Sedar tak sedar, tahun baru dah nak menjelma.Tak sangka dah nak 2011. Makin tua setahun, makin banyak tanggungjawab, makin lama kahwin, hopefully kasih sayang makin bertambah sekali dengan tambahnya anak..hehehe..!
Tahun 2010 yang dah nak over, harap yang jahat tu aku tinggal2 kan, yang baik aku maintain and tambah lagi. Azam tahun baru? Malas nak cakap pasal azam. Mana tak nya, azam aku tahun 2010 nak turunkan berat badan. Haram nak berhasil. Makin bertambah adalah...!
Tahun 2010,Alhamdulillah tuhan bagi rezeki lebih sikit. So,we decided to buy house.Eventhough bukanlah rumah idaman, tapi bolehlah setakat nak beranak pinak kat dalam ni...hehe.. Walaupun 2 tingkat, tapi rumah ni tak lah besar mana.Nasib baik aku dah beli dulu.Sebab baru ni ushar dalam mudah, harga dah semakin naik. Lagipun baik beli sementara komitmen tak berapa tinggi. Nanti kalau anak dah 4-5, susah jugak.
So kat sini meh lah aku tepek sikit gambar rumah yang tak pernah aku upload kat mana-mana.
Thursday, December 16, 2010
Tahun Baru
Posted by Soul Palette at 10:13 PM 0 comments
Labels: family
Friday, November 19, 2010
wrapped up
Ok..rasanya dah lama tak membebel-bebel...lately agak busy dengan macam-macam bende yang menyakitkan hati tapi tak boleh nak diluah..huhu...makanya, den simpan jer lah dalam hati, telan dan kunyah supaya satu hari nanti boleh diludah kembali kepada empunya diri...Ganazzzz dan panazzz...
Memandangkan tajuk entry pun "wrapped up"...jadi aku kenelah buat sehabis ringkas supaya aku tidaklah merapu.
13 November 2010
Dimulakan dengan aku dan Izham pergi menghadiri pelancaran buku Fynn Jamal yang bertajuk "RANAP". Aku memang salute dengan minah ni. Creative dan berbakat. Punyalah aku berpusing-pusing nak carik Silverfish Books kat area Jalan Telawi tu. Aduh...dah lah dengan berebut-rebut parking.Akhirnya selamat jugak aku tiba kat sana..
Dah alang2 ke Aquaria tu, kitorang singgahlah Suria KLCC. Aku rasa last aku pegi mase mengandung Izham 8 bulan, pastu tak jejak dah ke sana....
Takde ape hari ni..saje nak cakap aku dah korbankan daging yang aku dapat sempena Raya Korban..hehe...
Masa tengah nak siap...adik aku datang ke dapur..Aku cakap...
"Kau mesti takkan melupakan masakan ni..." Hahha..ayat poyo..Dia malas nak layan aku..terus masuk bilik air...Sebab niat sebenar dia memang nak ke sana pun...Saje amik hati aku lah konon..dok jengah2 aku tengah masak ape...
Posted by Soul Palette at 10:50 PM 0 comments
Labels: event, membebel-bebel, recipe
Saturday, November 6, 2010
Rindu sama kekasih
Tiga hari berpisah dengan dua orang kekasih aku.
Rindu mereka sampai biru.
Keras aku di rumah tinggal seorang menunggu kamu dan kamu.
Maka bila agaknya kamu berdua akan muncul di depan pintu?
Kembalikan nyawa ku yang kamu bawa bersama hari itu?
Aduh...
Begitu kosong jiwa seorang ibu tanpa anaknya di sisi
Begitu terasing rasanya isteri menunggu sang suami kembali
Tiga hari rasanya bagai digantung di hujung tali
Sang Ahad
Tunjukkanlah diri
Pulangkan mereka yang aku nanti-nanti.
** Kisah seorang isteri yang terpaksa bekerja di hujung minggu lalu terpaaksa ditinggalkan sang suami untuk balik kampung bercuti..
Posted by Soul Palette at 4:21 PM 0 comments
Labels: kata hati
Wednesday, November 3, 2010
Kalaulah...
Kalaulah aku dipeluangkan untuk menghamburkan kata maki, pasti ia lancar bagai air yang terlepas dari empangan. Kalaulah aku di beri kekuatan untuk meluahkan apa dalam hati, pasti aku luah kan bagai lahar gunung berapi yang dah terpendam bertahun lamanya.Kalaulah aku disempatkan untuk mengulang balik masa yang berlalu, pasti aku mengubah apa yang dah berlaku. Kalaulah aku disampaikan hati untuk melaser setiap yang menyakitkan, pasti aku dah tenang, setidak-tidaknya bagai bayi yang tidur malam,walau kadang2 tidur itu terganggu dek kencing basah atau haus susu.
Tapi...bolehkah aku cakap
kau buta
kau babi
kau menyusahkan
kau menyakitkan hati
kau membebankan
kau tak tahu malu
kau tak de otak.
Boleh ke?
boleh?
Kalau boleh dah lama aku hamburkan depan-depan. Kalau boleh dah lama aku jerit pekik kan . Kalau boleh dah lama aku laserkan.
Itu kalau boleh.
Ini yang terjadi kalau kau tersepit antara dua. Antara jerat tali yang kalau dilepaskan di gigit anjing babi. Memang sial! Hidup tak pernah adil. Hidup sentiasa perlu berpura-pura baik. Hidup sentiasa perlu jaga hati orang lain. Hidup sentiasa perlu mengorbankan perasaan sendiri.Hidup sentiasa perlu hormatkan kehendak orang lain.
Makanya,aku jadi apa? Aku sentiasa dipaksa jadi balachi yang kena ikut telunjuk orang.Aku boleh cakap apa?
Boleh ke aku cakap "Pergi Mampos!!"?
Boleh ke aku cakap "Ada aku kisah?"?
Bolehkah aku jerit lolongkan semua ketidakpuasan hati sedang mulut dikunci dengan mangga besi? Bolehkah aku melangkah pergi sedang kaki dipasak ke kerak bumi?Adil kah begitu? Tidak setan kah orang yang memperlakukan begitu?
Pasrah dengan dugaan tuhan. Benarkan apa yang ditakdirkan.Berhenti berlari dari masalah, pusingkan badan dan depangkan tangan. Sambut dugaan dengan tangan terbuka. Itu lebih tidak menyeksa.Rela dalam paksa. Lagi aku berlari, lagi dikejar.
Sedang belajar untuk menerima. Andai diberi peluang untuk bersuara, pasti aku keluarkan hingga tak tertinggal walau sekecil hama. Benci dengan semua perasaan ini. Benci dengan semua kebencian ini.
Sembahyang, mintakan pada tuhan; kekuatan.
Posted by Soul Palette at 6:59 PM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Sunday, October 31, 2010
Ikhlas
Posted by Soul Palette at 2:23 AM 0 comments
Labels: membebel-bebel
Thursday, October 28, 2010
Sg Congkak
ok...ini late entry...hari tu Mr F bawak mandi manda kat sg.congkak dengan geng2 tempat kerja dia. Actually, its been a while jugak tak buat aktiviti tu dengan dia.So tugas aku that day adalah menyedia bihun goreng, air minuman, buat jelly (manisan) and goreng nugget n sosej...hehe...menu standard untuk berkelah kan..???
Posted by Soul Palette at 11:55 PM 0 comments
adoilah..~
Aduii..bila lah aku akan dapat masa yang sesuai untuk aku membebel-bebel dalam ini blog...Baru nak dapat mood..."mama..shuhu.." baru nak start..."mama..yak.."baru nak taip..adaje yang datang mengganggu. Even mase tengah taip ni pun die dok datang kat sini tekan keyboard yang entah apa-apa entah....
Adoiiilah Izham...
/
Posted by Soul Palette at 11:45 PM 0 comments
Labels: izham, membebel-bebel
Wednesday, October 27, 2010
seorang dia (piccas uploaded)
Seperti N3 lepas, entri khas untuk seorang bernama Fynn Jamal.
Nah, ini gambar2 di Bengkel Tulis hari tu.
Posted by Soul Palette at 10:39 PM 2 comments
Tuesday, October 26, 2010
Yeaay...!!
At last aku lepas dari belenggu dunia-tanpa-internet. Sejak pindah rumah baru ni, konon-konon port streamyx penuh, aku try lah Celcom Broadband tu.
Macam haram.
Macam siput.
Macam lahanat.
Hari ni installer UNIFI (please google kalo tak tau) datang pasang. Lega. Rasa terputus hubungan dengan dunia kalau tak de internet kat umah. Dah lah Mr F asyik keje malam je. Penat2 layan si kecik tu, nak jugak browsing facebook. Kalau guna Celcom BB, tambah pening and hati panas aku.
Bayaran dia memang agak mahal sikit lah.But, do i have a choice? Yes, i do tapi aku lah yang kene tanggung azab sengsara (hebatnye penangan internet dalam hidup aku) kalau line tu kejap-kejap disconnect. Kejap-kejap kau kena reconnect.WTF!
So berbalik pada cerita installer tadi, mulanya cicit Pak Majid(merujuk kepada rakan setangki aku). Aku saje-saje je nak try register. Kot kalau nasib baik, port streamyx takde, port UNIFI banyak. Tengok-tengok application aku lepas. Yes..!
Tadi dah siap-siap pasang semua goes well. Hopefully aku bolehlah langsaikan hutang gambar-gambar yang aku nak upload, yang kawan2 aku dok tunggu dari dulu...Errm..banyak benda nak buat dengan kelajuan internet yang mencecah 5Mb ni.Huhu...
Posted by Soul Palette at 6:12 PM 0 comments
Labels: internet, membebel-bebel
Tuesday, October 19, 2010
Seorang dia
Sang hubby tiada. Sang manja di atas, layan cd fav dia. Sang aku, di sini. Dari tadi mencari dan tercari-cari perkataan pertama untuk memulakan yang tiada. Telah diajar untuk tidak memaksa, telah terbiasa untuk membiarkan tanpa paksa rela.
Kini ada. Apa yang nak dikhabar datang dengan rela,tanpa paksa.
Seperti dijanji dalam entri lepas, aku dah jumpa dia.Di alam nyata..Siapa?
Fynn Jamal.Di Bengkel Tulis.
Aku pun tak pasti apa yang membuatkan aku nak join bengkel ni. Padahal aku baru je tau sape Fynn Jamal tu.Mula-mula memang 50-50 je nak pergi.Tapi bila tau venue di Sri Kembangan, terus rasa nak join. Adik-adik bengkel yang lain jangan marah yer..Kak Diana join bengkel ni macam tu jer...Hehe..
Banyak benda nak cakap pasal minah ni. Duduk sejam macam dah 10 tahun kenal.
Dia besi. Dia kayu.Dia batu.Semua dia.
Susah nak cakap kat sini. Kene join bengkel dia, baru tau betapa gila dan merengnya perempuan ni.
Yang penting dia kool & Superb..
Fynn...Terima Kasih untuk ilmu itu.
Posted by Soul Palette at 4:39 PM 2 comments
Labels: event
Friday, October 15, 2010
Akan berjumpa seseorang
Posted by Soul Palette at 4:41 PM 2 comments
Labels: event
Thursday, October 14, 2010
Wednesday, October 13, 2010
Terima Kasih Allah
For the Rest of My Life
Posted by Soul Palette at 4:57 PM 0 comments
Labels: lagu
Friday, October 1, 2010
Sudah lama.
Sudah lama - tidak membebel-bebel. Musim raya, musim busy makan sana sini. Cuti lama & kerja banyak pending.Haisshh...!!
Mula bulan baru - lega...! Al-maklumlah sume yang tertangguh harus ditunaikan sebelum hujung setiap bulan.So hari ni boleh ber"lalalalalalala"...Hehe.Bos takde.Kerja dah siap :) Mak suke nok! Esok Sabtu.
Ape?? Sabtu?? Keluarga mertua ku nak datang beraya.Satu kapal.
Dup dap dup dap. Ape aku ni? Macam lah baru kahwin.Dah 4 tahun, ok! Perkara paling aku concern - masak & makan.
Eerrmm...memang boleh campak ape-ape dalam kuali.
Memang boleh hidang setiap yang mampu dibeli...Tapi kenapa dengan aku ni?
Sigh..!
Posted by Soul Palette at 11:36 AM 0 comments
Labels: family, membebel-bebel
Wednesday, September 22, 2010
Biarkan kenangan itu berlalu...
Entah macam mana, topik ini terus menerkam kepala hotak aku yang dok layan Fynn Jamal lately.
Raya yang baru ni, akak aku yang menetap di Riyadh balik ke Malaysia untuk celebrate raya. Aku suke. Bukan senang nak berkumpul adik beradik sejak dia berkorban untuk berkerja di negara orang, tinggalkan anak dan suami, bukan, bekas suami di sini.
Disekempatan balik raya ni, almaklum lah, raya, aku tengok dia masih lagi tertanyakan tentang tanggungjawab si bekas suami terhadap anak yang seorang. Mane kan nak jenguk anak, nak bagi nafkah, dan macam-macam lagi hal ehwal anak yang aku sendiri buat-buat tak paham walau aku tahu pahit jerit bergelar ibu tunggal sejak hari malang itu.
Mencuri-curi dengar, tiada lagi mesra manja, tiada lagi gelak tawa, tiada lagi bertanya khabar berita. Yang ada kata-kata ingin membela, membela nasib anak yang baru berusia setahun jagung untuk mengerti ape itu perpisahan.Aku insaf. Aku bersyukur masih ada suami.Suami yang mencinta.
Aku ikut dia. Katanya nak ambik barang di rumah lama yang pernah jadi sarang cinta mereka. Juga di situ bersarang rase benci dan kata nista.Masuk dalam rumah, aku..ya aku..bukan die..masih berbayang kelibat bekas lelaki yang pernah bergelar abang ipar untuk 6 tahun...Terbayang makan bersama sebagai satu keluarga. Tapi semuanya telah tiada. Sedangkan aku masih terbayang akan rumah itu, apatah lagi dia.
Masuk ke bilik anaknya, macam flashback. Masa anaknya kecil di situ lah kami adik beradik tumpang tidur.Dari katil bujang, almari baju, bantal sampai ke lampu dinding.
Sayang, semua dah tak bermakna. Amat besar dugaan untuk dia. Kalau aku jadi dia, mau aku menangis, meraung bila jejak kaki ke rumah itu kembali.Rumah yang pernah memberikan kasih sayang, sakit pening, susah senang, duka gembira. Sekarang sunyi, tak berpenghuni.
Sudahlah along, biarkan kenangan itu berlalu....
Posted by Soul Palette at 4:51 PM 0 comments
Labels: family
Jangan ditenung mata itu
Mata itu
jangan kau tenung
kerna ia penuh dengan tipu daya
dosa
bahasa di mata
adalah luahan dari jiwa
tak selari dengan yang dibacara
semuanya kosong belaka
kau
ye..kau penyebab segala
perlu kah kau di situ
tanpa restu?
aku benci dengan kau
dengan dunia kau
yang pelik
dan jelik
walaupun aku bertempik
kau tetap tak celik
di depan pijak semut pun tak mati
ke jiwa kau yang dah mati?
aku tak pasti
ke mana lagi aku nak lari?
kerna tempatku memang di sini
kau yang harus pergi
pergi...!!!
Posted by Soul Palette at 1:16 PM 2 comments
Labels: membebel-bebel
Friday, September 17, 2010
Raya
Raya datang lagi...2010 adalah raya ke-5 saya sebagai isteri & ke-4 sebagai mama...And am happy to have both of them in my life.. :)
Selamat Hari Raya semua....Have a blessed eid..!
Posted by Soul Palette at 11:41 PM 0 comments
Friday, September 10, 2010
Aktiviti di petang raya
Posted by Soul Palette at 11:41 PM 0 comments