Wednesday, December 26, 2012

Movie Preview- Hobbit:The Unexpected Journey


Hallu Hallu Hallu...

Menyempat lagi ye aku and hubby menyelinap keluar pergi tengok Hobbit: The Unexpected Journey. (Sila jangan tanya mana aku letak Izham & Dania..hahaha!)

From my point of view cerita ni 7.5/10 bintang. Mula-mula tu cerita ni agak mengantuk tak tau lah sebab aku pakai spec 3D atau jalan cerita..hehe...Pada aku jalan cerita dia memula tu memang agak slow.

Sila maklum ini adalah trilogi pertama untuk kisah sebelum Lord of the Ring. Mengikut yang aku baca, selepas Hobbit: The unexpected Journey ni, ada 2 lagi filem iaitu The Desolation of Smaug dan There and Back Again.

Ok..basically dia ceritakan macam mana pakcik Frodo si Bilbo Baggins ni dapat My Precious daripada Gollum tu..Billbo Baggins yang termakan pujukan Gandalf untuk follow sejumlah 13 hobbits lain yang diketuai oleh Thorin untuk merentas Middle Earth sebab nak reclaim tanah datok nenek moyang dorang iaitu The Lonely Mountain yang dijajah oleh naga bernama Smaug lebih 60 tahun yang lalu.

Macam-macam lah yang mereka lalui sepanjang nak sampai ke Lonely Mountain. Pada aku, kalau Gandalf tak ikut sana, dah lama dah kantoi journey dorang ni...Sebabkan Gandalf ada kuasa luar biasa, maka ada 2-3 babak yang mereka diselamatkan oleh Gandalf (masa tu the grey witch).

Aku rasa part paling best masa group dorang diserang oleh Orc. Orc ni memang sangat horror dan ketua Orc ni sangat mengidam kepala Thorin sebab datuk dia dulu yang penggal tangan ketua Orc ni. Yang menariknya masa si Thorin berlari dengan penuh semangat waja dan kejantanan untuk lawan Orc tu walaupun dia tahu dia mesti kantoi. Kalau dia "normal" mesti aku cair jugak..tapi oleh sebab dia Hobbit..hehehe..(sila isi tempat kosong)

Oklah..tak rugi kalau pergi tengok sebab lepas ni ada 2 lagi sambungan dia. What you guys expect a movie from Peter Jackson? Mesti got something yang korang akan cakap lepas keluar cinema tu :)

Till then, Selamat Menonton! :)

Thursday, December 20, 2012

2012.2012



Holla..Holla...Holla...

Eemm...kabare anda...Me masih batuk tak hilang dah almost seminggu kot..
Apa ye nak dikhabarkan..tinggal 10 hari before we left 2012 behind...
Sekejap je dah nak 2013..how times flies kan...
Izham pun dah nak masuk tadika..

Dania?
Dalam 9 bulan ni achievement dia:

< 1 bulan : dah masuk buaian (achievement ke?hehehe..)
1 bulan : dah pandai senyum
2 bulan : mata dah start fokus...kalau gerak-gerakkan menan depan mata dia blh nampak dah.
              pusing2 badan
3 bulan : meniarap
4 bulan : masih meniarap dan bergerak ke depan
5 bulan : dah start masukkan nestum beras dalam susu
6 bulan : merangkak
              dah recognise me & hubby...pantang lalu depan mata mesti meraung suruh ambik
              dah start solid food ( puree & bubur blend)
7 bulan : merangkak semakin maju dan laju..boleh sampai dapur
              dah start berdiri (belum melangkah) kat cabinet tv
8 bulan : dah meniti kat cabinet tv
              dah pandai rasa. (memek muka based pada rasa makanan)
              dah pandai tunjuk keterujaan kalau nampak orng pegang makanan
              stalker bila Abang Izham main tab. Kadang-kadang nak pegang juge..
9 bulan : tumbuh gigi!
              dah pandai buka laci

Yeayy...!! Harap Dania & Izham membesar dengan sihat dan kuat! Dah macam iklan minuman ni..Ok, basically semua parents nak yang terbaik tu anak2 dorang kan...

Yang paling best...last month me baru dapat company punya medical card yang cover my family...So harap this will reduce our medical treatment cost and of coz belasah je nak vitamin bagai...(yes, baru dapat.. bayangkan all this while kene bayar sendiri dulu then baru claim...!)

OK......nnt me buat entry pasal 2013 pulak yer..Insya Allah.. :)


Thursday, December 13, 2012

Istanbul Aku Datang


Hallu..hallu...hallu...

Wahh...it almost end of the year...and guess what...?i missed the best last date of the millenium to update my blog yang tak berapa ni...Tapi tak kesah lah kan...ada apa pun dengan tarikh tu it just next year onwards mana ada dah kau nak tarikh cantik 01.01.01 ke...01.02.03 ker...11.11.11 ker...12.12.12 ker kan...kalau nak kene tunggu seribu tahun lagi lah baru dapat balik 01.01.01 iaitu 1hb Januari 3001. Mampu?

Ok...entry ni memang entry tertinggal flight sebab nak tau ape? Semalam aku layan Istanbul...Aku Datang. Gigih tak aku suruh hubby beli CD 6 ringgit sebab lepas baca review dari blog BFF aku yang cakap si Lisa Surihani super cute dalam tu...

And i tell you what...Dalam movie tu yang membuatkan aku tweet "briliantly ohsem" sebab:

1)Of course Istanbul tu memang breath taking scenery
2) Blog Header si Dian (Lisa) adalah D is 4 Diva..? Kehkehkeh..(D is for Diana juge..)
3) Baju2 Lisa dalam tu sangat-sangat cantik dan comel...Suke leggings yang dia pakai..and baju2 sume memang curlast kau!
4) Dialog simple
5) Combination Lisa & Beto tu ok lah..
6) Towards the end of the movie tu..bila Lisa berkonflik nak pilih Beto ke Tomok..alahai...geram geram geram...!! Rasa nak cubit-cubit pipi Lisa tu...

Mana yang belom tengok tu...tak rugi kalau tengok..Aku beli CD sebab rasa rugi je subscribe Astro ape tu ...? yang RM15 utk 2 hari...nak download youtube dah takde..so keluar jugak lah RM6 but rasa berbaloi-baloi..