Sunday, October 23, 2011

Bercakap Tentang Aku

Ya,
Dalam dunia ni siapa yang perfect?
Dalam dunia ni siapa yang mampu memuaskan hati semua orang?

Aku tahu aku bukan yang terbaik untuk engkau. (serius,ini bukan hal aku dan suami,ini hal orang lain)
Aku tahu aku bukanlah seperti yang engkau mahu.

Baru saja aku bertemu kau,kat sana.
Eerrmm..dari riak wajah dan memek muka aku tahu akan tahap kemeluatan engkau itu.
Tapi ape salah aku?
Salah ke aku nak menegakkan hak sendiri?
kalau itu yang jadi menyebab wajah macam tu, baik lupa kan.

Kau harus tengok pulak wajah aku sepanjang tiga tahun lepas.
Kau ingat aku suka?
Kau ingat aku rela?
Errmm..yer..semuanya terpaksa.
Paksa rela.

Sebelum bercakap tentang aku, tentang keburukan aku
Baik kaji dulu tentang apa yang engkau mahu dulu
Ya, sekarang, ini yang aku mahu.
Puas hati?
Lantak lah nak bercakap apa pun tentang aku
aku dah tak peduli
aku dah tak kisah

Sebab orng sebangsa kau
Buat baik dikata
buat jahat lagi dikata.

Jadi biar aku dengan hidup aku sekarang.
kau duduk dia-diam di situ.

Aku bahagia sekarang.

Tuesday, October 4, 2011

Kenapa Kadang-Kadang Anda Terfikir Nak Tukar Kerja




Fuhh...topik yang sangat releven dengan hidup aku (maybe anda jugak) buat masa ni.

Mengikut Wikipedia, kerja atau job bermaksud a regular activity performed in exchage of payment.

Ha...sangat straight to the point.

Walaupun kadang-kadang kerja yang kita buat sekarang ni mampu memberikan kita apa yang dihajati, tapi ada masa dan ketikanya kita terfikir untuk tukar kerja.Betul tak...? Apatah lagi kalau reasons kita untuk tukar angin ada dalam list ni:

1. dah tak ngam dengan Boss

2. jobscope dah carca merba sebab sume kerja atas bahu kita.

3. berskandal dalam opis tapi last-last clash tgh jalan.

4. member kamcing kene transfer tempat lain @ kita yang ditransferkan.

5.  dan banyak lagi lah.

But pada aku, most of the reasons yang aku selalu dengar:

6. Better offer.

Aku nak terus jump ke reason no.6 sebab dalam organisasi aku, reason no.6 tu paling famous. Jadi, kenapa kita pilih reason no.6 sebagai alasan untuk kita move on?

a. buat apa nak menghambakan diri kat company yang kau dah service bertahun-tahun but never appriciate what u did?!

b. orang lain bergumbira dengan bonus yang dorang dapat sedangkan kau yang sangat berharap akan bonus itu,langsung, diulangi LANGSUNG satu sen pun tak dapat.

c. better offer dalam erti kata environment dan peluang-peluang lain yang company kau tak boleh bagi etc: melancong ker, naik pangkat cepat ker, apa-apa lah.

d. Kau memang memerlukan extra income sebab komitmen semakin hari semakin bertambah.Contoh; nak kahwin ke, nak tambah anak ke, beli rumah ke, beli kereta ke atau kos sara hidup yang semakin tinggi.

e. kenapa harus tunggu kalau company lain boleh bagi apa yang kita sepatutnya dapat,malah lebih lagi.

Tapi kadang-kadang bagi kita yang masih berada di mana kita berada sekarang ni..mungkin alasan-alasan di bawah kita gunakan untuk kita kekal dan orang-orang yang dah move on tu kata kita masih di takuk lama.

i. keadaan fizikal.etc: mengandung!

ii. kau rasa mungkin rezeki lebih baik pada tahun-tahun akan datang kalau kau stay.etc: "maybe next year aku dapat bonus!"

iii. belum bersedia nak develop otak kau dengan environment dan opismate baru.

iv. takut tak boleh handle kerja baru.

vi. tak tau lagi perangai boss macam mana.

dan banyak lagi.

Perkara (b) pernah terjadi kat aku.Dan aku menggunakan alasan (ii) untuk terus menghambakan diri kat company ni dengan membabi buta. Tetapi memandangkan aku sedang alami perkara (i) sekarang ni, maka aku jugak gunakan alasan (iii) hingga (vi).

Walaupun aku jugak menunggu perkara no.6, kalau-kalau ada rezeki anak baru aku ni, sure aku aku move on dengan alasan (a) dan (e).

Akhir kata, tepuk dada, tanya kemampuan.