Friday, November 21, 2014

Day 2: 5 Cara Memenangi Hati Diana Ayu

Fuhhh...

Topik-topik macam ni yang sebenarnya aku tak berapa suka. Kalau dulu ye lah....darah masih muda -- panas baran, suka marah-marah, suka merajuk tak tentu pasal. But now anak pun dah tiga. Maka emosi dah stabil tak kira lah apa masalah yang datang sekali pun.

Banyaknya kene senaraikan 5 cara memenagi hati aku. Adoi...Boleh tak skip topik ni? No No No No No... tak suka...ok...




Thursday, November 20, 2014

Gambar Terbaru & 5 Fakta Tentang Aku


Day 1:

5 fakta tentang Diana Ayu.

1) Dulu masa kecik nama gelaran adalah "PEN" sebab aku pendekkkkk!! Pada umur begini ketinggian hanya 153cm.

2) Akibat ketinggian yang tak berapa tinggi itu aku gagal untuk menempatkan diri dalam mana-mana syarikat penerbangan untuk jadi pramugari. Hajat tak kesampaian sebab aku memang suka travelll..!!

3) Walaubagaimanapun, aku berjaya menempatkan diri dalam skuad Bola Keranjang sekolah aku. Kau hado?? Hahahha...!!

4) Aku berkahwin dengan kawan sekolah aku...*bunga*bunga*bunga*

5) Aku tak makan tauhu. Ape-ape saje tauhu...tauhu goreng...tauhu dalam mee, mana-mana tauhu aku tak makan tapi aku makan tauhu sumbat SAHAJA.




Cabaran Update Blog Selama 30 Hari


Wiwiwiw...

Sebenarnya ini adalah cabaran oleh ex-opismate ku yang dahulunya sama2 gagal untuk update blog secara consistance. Cabaran nya adalah seperti berikut:



Tak berapa clearkan? Entahlah nak juling bijik mata ni tapi masih boleh dibaca.

Maka bermula hari ini aku akan cuba untuk update blog secara consistent selama 30 hari.

Wednesday, November 12, 2014

Soalan Temuduga Pegawai Penerangan 2014


As Salam & Salam Sejahtera... (chewwaahh..)

Ok, memang saje tulis tajuk entry macam tu sebab kalau org search senang nak dapat...sebab ini adalah tips yang saya rasa sangat berguna untuk dikongsi..sebenarnya bukan tips..tapi lebih kepada soalan yang ditanya oleh SPA dan panel drp Jabatan Penerangan untuk post Pegawai Penerangan S41 tahun 2014.

Jom straight to the point:

Q1 : Please introduce yourself
Tips: Kalau panel tanya dalam BM, maka jawablah dalam BM. Kalau panel tanya in English, maka jawablah in English ok..

Q2: Lebih menjurus kepada jawapan kepada soalan pertama. Dalam kes saya dia tanya suami kerja dimana, range umur anak-anak, sekarang tempat kerja dimana, dah berapa lama kerja dengan kompany sekarang, berapa gaji, kerja sebagai apa ( semua in English)

Q3: panel pertama pass session kepada panel drp jab. penerangan. soklan dia -- Awak tahu ke tentang apa yang berlaku di Sabah? Ape agensi/badan yang ditubuhkan kerajaan untuk tangani krisis di Sabah?
Jawapan: Sila search sendiri sebab saya sendiri tak dapat jawab. Tapi panel bg jawapan bila saya jawab saya tak pasti.

Q4: Tahun ni Kemerdekaan ke berapa?
Q5: Apa Tema?
Q6: Apa maksud tema tu?
Q7: Bila  hari Malaysia?
Q8: Tahun ni Hari Malaysia sambut kat mana?
Q9: Apa negeri terbesar di Malaysia?

Nampak macam banyak soalan kan tapi sebenarnya dia ambik masa dalam 10 minit je interview tu.

Dua-dua panel saya puas hati sebab dorang muka suci dan tak poyo. Maka bila tak dapat jawab pun saya maintain cun and control ayu.

Apa yang saya stuudy sume tak di tanya contohnya pasal GST, Gagasan 1Malaysia, Visi Misi jabatan penerangan, Menteri KKMM semua tak ditanya.

Tapi apa yang saya rhalat.. saya tak berkesempatan jual kebolehan saya sekarang...maklumlah kerja saya sekarang sangat releven dengan jawatan ni. Saya ada banyak point nak cakap pasal kerja saya, pasal diri saya yang extrovert ni, pasal pengalaman kerja...Sume tu tak sempat cakap sebab interview tu pendek sangat.

Tapi semua terpulang kepada Allah. Peluang saya 50-50 sebab banyak solan fakta yang saya kantoi.

Semoga entry ini dapat membantu anda.

Selamat berjaya :)