Serius, sewaktu kecil saya tidak pernah berangan untuk jadi birthday girl paling glamour di alam semesta…(agak over menggunakan perkataan “alam semesta” itu).Pada saya birthday hanya lah hari ulang tahun kerana saya tak pernah didedahkan dengan majlis hari jadi yang meriah dan happening. Hanya pada umur saya 15 tahun, baru lah saya berkesempatan meraikan hari jadi sepupu saya yang pada waktu itu berusia 17 tahun..sweet 17 lah kata kan…
Kemudian saya hadiri pula majls hari jadi anak kawan saya tahun lepas.Ini majlis paling gempak pernah saya hadiri..huhu..dah macam nak kawen satu lagi saya tgk si ejan ni..(ejan adalah kawan saya- bapa kepada si birthday girl yang berumur setahun itu..)
Korek punya korek….memang sah..kos untuk majlis tu memang lebih kurang harganya dengan sebijik motor RX-Z jika dibayar cash…(saya kurang arif pasal market price motor ni..saya tahu RX-Z ini pun sebab adik lelaki saya- si Fendi tu - beria nak kan sangat motor ni semasa zaman rempitnya). Kalo nak view gambar2 birthday party tu boleh ke blog mak nye di http://meamyra.blogspot.com.
So Sabtu lepas, saya dan Mr hubby bawak Izham sekali lagi ke birthday party dua pupunya (sepupu saya punya anak-apakah nama relation itu..? aduh..saya kurang arif tentang ini). Majlis yang sederhana tetapi meriah dengan hadirnya saudara mara saya yang besar dan “besar-besar”…Makanan..??superb-ini yang paling penting dalam mana-mana majlis tak kira besar atau kecil..huhu…Kek pun terbaeekk..sebab tuan rumah every year without failed akan served birthday kek yang best ini…Untuk birthday boy yang bernama Muhammad Naufal Taqris..saya dan hubby belikan sepasang baju tidur berwarna merah..hopefully it can fit you…Happy Birthday dear..!
Izham (as usual) really enjoyed himself there…Asyik dengan belon2 yang berwarna warni tu, goodies bag, foods and most important boleh lari-lari ke sana ke sini dengan kawan-kawan dia.Nasib baiklah ayah dia ada….
0 comments:
Post a Comment