Thursday, May 6, 2010

Selamat Hari Ibu

Hari Ibu di Malaysia disambut setiap Ahad kedua bulan May. Tahun ni hari Ibu jatuh pada 9 May 2010. Saya ingin ucapkan Selamat hari Ibu kepada ibu saya dan ibu mertua.

Sejak bergelar mama ni, baru lah saya tahu betapa besar pengorbanan kaum ibu ni.



Membayangkan betapa sakitnya nak melahirkan seorang anak.Itu lah sakit yang paling sakit saya pernah rasa sepanjang hidup saya. Tuhan telah meletakkan betapa tinggi darjat seorang ibu.



1. wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya dapat satu pahala haji.



2. satu titik susu yang disusukan kepada anak itu dikira satu pahala



3. wanita yang memberi susu badan pada anaknya yang menangis, allah beri satu tahun pahala solat dan puasa



4. wanita yang menyusu anaknya sehingga tempoh 2 tahun, maka syurga wajib untuknya



5. seorang ibu yang tidak selesa tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba



6. seorang ibu yang tidak cukup tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan seluruh dosanya



7. bila dia hiburkan hati anaknya allah beri 12 tahun pahala



8. apabila seorang wanita membasuh pakaian suaminya maka allah mencatat baginya 1000 kebaikan dan diampunkan 2000 kesalahan dan setiap yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan allah mengangkat 1000 darjat





Pada tahun 2002, emak saya diserang agin ahmar. Doktor bagi masa 6 bulan untuk mak saya hidup. Masa tu saya merayu pada tuhan supaya bagi saya peluang kedua untuk bersama mak saya, untuk menebus dosa2 saya yang lepas kepada mak saya.



Tuhan Maha Mendengar. Dia dengar permintaan saya.Dia dengar rayuan saya. Dia makbulkan doa saya. Sampai sekarang, Alhamdulillah mak saya masih bernafas. Mak sempat tengok siapa pilihan teman hidup saya.Mak sempat tengok cahaya mata saya. Kata mak, si kecik tu sama nakal semasa saya kecik.Jadi, saya dapat membayangkan betapa penat mak menjaga saya mase kecik dulu.





Mak saya seorang yang pembersih (tak tau boleh guna ke word ni to describe her). Rumah memang sentiasa bersih, dapur jangan cakap lah. Baju-no complaint sebab memang bersih. Masak-number one. Menjahit – pandai. Cuma 1 pantang mak, die memang tak kan iron baju-tak tau kenapa. Pernah sekali mak nak tolong iron kan baju abah, sampai terbakar iron board tu. Hehe..! nasib baik bukan baju yang terbakar.Selama ni kemeja abah, abah yang gosok sendiri. Tak pun bagi adik yang gosok. baju sekolah kitorang adik beradik memang kene gosok sindiri.

Mak saya bukan lah seorangyang outspoken.Dia seorang yang simpan sumthing to herself kalau ade mende yang die tak puas  hati atau tak suke. Dah lama sikit baru die cakap. Tu pun kalau isu tu dah sejuk.

Mase raya mak selalu buat kuih tat. Tat tu adalah trademark mak saya sebab memang sedap. Adik mak yang saya panggil pak itam memang suke giller kat kuih tat yang mak saya sampai selalu mak tapau kan time die datang rumah beraye.

Sekarang mak dok rumah, tak keje.Dulu die buat macam- macam kerja nak besarkan kitorang 5 beradik.

Sempena hari Ibu, saya nak wish mak Selamat hari Ibu. Mak saya adalah mak yang terhebat..! I luv u mak..! Muahh..!! Muahhh..!!


ni lah mak saye :)

0 comments: