minggu ni genap 24 minggu adik izham membesar dalam rahim aku.maknanya dh genap 6 bulan aku bawak rezeki baru ni.
eerrmm...perut dah mula streching, pinggang dah mula sakit-sakit.nak landing atas carpet depan tv pun dah tak feel. masak masih digagahkan jugak lagi.sikit lagi aku bersara lah kejap dr dunia masak memasak kat kantin aku tu.
apa lagi ye?izham dh boleh terima kehadiran adik baru dia nanti.sekarang pun kalau aku leka tgk tv,dia akan selak baju aku and letak telinga dia kat perut aku.dia cakap "baby,baby." kalau dulu tanya baby mana?dia akan tunjuk gambar dia masa baby yang ada kat kabinet tv tu.marah betul kalau kata baby ada dalam perut mama. izham...izham...!
sebenarnya aku belum scan.kalau 6 bulan dh boleh sgt scan.aku terima saje kalau baby ni lelaki atau perempuan,janji sempurna dan cukup sifatnya. semalam dia sangat aktif.teringat aku satu email aku dpt dulu,dia tunjukkan pergerakan baby sebelum dan semasa didengarkan bacaan yassin.kebetulan dlm hp aku ni mmg ada surah yassin.maka aku pasang dan letak atas perut.amazing,memang baby tu kurang bergerak macam mula tadi.subhanallah.
hopefully bayi ni selamat keluar,sempurna sifat dan jadi anak yg berguna dan soleh. :)
amin.
RESIPI KEK PAUN OREN
-
Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Alhamdulillah, masih diberi
sedikit kerajinan untuk che mat kemas kini blog tiffinbiru ini, walaupun
ini entri p...
11 months ago