Friday, November 21, 2014

Day 2: 5 Cara Memenangi Hati Diana Ayu

Fuhhh...

Topik-topik macam ni yang sebenarnya aku tak berapa suka. Kalau dulu ye lah....darah masih muda -- panas baran, suka marah-marah, suka merajuk tak tentu pasal. But now anak pun dah tiga. Maka emosi dah stabil tak kira lah apa masalah yang datang sekali pun.

Banyaknya kene senaraikan 5 cara memenagi hati aku. Adoi...Boleh tak skip topik ni? No No No No No... tak suka...ok...




Thursday, November 20, 2014

Gambar Terbaru & 5 Fakta Tentang Aku


Day 1:

5 fakta tentang Diana Ayu.

1) Dulu masa kecik nama gelaran adalah "PEN" sebab aku pendekkkkk!! Pada umur begini ketinggian hanya 153cm.

2) Akibat ketinggian yang tak berapa tinggi itu aku gagal untuk menempatkan diri dalam mana-mana syarikat penerbangan untuk jadi pramugari. Hajat tak kesampaian sebab aku memang suka travelll..!!

3) Walaubagaimanapun, aku berjaya menempatkan diri dalam skuad Bola Keranjang sekolah aku. Kau hado?? Hahahha...!!

4) Aku berkahwin dengan kawan sekolah aku...*bunga*bunga*bunga*

5) Aku tak makan tauhu. Ape-ape saje tauhu...tauhu goreng...tauhu dalam mee, mana-mana tauhu aku tak makan tapi aku makan tauhu sumbat SAHAJA.




Cabaran Update Blog Selama 30 Hari


Wiwiwiw...

Sebenarnya ini adalah cabaran oleh ex-opismate ku yang dahulunya sama2 gagal untuk update blog secara consistance. Cabaran nya adalah seperti berikut:



Tak berapa clearkan? Entahlah nak juling bijik mata ni tapi masih boleh dibaca.

Maka bermula hari ini aku akan cuba untuk update blog secara consistent selama 30 hari.

Wednesday, November 12, 2014

Soalan Temuduga Pegawai Penerangan 2014


As Salam & Salam Sejahtera... (chewwaahh..)

Ok, memang saje tulis tajuk entry macam tu sebab kalau org search senang nak dapat...sebab ini adalah tips yang saya rasa sangat berguna untuk dikongsi..sebenarnya bukan tips..tapi lebih kepada soalan yang ditanya oleh SPA dan panel drp Jabatan Penerangan untuk post Pegawai Penerangan S41 tahun 2014.

Jom straight to the point:

Q1 : Please introduce yourself
Tips: Kalau panel tanya dalam BM, maka jawablah dalam BM. Kalau panel tanya in English, maka jawablah in English ok..

Q2: Lebih menjurus kepada jawapan kepada soalan pertama. Dalam kes saya dia tanya suami kerja dimana, range umur anak-anak, sekarang tempat kerja dimana, dah berapa lama kerja dengan kompany sekarang, berapa gaji, kerja sebagai apa ( semua in English)

Q3: panel pertama pass session kepada panel drp jab. penerangan. soklan dia -- Awak tahu ke tentang apa yang berlaku di Sabah? Ape agensi/badan yang ditubuhkan kerajaan untuk tangani krisis di Sabah?
Jawapan: Sila search sendiri sebab saya sendiri tak dapat jawab. Tapi panel bg jawapan bila saya jawab saya tak pasti.

Q4: Tahun ni Kemerdekaan ke berapa?
Q5: Apa Tema?
Q6: Apa maksud tema tu?
Q7: Bila  hari Malaysia?
Q8: Tahun ni Hari Malaysia sambut kat mana?
Q9: Apa negeri terbesar di Malaysia?

Nampak macam banyak soalan kan tapi sebenarnya dia ambik masa dalam 10 minit je interview tu.

Dua-dua panel saya puas hati sebab dorang muka suci dan tak poyo. Maka bila tak dapat jawab pun saya maintain cun and control ayu.

Apa yang saya stuudy sume tak di tanya contohnya pasal GST, Gagasan 1Malaysia, Visi Misi jabatan penerangan, Menteri KKMM semua tak ditanya.

Tapi apa yang saya rhalat.. saya tak berkesempatan jual kebolehan saya sekarang...maklumlah kerja saya sekarang sangat releven dengan jawatan ni. Saya ada banyak point nak cakap pasal kerja saya, pasal diri saya yang extrovert ni, pasal pengalaman kerja...Sume tu tak sempat cakap sebab interview tu pendek sangat.

Tapi semua terpulang kepada Allah. Peluang saya 50-50 sebab banyak solan fakta yang saya kantoi.

Semoga entry ini dapat membantu anda.

Selamat berjaya :)

Thursday, June 26, 2014

Menghitung Hari



Yuuhhhooo....

Sebenarnya selalu je ke sini...cuma tak update. Maklumlah...sejak dropbox dah overlimit..macam malas pule nak berkabel-kabel nak upload gambar kat sini.

Sebenarnya me pun sedang tunggu hari untuk melahirkan baby ke-3 minggu depan. Cuak dan neves pule bila teringat semula situasi dalam bilik OT nanti. Masih terbayang-bayang macam mana saat melahirkan Dania hari tu.

Kali ni yang ke-3 pun terpaksa ceaser sebab previous scars utk 2 anak terdahulu. As per doc, kalau dah 2x ceaser, yang ketiga harus terus ceaser jugak sbb dikhuatiri presure contraction tu boleh menyebabkan bekas ceaser terdahulu pecah atau koyak. Ngeri kan? So by next Thursday (3rd July) kenelah serah diri ke hospital sebab 4th July tu dah kene ceaser. Makanya esok, Jumaat (27th June) would be my last day working before my 3 months maternity leave.

Anak ke-3 kali ini insya allah akan dilahirkan pada hari ke-6 bulan Ramadhan bersamaan dengan hari Jumaat. Di bulan yang mulia dan hari mulia, di harap kelahiran kali ini dipermudahkan Allah dan semoga anak yang bakal keluar menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat.



Wednesday, February 12, 2014

Trip To Zoo Melaka


Well...Wel...Well...

Janji mestilah ditepati. Dah berjanji dengan Izham nak bawak dia ke Zoo tengok elephant. Sejak cuti sekolah tak sempat nak bawak anak jantan den haa....Konon nak elak orang ramai masa cuti sekolah. So postpond ke suatu masa yang agak-agak tak ramai orang.

Well...Bad decision! Bad selection of date. Mana taknya, pergi time cuti CNY 1 Feb hari tu. Tak sangka pulak 'sambutan di luar jangkaan' Zoo Melaka ni. Ingatkan Zoo Negara je high rated...rupanya Zoo Melaka pun tak kurang hebatnya. Penuh! Mat-mat bangla pun ada!

Memula macam nak back off sebab tengok queue...Masaya Allah! Tapi dah alang-alang sampai tu...teruskan jugak laer...Ada yang mengamuk lak si Izham Haqimi tu.

So ape lagi...bagi si gentlemen ler beratur beli tiket. Nasib baik lah rupanya dia ada bukak counter manual kat luar. Jenis yang jual tiket pakai manual tu. Maka dapatlah masuk cepat. Ada yang merungut queue nak dekat sejam setengah. Mak aiii...! Kalau aku dah give up tu.

Utk rekod, Zoo Melaka ni luas dia 54 ekar. Terletak betul-betul di sebelah highway Ayer Keroh, of course ler di Ayer Keroh kan. Ada lebih kurang 1200 haiwan drp 215 spesis.

Harga tiket RM15 utk dewasa dan RM10 kanak-kanak.















Wednesday, January 29, 2014

Happy 33rd Birthday



Errm....

Agak2 siapa yang dah menua ni..? Hihihi...Lahir on 22nd January. An Aquaruis man i would say.

Here are some strenght :

- Witty
- Clever
- Humanitarian
- Inventive
- Original

And the weaknesses:

- Stubborn
- Unemotional
- Sarcastic
- Rebellious
- Aloof

Ada yang betul but ada yang ke laut. Well...only me and him know. Hehehe...

Whoever you are, I'll love you forever Mr.F !
Lets cut the cake and enjoy the fruits!











Wednesday, January 22, 2014

Children Of Heaven


Touching...touching...touching....

Filem ni sangat beremosi dan touching. Ini filen Iran. Yang aku baca ia diterbitkan pada tahun 1997. Filem ni dapat award "One of the Year's Genuine Crowds Pleasent" .Aku baru berpeluang tengok semalam di Astro.

Subjek filem ni simple je....Ia cerita pasal sepasang kasut. Tapi pasal sepasang kasut ni mampu buat air mata aku mengalir dan jiwa aku macam time tu jugak nak peluk anak-anak aku. Susah nak cakap kat sini sebab korang kene tengok barulah dapat feel yang sebenar.

Cerita pasal dua orang adik beradik bernama Ali (abang) dan Zahra (adik). Hidup dalam kemiskinan. Si emak sakit dan si ayahlah yang kene bekerja mencari nafkah. Nak dijadikan cerita, Ali hilangkan kasut Zahra semasa dia sedang membeli kentang di sebuah kedai. Haa...skema tak ayat aku.

Oleh kerana takut dimarahi ayah, Ali memujuk Zahra supaya tidak memberitahu kedua ibubapa mereka tentang hal ini.

 ni masa dia nak kawtim dengan adik dia jgn bgtau..mak ayah dorang duduk kat depan jer...tgh sembang.
So dorang tak bercakap, cuma tulis kat buku. Kalau lah kantoi..memang kene libas time tu jugak si Ali ni.


Ni kasut Zahra yang yang hilang tu

So dorang decided utk share pakai kasut memandangkan Zahra sekolah pagi while Ali petang. Time ni adalah time tukar shift kasut. Kesian.

Kasut Ali besar di kaki Zahra. Tapi dia pakai jugak. Walaupun besar, dia tetap berlari setiap kali balik sebab takut abang dia lambat ke sekolah. :(


Masa ni Zahra mintak kebenaran cikgu untuk balik awal. Tapi dia tak bgtau pun kenapa dia kena balik awal. Tabahnya anak-anak ni.


Oleh kerana kasut ni besar dan dia berlari, pada satu hari kasut ni tertanggal dan masuk dalam longkang yang berair deras. Zahra cuba kejar kasut tu tapi tersangkut bawah longkang tu. Dia nangis. Sedih...! Orang kat belakang tu yang tolong dia. Nasib baik dapat. Tapi kesudahannya Ali lambat ke sekolah dan pergi sekolah dengan kasut yang basah sebelah.


Pada satu hari Zahra ternampak ada budak sekolah dia pakai kasut dia. Ni reaction dia. Walaupun tau tu kasut dia, dia tak terus approach budak tu, sebaliknya sorok2 ikut budak tu balik rumah.


The next day, dia bawak Ali pergi rumah budak tu. Tau kenapa dorang berpandangan macam ni? Because the moments dorang nak pergi ketuk rumah tu, keluar ayah budak tu. Mata ayah dia buta. Budak sekolah Zahra tu pun keluar sekali nak tolong bapak dia berniaga. Sedih sangat-sangat. Maka dorang tak jadi nak mintak kasut tu balik.


Ali dan Zahra hopeless. Mereka redha je dengan berkongsi kasut lagi. Ni time Ali teman ayah dia berkebun kat bandar. Dorang pergi banglo-banglo besar uutk ambik upah berkebun. Nak dijadikan cerita mereka dapat upah yang banyak drp seorang pemilik banglo di bandar (selepas bersusah payah mencari rumah yang perlukan pekebun). Ayah Ali janji nak beli kasut bali utk Ali sebab tolong dia. Tapi Ali kata beli kasut utk Zahra dulu sebab kasut Zahra dah koyak. Ayah Ali diam saja. Tapi Ali tak berani nak bertanya lagi sama ada nak beli atau tidak. Ali berusaha jugak utk ganti kasut Zahra yang hilang tu.


So dia decided masuk marathon. Dia tak tamak. Dia nak tempat no.3 je. Sebab no.3 dapat hadiah sepasang kasut. Arrgghh....berjujuran lagi air mata ku...!! "Malang"nya, dalam pertandingan ini Ali dapat no.1. Dia balik dengan hampa sebab sebelum pergi dia janji dengan Zahra dia mesti dapat no.3 dan bagi kasut tu kat Zahra. Zahra pun teruja dan mula tanam harapan semula. Bila dia balik dengan muka hampa, Zahra tau yang dia takkan dapat kasut tu. Dia berlalu tinggalkan Ali. Tak marah tak ape. Cuma kecewa...Bapak sedih time ni.

Tapi sebenarnya dalam masa yang sama, ayah dia dah beli kasut baru untuk Zahra dengan duit hasil berkebun hari tu.

So, ending dia..Zahra dapat jugak kasut baru...(walaupun ending dia tergantung tapi kita boleh agak).

Pada aku...kalaulah ni kisah benar..memang budak2 ni "Children Of Heaven." 
Harap anak2 aku dapat membesar dengan survival yang macam ni.

Sekian, review daripada saya :)








Friday, January 17, 2014

Tambun & Cameron Highland



Well...well...well...

This is super duper late entry.

Ingat tak entry aku terhenti somewhere dalam bulan Julai selepas celebrate the July babies? So ni sambungan dia. After the small makan-makan we all ke Tambun then straight away naik Genting.

So lets the pic do the talking.

































































Selepas bermandi manda kitorang terus naik genting.