Sunday, March 28, 2010

Resipi Kek Marble

Hurrmmm...hari ahad yang membosankan. Si kecik n daddy takde. So, ni lah aktiviti saya :)

300g mentega
280g tepung gandum *
1 camca teh serbuk penaik *
1 camca besar susu tepung *
( tanda *, campurkan dan ayak)
5 biji telur
250g telur castor
1 camca besar ovalatte
30g gliserin
20g air
1/2 camca teh esen vanilla
serbuk koko
pewarna- ikut suke nak kaler ape


1) pukul mentega hingga kembang





2) masukkan tepung yang telah di ayak. Gaul rata dengan mentega. Ketepikan.





3) Satukan telur, gula dan ovallette.




4) menggunakan kelajuan tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu.




5) Masukkan dalam adunan 2) sikit2 hingga gebu.





6) Masukkan gliserin, air dan esen vanilla. Gaul rata.



7) bahagikan adunan kepada 3.
8) 1 bahagian gaul bersama serbuk koko (kuantiti terpulang)




9) 1 bahagian lagi masukkan pewarna.







10) masukkan adunan ikut turutan,ok...baru nampak cantik bila dah siap..!








Dah siap boleh bakar :)











Hasilnye :)







Selamat mencuba :)



Friday, March 26, 2010

Saya adalah saya...so..????

Lupakan Faizal Tahir yang macho itu buat seketika...

 
Al-kisah, saya sangat pressure minggu ini.

 
  • pressure dengan kerja.

  • pressure dengan life saya.

  • pressure dengan tamplate blog ni yang tak boleh nak add gadjet lah pulak.

  • pressure dengan sikap orang2 di sekeliling saya.

 

 
Mulanya, hari ni saya pergi ke PPUM menjengah kawan kerja yang pregnant 6 bulan tapi admitted sebab batu karang. Alhamdulillah, tengok die sihat cuma bile dengar cerita, berapa jam baru dapat baring di katil wad..aduh, saya agak fobia dengan servis hospital begini..Saya ada pengalaman yang buruk deal dengan hospital-hospital cam ni.

 
 

 


 
Waktu Izham demam panas, semasa umur 8 bulan, saya bawa budak kecik tu ke Hospital Serdang. TUNGGU @ BALIK tanpa jumpa doktor- itu saja pilihan yang saya ada. Izham bukan saje merengek, tapi dah menjerit-jerit menahan sakit dan tak selesa dengan orang yang ramai kat situ. Saya ke satu bilik, mintak belas ehsan kalau2 budak kecik tu boleh diberi keutamaan.


 
Jawapan: NEGATIF..!!


 
tak tahan melihat si kecik cam tu, mr hubby decided bawak Izham ke Darul Ehsan. Sampai je kat hospital tu, nurse dengar riuh rendah sore budak menagis, terus dapat masuk emergency  room then baru register..


 
LEGA....!!


 
So pandai-pandai lah compare mane yang lebih baik.

 

 
Then, hari ni saya dapat tahu rakan baik saya pregnant lagi...!! Murah betul rezeki die...!! Baby first baru nak masuk 8 bulan, tuhan bagi lagi. Die nampak happy, aku pun happy..!Thanks GOD!

 
Saya tanya hubby, die kate nanti. :)

 
Sebabnya? sebabnya hari tu die tanye, saya yang kate nanti...! haha..! But based on Chinese Calender, now is the best time for me to produce baby girl..!!


 

 

 
 

 
Ni...ni yang buat saya agak pressure dan tension..! Motto hidup saya sekarang adalah "JAGA HATI ORANG,HATI KAU BUANG KE LONGKANG...!!!!"

 
Saya rasa nak menjerit, saya rasa nak luahkan ape yang ada dalam hati. Dalam FB..??? TAK BOLEH..!! Die ada dalam friends list saya..(tengok, once again nak jaga hati orng..damn..!!) So, kat sini saya nak release kan ape yang ade. Hati saya sangat berat, sangat sakit, sangat bengang kalo tak cerita. Lantak lah sape nak bace..!!

 
Dengan sape, biar hanya saya dan tuhan je yang tahu. Saya rasa mereka memang tak mahu saya hadir di kalangan mereka. Saya rasa saya tak diperlukan. Saya rasa sangat disisihkan (saya tidak PMS sekarang,ok..) Saya tahu, saya telah mengambil salah seorang dari ahli mereka. Tapi ape salah saya..?? Tidak kah mereka tahu saya pun ade perasaan. ..??Saya tak pasti kenapa mereka buat saya rase begini tapi  teruk sangat kah saya ni..? Adakah saya tak menepati spesifikasi mereka..(mungkin ya..!)

 
Tuhan, tolong ampunkan dosa2 saya...

 
ok...saya tak boleh terus kan entry ini atau mereka akan tahu sape mereka. Yang saya tahu, saya adalah saya...so..???

Tuesday, March 23, 2010

Bencinta - FT


Bencinta..? Benci tapi cinta..? Errm...saya pernah rase dulu (saya rasa most of us pun pernah rase sikit feeling ni). Feeling yang agak bodoh, feeling yang tak best, feeling yang sangat kejam sebab one side saje yang rase seksanya...sekarang ni harap dijauhkan dari feeling2 cam ni..haha...mengarut..!!!

tapi saya suke lagu ni..saya suke singer ni... FT you rocks mannn...!!





Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu



Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu



Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
tentang hidup kamu
tentang mati kamu

Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?



Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu



Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu

Sunday, March 21, 2010

Hot Air Balloon @ Putrajaya

Jumaat- saya & Mr Hubby ambik annual leave untuk urusan jual beli rumah kami dan  langsung balik ke Melaka. Sebelum itu kecoh satu Malaysia yang pesta belon udara panas sedang berlangsung di Putrajaya.



Dalam hati- memang pasang niat nak ke sana bawa Izham melihat pesta tu. Nawaitu memang nak merasa naik belon panas (walaupun En.Fuad tu sampai ke sudah takkan naik..). At last sampai sana dalam pukul 3 petang.

Mak aiii...bukan belon je panas, tapi cuaca sangatlah panas....Balik agak hampa bile rupanye belon tu ada judual terbang (bukan anytime je leh terbang,ok....)

Spend masa kat situ tak sampai 1 jam pun disebabkan cuaca yang panas melampau...saya pun tak tahan dengan suhu yang extreme itu, terus ajak Mr Huuby balik sebelum die yang 'panas'.


Well hubby, thanks..!









Tuesday, March 16, 2010

as busy as bee...

i am super duper busy at the moment (i guess till the end of march) plus my internet connection at home was down for few days... will update soonest... :)

CHILL..!!!

take a look at these pics kalo bosan2 tu..hehe..:)







sangat suke gambar ni...

Tuesday, March 9, 2010

Birthday Party :)

Serius, sewaktu kecil saya tidak pernah berangan untuk jadi birthday girl paling glamour di alam semesta…(agak over menggunakan perkataan “alam semesta” itu).Pada saya birthday hanya lah hari ulang tahun kerana saya tak pernah didedahkan dengan majlis hari jadi yang meriah dan happening. Hanya pada umur saya 15 tahun, baru lah saya berkesempatan meraikan hari jadi sepupu saya yang pada waktu itu berusia 17 tahun..sweet 17 lah kata kan…



Kemudian saya hadiri pula majls hari jadi anak kawan saya tahun lepas.Ini majlis paling gempak pernah saya hadiri..huhu..dah macam nak kawen satu lagi saya tgk si ejan ni..(ejan adalah kawan saya- bapa kepada si birthday girl yang berumur setahun itu..)

Korek punya korek….memang sah..kos untuk majlis tu memang lebih kurang harganya dengan sebijik motor RX-Z jika dibayar cash…(saya kurang arif pasal market price motor ni..saya tahu RX-Z ini pun sebab adik lelaki saya- si Fendi tu - beria nak kan sangat motor ni semasa zaman rempitnya). Kalo nak view gambar2 birthday party tu boleh ke blog mak nye di http://meamyra.blogspot.com.



So Sabtu lepas, saya dan Mr hubby bawak Izham sekali lagi ke birthday party dua pupunya (sepupu saya punya anak-apakah nama relation itu..? aduh..saya kurang arif tentang ini). Majlis yang sederhana tetapi meriah dengan hadirnya saudara mara saya yang besar dan “besar-besar”…Makanan..??superb-ini yang paling penting dalam mana-mana majlis tak kira besar atau kecil..huhu…Kek pun terbaeekk..sebab tuan rumah every year without failed akan served birthday kek yang best ini…Untuk birthday boy yang bernama Muhammad Naufal Taqris..saya dan hubby belikan sepasang baju tidur berwarna merah..hopefully it can fit you…Happy Birthday dear..!


kat rumah - before pergi :)


Izham (as usual) really enjoyed himself there…Asyik dengan belon2 yang berwarna warni tu, goodies bag, foods and most important boleh lari-lari ke sana ke sini dengan kawan-kawan dia.Nasib baiklah ayah dia ada…. 


ni lah die besday boy..








ayah's bestfriend

Monday, March 8, 2010

Adab Meminta

Saya terpanggil untuk menulis topik ini untuk entry kali kali ini sebab dari kecil, kita diasuh oleh ibu bapa supaya beradap,behave walau dimana pun kita berada.Tapi adakah adap itu kita implement sampai ke besar..? Adakah pelajaran tidak formal yang mak ayah kita terapkan tu anda bawak sampai ke tua..? Ada yang ya dan ada yang tidak-itu sudah pasti.



Pada saya, meminta pun perlu ada adap dan seninya. Minta lah dengan cara yang berhemah. Jika boleh, tak perlu lah anda menggunakan orang ketiga untuk meminta sesuatu.Contoh, anda nak pinjam baju si A, tapi anda minta daripada si B untuk dapatkan nya. Boleh tak anda bayang kan macam mana perasaan si A, semasa si B itu meminta daripadanya sedangkan dia tahu anda boleh saja minta terus daripadanya.



Kenapa perlu ada orang ketiga?



Kenapa tak minta terus daripada si A tu?



Susah sangat kah nak bercakap dengan si A itu?



Jahat sangat kah si A itu?



Tak perlu bersemuka, telefon pun tak pe asalkan kene caranya, Jadi tak layak kah si A tadi terima panggilan dari anda?



Apa salah si A tu?



Kiamat kah dunia jika anda minta terus dari si polan A itu?



Jatuhkah taraf anda(jika anda lebih tua) untuk meminta daripada si A itu?



Dah lah ingin meminta, begitu pulak caranya…! OMG…!!



Perkara macam ni memang banyak berlaku di kalangan masyarakat kita. Lebih teruk kalau si A tadi yang beria menjaga hati anda selama ini. Segala tindak tanduk si A itu di buat dengan tujuan tak mahu melukakan hati anda. Pernah anda mengalami situasi begini? Saya sangat sakit hati JIKA diperlakukan begini.



TUHAN, tolong beri kekuatan kepada si A itu…..

Saturday, March 6, 2010

Kelebihan Hari Jumaat




Jumaat..?? Yeeay…!!! Saya sangat suka hari ini. Saya sangat suka hari Jumaat. Sebab dari Isnin hingga Jumaat,hanya pada hari Jumaat saya akan rasa sebegini rilex (sehingga boleh update blog,even kat opis ni banyak kerja…)



The reasons why I like Friday sooooo much…



Its time to get freaky..!



Hari ni datang keje boleh pakai jeans..!



Hari yang bebas dari high heels...!



Hari ni boleh balik setengah jam earlier



Esok Tak kerja



Esok Boleh bangun lambat



Tak perlu iron baju kerja



Malam ni boleh tido lambat



Esok bday party Naufal (happy besday dear..!)



Malam ni Family saya datang



Boleh spend banyak mase dengan Izham (dan ayahnyer..)



Malam ni ada pasar malam yang best..!



Disebalik kelebihan hari Jumaat pada saya personally, kat sini ada kelebihan hari Jumaat dari pandangan Islam (insaf sekejap saya..)



“Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.



“Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim). Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.”





Jom...bersama-sama ke arah kebaikan...!!! :)

Wednesday, March 3, 2010

Parking



Huiisshhh…!! Panas..!! Panas…!! Bukan panas disebabkan fenomena el-nino sekarang ni tapi panas dengan brother yang jaga parking lot kat office aku ni…! Semalam time aku submit form nak apply parking pass, die kate esok masuk je parking, ambik tiket, then tiket tu bagi kat die sebab die nak cancel kan tiket tu, nak bagi pass…



La ni tadi aku turun, die kate parking lot full pulak, name aku masuk waiting list. Dia kate parking lots 600, yang apply dah sampai seribu..Aduusssss…..!!! Awat mase aku ambik form tu kau tak cakap…??? Lemau ar kau ni…!!!



Moral of the story: Kalau lembu pegang pada tali, manusia pegang pada…???? Lu fakir lah sendiri…!!!!!

Tuesday, March 2, 2010

My sis & karaoke session



Last Sunday aku hantar kakak aku balik ke Riyadh…Hantar ke KLIA jer lah.Dah habis cuti sebulan dia kat Malaysia.How time files..Pejam celik,pejam celik dah sebulan rupanye die bercuti. Lepak2 kat KLIA tu dalam sejam, then along dah nak depart.

So sesi salam-salam,laga-laga pipi before masuk ke imegresen tu.Even almost 3 tahun along merantau ke negara timur tengah tu, and dah beberapa kali aku hantar die ke KLIA, aduh…part ni lah aku tak boleh nak tengok.Scene die salam and cium2 anak die si Faris Zikry tu…Dah tiga tahun rupanya dia tinggalkan si kecik tu dalam jagaan mak aku. Tahun-tahun awal dia nak berangkat balik cam ni, memang dah berjurai air mata dah time ni. But kali ni, even aku as a mother pun tersentuh gak tengok die terpaksa tinggalkan anak untuk mencari rezeki kat sana. Tersentuh tengok die beria cium si kecik yang petah bercakap tu.Tersentuh tengok and dengar die pesan anak die jangan nakal-nakal, rajin pergi school, rajin bace buku. Tersentuh tengok si becok tu lambai-lambai tangan kat mama dia sambil cakap,”Bye mama..mama work elok-elok ye.I love you, I miss you, see you tomorrow."


Aduh…mak mane yang tak tersentuh kalo dapat anak cam tu.Izham..?Waktu tu dalam dokongan atuk dia. Dia pun sibuk-sibuk nak bye-bye mak long dia tu.Aku pun belum tentu sekuat tu nak tinggalkan Izham kalau aku terpaksa keje jauh.Even aku ke Bandung 4 hari haritu, rase macam bertahun dah tak jumpe buah hati aku tu…










Semalam aku and hubby bawak Izham berkaraoke kat red box IOI Mall.Seb baik dia boleh behave kat dalam tu. Bagi satu microfon, nahhhh…dia akan berada dalam dunia dia sendiri. Layan lagu high pitch entah ape-ape sebutan dia. Pergi sekali dengan ahli rombongan Ila and Ayet (adik2 ipar aku).




Kat situ dia kira satu kepala RM36 untuk 3 jam sekali dengan dinner buffet. Air dia bagi 2 kali.So ape lagi En.Fuad dan Ayet isi minyak dulu sebelum melaok kan suare dorang. Banyak gak pilihan kat buffet tu..Makan jer ape nak last sampai kol 10 malam buffet tu. Session karaoke semalam berakhir lebih kurang pukul 12 malam (dengan aku esok kene bangun pukul 5.15am, belum iron baju keje, baju nak dilipat sampai dah termuntah dr bakul tu..huhu…banyak nye keje aku berbengkalai…!!)

Kisah batuk dan seutas handbag

Aduss…sekarang ni ramai je manusia2 di sekeliling aku yang kene batuk….Aku sampai nak demam jadinya..huhu..Maklumlah dengan fenomena El-Nino…panas & kering melampau and hujan secara tiba-tiba..Tak stabil betul cuaca sekarang ni..aku ingat manusia jer yang tak stabil..huhu…

So biase lah bile dah kene penangan ubat batuk (yang aku update dalam facebook aku lately- dibius sejenis ubat batuk bername Benadryl…) mmg macam kene bius la…Izham pun nasib baik dah pandai bawak diri…Bila mama die dalam mode hibernate…aku pun bagi die adap Upin & Ipin sampai ke sudah…(good boy!)

huk..huk..huk...


Mr hubby..? Die pulak dalam mode kerja-tak-ingat-dunia selama seminggu ni…Aku & Izham rase lah keterabaian tu selama seminggu tu…huhu…nak buat cam ner…nak carik rezeki lebih..kene lah keje lebih…Janji hujung bulan tak terabai sudaaaa..hahah..yang tu aku suke…

So nak cover yang seminggu tu, semalam Mr hubby bawak aku & Izham jenjalan kat Sunway Pyramid-family outing..! Hehehe…! Aku ape lagi mengambil kesempatan yang ade,terus ke butik GUESS yang tengah sales giller babas tu…sampai 70%...Usha punye usha, aku telah tergoda dengan seutas beg itu.. memikirkan harga setelah ditolak diskaun..aku pun buat muka belas ehsan kepada si die.....
.
.
.
.
please..!!!
.
.
.
please...!!!
.
.
.
please...!!
.
.
.
hasilnye...????
.
.
.
.
.
.
YESSSS.....!!!!! Berjaya...!!!!

So aku rase terbayar segala sakit2 and kebosanan aku minggu ni…*wink*wink..

Moral of the story: bersabar jer lah yer…There’s sumthing in return… chill..!!



victoria beckham & her handbag collections..fuhh..!!!