Thursday, June 26, 2014

Menghitung Hari



Yuuhhhooo....

Sebenarnya selalu je ke sini...cuma tak update. Maklumlah...sejak dropbox dah overlimit..macam malas pule nak berkabel-kabel nak upload gambar kat sini.

Sebenarnya me pun sedang tunggu hari untuk melahirkan baby ke-3 minggu depan. Cuak dan neves pule bila teringat semula situasi dalam bilik OT nanti. Masih terbayang-bayang macam mana saat melahirkan Dania hari tu.

Kali ni yang ke-3 pun terpaksa ceaser sebab previous scars utk 2 anak terdahulu. As per doc, kalau dah 2x ceaser, yang ketiga harus terus ceaser jugak sbb dikhuatiri presure contraction tu boleh menyebabkan bekas ceaser terdahulu pecah atau koyak. Ngeri kan? So by next Thursday (3rd July) kenelah serah diri ke hospital sebab 4th July tu dah kene ceaser. Makanya esok, Jumaat (27th June) would be my last day working before my 3 months maternity leave.

Anak ke-3 kali ini insya allah akan dilahirkan pada hari ke-6 bulan Ramadhan bersamaan dengan hari Jumaat. Di bulan yang mulia dan hari mulia, di harap kelahiran kali ini dipermudahkan Allah dan semoga anak yang bakal keluar menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat.