a bit longer...

 

Sunday, January 9, 2011

Projek Di Dapur...(Agar agar karamel)

Wahh..tajuk entry macam "sesuatu" gitu...Hari ni,bosan-bosan kat rumah,almaklum lah hari Ahad, itu incik hubby sibuk kat opis pulak...Tukang kacau sedang tidur,maka dapatlah buat projek ni dengan tenang.

Karamel ni tak guna telur macam karamel biasa.Sesuai untuk orang2 yang nak diet macam aku ni.. Buatnya sangat lah senang..Jom...Mak Jah tunjuk kan.... (Apsal Mak Jah pulak ni..??)


8g serbuk Jelly
600ml air (lupa pulak nak snap yang ni)


300ml susu cair


120g gula halus


1 camca besar tepung kastard


1camca teh esen vanilla


¾ cawan gula pasir (untuk karamel)


3 camca besar air (untuk karamel)

Masak gula pasir dengan api sederhana hingga cair,kacau perlahan-lahan hingga kuning dan berbuih.

Tuang air dan kacau sebati.Masak kejap hingga pekat,angkat dan tuang dalam bekas.Macam ni...




Satukan susu cair dan tepung kastard,kacau dah tapis.

Satukan gula halus,air dan serbuk jelly,kacau dan jerang atas api.Kacau hingga larut dan mendidih.

Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu dan tepung kastard.Kacau rata.

Masak hingga sedikit pekat (bertali), matikan api dan tuang dalam bekas karamel tadi.Macam ni..


Lepas setengah jam, masukkan dalam peti ais...sedap dimakan sejuk2..!

Maka hasilnya..


Dari pandangan atas.Kalau nak cantik sikit, masuk lah dalam bekas feveret korang..Mak Jah ni,askar ramai dalam rumah...tak de maknaya nak buat bekas kecik2 tu...buang masa den...


Ni pandangan yang menggiurkan sikit...Memang sweet dan nampak glassy...Konpem sodap :)

Dan ini..Mak Jah sebona nye baru blaja setting camera DSLR-lah-sangat ni...Makanya, poyo lah sikit nak ambik gamba lebih-lebih...

Okies..Selamatlah mencuba ye :)

Saturday, January 8, 2011

Duduk Diam Dalam Dendam



Orang kata,kalau tengah marah baik duduk diam-diam, jangan cakap. Biarlah menggigil tahan marah. Biar.
Pernah dulu, aku marah.Sangat marah. Mulut pula tak dapat menahan apa yang hati cakap. Maka, malam itu jadi  tunggang langgang. Yang disakiti bertambah sakit, yang menyakiti tak tau sampai bila insafnya.

Hari ni aku ambil keputusan untuk diam.Duduk diam-diam sambil tangan bercakap bagi pihak hati. Itu lebih baik.Kalau mulut yang bercakap bagi pihak hati..maka malam tunggang langgang itu ada kemungkinan akan datang lagi.Aku benci!

Tapi apa yang aku dapat kalau duduk diam dalam dendam? Aku bukanlah jenis yang berdendam.Tapi apa yang orang buat kat aku, aku ingatlah.Orang kata hidup ni Karma, maksudnya circle of life. Dulu aku tak percaya karma ni. Tapi sekarang aku dapat rasa bad karma tu memang sedang berlaku kat aku. Susah nak cakap.Complicated.

Makanya, haruslah selalu kita berbuat baik kepada manusia.Walau macam mana pun kita disakiti, bawa-bawalah mengucap, ingat Tuhan.Sembahyang. Insya Allah, jiwa tenang.

Kalau aku tengah mood jiwa kacau ni...Aku selalu teringat kat wanita ni....



mak...i miss u...!!

Monday, January 3, 2011

Luvly Brownies

Yum...yum...mood untuk makan brownies telah tiba. Makanya, memandangkan Mr.F dan Fuad Jr tiada..haruslah aku melayankan tekak ni.(Ada ape2 ker...hehhehe..!!)

Jadi inilah hasilnya...


sila jeles...memang sedap...untuk cara-cara membuatnya bila scroll ke bawah...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sila dapatkan pek ini dimana-mana pasar raya :)


Sunday, January 2, 2011

Happy New Year

Salam Tahun Baru.

Setahun lebih berusia.
Setahun lagi mencintai dia.
Setahun lagi bersama si kecik pengubat duka.
Setahun lagi harap bertambah solehah nya.
Setahun lagi menjadi anak dan menantu kepada orang tua tercinta.

Hati yang aku jemur sampai kering tahun lalu, nak aku ambil balik dan simpan di tempat yang sepatutnya.
Bersama keringnya hati itu dek di makan terik matahari dunia, maka sudah tiba masanya hati itu mendamping tuan nya. Segala yang ternoda oleh udara yang membawa virus dan bakteria yang bisa merosak hati itu semasa ia di jemur di bawah mentari.

Dua hari dah berlalu. Dua hari aku dah lalui tahun baru. Dua hari tanpa Mr.F dan Izham. So, adalah masa untuk diri sendiri :) Eerrmm...memandangkan esok adalah hari terakhir YES, maka aku haruslah lakukan sesuatu untuk diriku sendiri.

Maka terbeli lah aku dua pasang kasut ni :)


sila abaikan jenama yang tak berjenama tu...suke sbb kaler yang sweet and tapak dia very comfort :)


memandangkan wedges tgh in sekarang ni..makannya aku pun terjebak jugak.Wedges aku yang lain sume dah jahanam.

 One more for me..after a year of hard work..hahaa..alasan !

 harusleh rembat dua sbb tgh sales :) jgn terpedaya dengan jenama itu. Sbb mmg tgh murah.