Sunday, October 31, 2010

Ikhlas



Dulu masa aku sekolah, pernah dengar ceramah yang keikhlasan seseorang tak boleh diukur di dunia.
Contoh, biasa baca dihujung surat atau signature; 

Yang Ikhlas,
Kasi Bin Tak Kasi

Atau contoh lain, ada orang bercakap sejauh manakah keikhlasan cinta anda? dan sebagainya.
Penceramah tu kata, keikhlasan adalah antara kita dengan tuhan. Hanya tuhan yang tahu sejauh mana keikhlasan kita itu.

Tapi macam mana kalau hidup kita tak ikhlas? Tak ikhlas memberi sebab terpaksa buat. Tuntutan masyarakat katanya. Atau tuntutan keluarga katanya.Hati berbelah bahagi antara kasi dan tak kasi. Kang kalau kasi, aku merana. Kalau tak kasi, orang mengata.

Sekarang ni aku dah bagi, tapi sebab terpaksa.Kalau betul keikhlasan tu antara aku dengan tuhan, aku yakin tuhan Maha Tahu. Markah aku daripada 10 dapat 1 atau 2 je lah. 

Sebab apa? Sebab bagi dengan tidak sepenuh jiwa.
Sebab apa? Sebab memberi kerana aku kena ikut cakap si polan.

Tapi yang si penerima tu pulak, orang dah berbudi tak boleh ke engkau berbahasa? Terkeluarkah mutiara dalam mulut engaku itu  kalau kau cakap "Terima Kasih"? Susah sangat ke nak sebut "Thank you". Kau ingat kau siapa? Atau aku bukan siapa-siapa dalam hidup kau? Kamon..kalau aku boleh pilih siapa kau dalam hidup aku, konfemlah aku tak cari kau.Oleh kerana aku sayang sama si polan itu, adakah aku punya pilihan untuk tidak merelakan engkau masuk dalam hidup aku?Demmit!

Aku akan bebas. Aku tahu aku akan bebas satu hari nanti.Tapi berapa lama? 5 tahun?10 tahun? Berapa lama lagi aku harus berpura-pura dalam wilayah aku sendiri? Berapa lamakah lagi aku boleh anggap wilayah itu memang betul-betul kepunyaan aku?Berapa lamakah lagi aku harus menjaga tatatertib aku dengan si polan jika Allah telah menghalalkan sesama kami? Ada kau kisah? Ada pernah terdetik dalam hati kering engkau itu yang kau harus hormati ruang kami. 

Maka--harus kah aku katakan di sini? Lu fikirlah sendiri!

Thursday, October 28, 2010

Sg Congkak

ok...ini late entry...hari tu Mr F bawak mandi manda kat sg.congkak dengan geng2 tempat kerja dia. Actually, its been a while jugak tak buat aktiviti tu dengan dia.So tugas aku that day adalah menyedia bihun goreng, air minuman, buat jelly (manisan) and goreng nugget n sosej...hehe...menu standard untuk berkelah kan..???










adoilah..~

Aduii..bila lah aku akan dapat masa yang sesuai untuk aku membebel-bebel dalam ini blog...Baru nak dapat mood..."mama..shuhu.." baru nak start..."mama..yak.."baru nak taip..adaje yang datang mengganggu. Even mase tengah taip ni pun die dok datang kat sini tekan keyboard yang entah apa-apa entah....

Adoiiilah Izham...


ingatkan yang kecik jer..si tua bangka pun nak interframe

/

Wednesday, October 27, 2010

seorang dia (piccas uploaded)

Seperti N3 lepas, entri khas untuk seorang bernama Fynn Jamal.

Nah, ini gambar2 di Bengkel Tulis hari tu.

makan time..soto by Fynn..giller mengidam aku dengan soto kau..

berFB mase launch

the piano & guitar

anak-anak remaja..sebab aku antara yang paling kertu..

haa tu..kan aku dah interframe..

bersemangat & berapi

aku ingat si Fynn ni buat bengkel pakai ala2 kot ke blazer ke..tapi korang tgklah minah ni cam ner..

sign autograph

budak-budak yang terjebak dengan bengkel yang sempoi

aku & fynn(sila jeles)

Tuesday, October 26, 2010

Yeaay...!!

At last aku lepas dari belenggu dunia-tanpa-internet. Sejak pindah rumah baru ni, konon-konon port streamyx penuh, aku try lah Celcom Broadband tu.

Macam haram.
Macam siput.
Macam lahanat.

Hari ni installer UNIFI (please google kalo tak tau) datang pasang. Lega. Rasa terputus hubungan dengan dunia kalau tak de internet kat umah. Dah lah Mr F asyik keje malam je. Penat2 layan si kecik tu, nak jugak browsing facebook. Kalau guna Celcom BB, tambah pening and hati panas aku.

Bayaran dia memang agak mahal sikit lah.But, do i have a choice? Yes, i do tapi aku lah yang kene tanggung azab sengsara (hebatnye penangan internet dalam hidup aku) kalau line tu kejap-kejap disconnect. Kejap-kejap kau kena reconnect.WTF!

So berbalik pada cerita installer tadi, mulanya cicit Pak Majid(merujuk kepada rakan setangki aku). Aku saje-saje je nak try register. Kot kalau nasib baik, port streamyx takde, port UNIFI banyak. Tengok-tengok application aku lepas. Yes..!

Tadi dah siap-siap pasang semua goes well. Hopefully aku bolehlah langsaikan hutang gambar-gambar yang aku nak upload, yang kawan2 aku dok tunggu dari dulu...Errm..banyak benda nak buat dengan kelajuan internet yang mencecah 5Mb ni.Huhu...

Tuesday, October 19, 2010

Seorang dia

Sang hubby tiada. Sang manja di atas, layan cd fav dia. Sang aku, di sini. Dari tadi mencari dan tercari-cari perkataan pertama untuk memulakan yang tiada. Telah diajar untuk tidak memaksa, telah terbiasa untuk membiarkan tanpa paksa rela.

Kini ada. Apa yang nak dikhabar datang dengan rela,tanpa paksa.

Seperti dijanji dalam entri lepas, aku dah jumpa dia.Di alam nyata..Siapa?

Fynn Jamal.Di Bengkel Tulis.

Aku pun tak pasti apa yang membuatkan aku nak join bengkel ni. Padahal aku baru je tau sape Fynn Jamal tu.Mula-mula memang 50-50 je nak pergi.Tapi bila tau venue di Sri Kembangan, terus rasa nak join. Adik-adik bengkel yang lain jangan marah yer..Kak Diana join bengkel ni macam tu jer...Hehe..

Banyak benda nak cakap pasal minah ni. Duduk sejam macam dah 10 tahun kenal.

Dia besi. Dia kayu.Dia batu.Semua dia.

Susah nak cakap kat sini. Kene join bengkel dia, baru tau betapa gila dan merengnya perempuan ni.

Yang penting dia kool & Superb..


Fynn...Terima Kasih untuk ilmu itu.

Friday, October 15, 2010

Akan berjumpa seseorang

Hari Ahad ni.
Ada temu janji.
Dengan seseorang.
Tak kenal.
Hanya kenal di alam maya.
Tapi excited.
Nak jumpe dia.

*sengeh*

2-3 hari ni.
Berbalas email.
Berbalas sms.
Tapi excited.
Nak jumpa dia.

Errmm..
Nanti dah jumpa aku update yer.
Letak gamba sekali (hopefully).
Tapi excited
Nak jumpa dia.

Tanak ajak yang lain.
Sebab korang mungkin ketawakan aku.
Segan.
Mesti korang tak espect aku nak jumpa dia
Excited.

Ahad - aku tunggu kamu..!

Thursday, October 14, 2010

idea

idea..idea..mari lah ke sini

Wednesday, October 13, 2010

Terima Kasih Allah


For the Rest of My Life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the Rest of My Life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you


Musim Maher Zain.
Aku try google lagu ni.
The rest of my life.


Aduh.
Syahdu.


Teringat sang kekasih.
Terima Kasih Allah.
Bagi dia untuk saya mencinta.
Dan dicinta.

Friday, October 1, 2010

Sudah lama.

Sudah lama - tidak membebel-bebel. Musim raya, musim busy makan sana sini. Cuti lama & kerja banyak pending.Haisshh...!!

Mula bulan baru - lega...! Al-maklumlah sume yang tertangguh harus ditunaikan sebelum hujung setiap bulan.So hari ni boleh ber"lalalalalalala"...Hehe.Bos takde.Kerja dah siap :) Mak suke nok! Esok Sabtu.

Ape?? Sabtu?? Keluarga mertua ku nak datang beraya.Satu kapal.

Dup dap dup dap. Ape aku ni? Macam lah baru kahwin.Dah 4 tahun, ok! Perkara paling aku concern - masak & makan.

Eerrmm...memang boleh campak ape-ape dalam kuali.
Memang boleh hidang setiap yang mampu dibeli...Tapi kenapa dengan aku ni?

Sigh..!