Thursday, April 1, 2010

Haslina, kami sayang kamu...!

Entry kali ini saya tujukan khas untuk kawan saya, Haslina.

Sebelum ni saya ada mention saya pergi melawat rakan saya di hospital, dia lah Haslina.

Waktu entry ini ditulis, alhamdulillah dia beransur sihat. Hati kami semua, rakan sekerja nya 2-3 hari lalu memang tak keruan mendengarkan berita demi berita tentang tahap kesihatannya yang semakin hari semakin merosot. Bersama melawan penyakit itu- adalah anugerah tuhan yang tak ternilai harganya dalam dunia ini - anak. Ya, Haslina bersama anak dalam kandungannya yang berusia 6 bulan (kalau tak silap) terlantar di ICU beberapa hari lepas dengan sokongan mesin bantuan hayat (subha nallah).


L2R : naza, me & Haslina

Hanya tuhan saja yang tahu macam mana perasaan ahli keluarga terutama ibu bapa dan suami Haslina.

Pada tuhan saya minta agar Haslina diberi peluang kedua untuk hidup.

Pada tuhan saya minta agar anak dalam kandungan itu diberi peluang untuk melihat dunia dan berbakti kepada ibu bapanya..

Pada tuhan jugak saya minta agar tuhan kuatkan semangat Haslina dan ahli keluarga agar dapat menempuh saat2 ini.



Bershopping di Bandung

Bila dapat tahu dia terlantar bertarung nyawa, semua memori dengan dia macam flashbak dalam fikiran saya ni. Haslina yang saya kenal sangat cool, sopan,baik dan soft spoken. (Siapalah saya untuk mengadili nasib yang menimpanya)

Paling saya ingat dia memerhatikan telatah kami semasa berkaraoke di Bandung Januari lalu. Dia tak nyanyi, tapi gelak memanjang esp kalau hubby die test suara. Yang buat kami close, 4 hari jelajah kota Bandung- semua kami (satu rombongan) redah bersama...


nak berkaraoke

Haslina, be strong...get will soon, dear...! We will always love you..

Doakan yang terbaik untuk Haslina

0 comments: