Wednesday, August 25, 2010

Mengapa Yahudi Bijak

Ye..setelah sekian lama..baru semalam saya berpeluang tgk berita di satu stesen tv swasta ni.

Mak aii..terperanjatt beruk saya bile dengar berita ayah sembelih anak umo 3 thn.Bayangkan anak sebesar Izham tu, ape aje yang boleh dia buat untuk pertahankan diri. Mak die yang helpless mesti redha dan terima qada' dan qadar Allah, nak² dalam bulan pose macam ni.Moga² mereka dilindungi Allah lah hendaknya.

Dan tadi, saya terbaca 1 post dalam FB saya bertajuk "Mengapa Yahudi Bijak".
Artikel yang panjang meh saya pendekkan.

Kate dia seorang doktor falsafah yang buat kajian tentang mengapa kaum Yahudi tu bijak dan hebat. Boleh mengusai ekonomi dunia, yang bijak pandai dalam segala bidang semunya dikuasai oleh Yahudi.Sampaikan design terbaru Jeans Levi's pun direka oleh budak² sains fesyen disana. (Baru saya ingat nak dapat 1 sempena raya ni..haruskah saya membeli?)




Katenya sepanjang pemerhatian dia nak siapkan tesis selama 8 tahun, die perhatikan segala adat resam, pendidikan, pengaruh ibu bapa, persiapan kehamilan, kelahiran dan cara hidup yang disusun atur bergenerasi lamanya.

Plus, ibu² Yahudi yang mengandung, dari awal kehamilan dorang bykkan makan ikan, buah badam dan salad.Dorang byk buat latihan matematik (utk bby dalam kandungan,ok) katenya nak latih otak anak berfikir.
Dorang dengar kan muzik dari dalam kandungan (untuk umat Islam baik dengarkan bacaan al-quran).



Perokok disana kene boikot sebab rokok boleh menyebabkan gen jadi lembab dan bodoh.Tapi tgklah sape pengeluar rokok terbesar dunia?Kaum mereka jugak!




Bila dah besar dan bersekolah, anak² diwajibkan belajar piano dan biola sebab 2 alat muzik ni melatih minda memfokus dengan lebih baik.Digalakkan bersukan terutama olahraga, dart, memanah - sama jugak memerlukan daya fokus yang tinggi.



Bila dah masuk universiti, dorang yang ambik bissness kene buat sales bersama group 10 orang dengan keuntungan US$1 juta, baru dikira lulus,ok.Sebab tu dorang boleh kuasai separuh dari ekonomi dunia. Sampai boleh wujudnya Starbuck, DELL,ape lagi eyh..? byklah sebenarnya barang² Yahudi dah masuk negara kita tanpa kita sedari.



Kate prof tu lagi, tesis die tak de kaitan dengan politik dunia yang mengecam kaum Yahudi yang dilaknat tuhan itu.Amalan merekan selalu mengangguk²kan kepala supaya gen² positif dapat disalurkan,sama macam umat islam sembahyang.Dan dia bandingkan kaum hebat lain iaitu Jepun.Orang² Jepun pun makan Sushi (ikan) dan selalu angguk²kan kepala. Fakta atau kebetulan?




Marilah kita sama² renung²kan....

0 comments: