Sunday, October 31, 2010

Ikhlas



Dulu masa aku sekolah, pernah dengar ceramah yang keikhlasan seseorang tak boleh diukur di dunia.
Contoh, biasa baca dihujung surat atau signature; 

Yang Ikhlas,
Kasi Bin Tak Kasi

Atau contoh lain, ada orang bercakap sejauh manakah keikhlasan cinta anda? dan sebagainya.
Penceramah tu kata, keikhlasan adalah antara kita dengan tuhan. Hanya tuhan yang tahu sejauh mana keikhlasan kita itu.

Tapi macam mana kalau hidup kita tak ikhlas? Tak ikhlas memberi sebab terpaksa buat. Tuntutan masyarakat katanya. Atau tuntutan keluarga katanya.Hati berbelah bahagi antara kasi dan tak kasi. Kang kalau kasi, aku merana. Kalau tak kasi, orang mengata.

Sekarang ni aku dah bagi, tapi sebab terpaksa.Kalau betul keikhlasan tu antara aku dengan tuhan, aku yakin tuhan Maha Tahu. Markah aku daripada 10 dapat 1 atau 2 je lah. 

Sebab apa? Sebab bagi dengan tidak sepenuh jiwa.
Sebab apa? Sebab memberi kerana aku kena ikut cakap si polan.

Tapi yang si penerima tu pulak, orang dah berbudi tak boleh ke engkau berbahasa? Terkeluarkah mutiara dalam mulut engaku itu  kalau kau cakap "Terima Kasih"? Susah sangat ke nak sebut "Thank you". Kau ingat kau siapa? Atau aku bukan siapa-siapa dalam hidup kau? Kamon..kalau aku boleh pilih siapa kau dalam hidup aku, konfemlah aku tak cari kau.Oleh kerana aku sayang sama si polan itu, adakah aku punya pilihan untuk tidak merelakan engkau masuk dalam hidup aku?Demmit!

Aku akan bebas. Aku tahu aku akan bebas satu hari nanti.Tapi berapa lama? 5 tahun?10 tahun? Berapa lama lagi aku harus berpura-pura dalam wilayah aku sendiri? Berapa lamakah lagi aku boleh anggap wilayah itu memang betul-betul kepunyaan aku?Berapa lamakah lagi aku harus menjaga tatatertib aku dengan si polan jika Allah telah menghalalkan sesama kami? Ada kau kisah? Ada pernah terdetik dalam hati kering engkau itu yang kau harus hormati ruang kami. 

Maka--harus kah aku katakan di sini? Lu fikirlah sendiri!

0 comments: